Ibu, Aku Ingin Bebas

Salam kawan-kawan semua. Aku dah lama nak meluah dekat sini. Aku harap sangat korang dapat bantu aku, dengan komen-komen membina dan ayat-ayat yang baik. Aku beritahu awal-awal sebab aku seorang yang sensitif dan ada severe anxiety.

Aku nak cerita tentang mak aku. Ayah aku, dah lama meninggal, dan sejak dia tiada lagi teruk aku kena serang anxiety. Tapi alhamdulillah aku perlahan-lahan pulih.

Dari kecil, mak aku selalu kawal aku. Bukan saja kawal tingkah laku malah serba serbi. Mungkin bagi korang normal seorang ibu akan buat perkara ni sebab dia sayang. Tapi sampai umur aku sekarang dah 30 pun masih sama.

Dia yang akan tentukan pilihan aku. Aku seolah-olah tak boleh ada keputusan dan pendirian. Masa sekolah aku tak boleh join kawan-kawan aku pergi lawatan. Aku tak boleh aktif dengan bidang yang aku suka.

Barang yang aku beli, walaupun arwah ayah yang belikan, mestilah kena dengan citarasa dia. Kalau tak mak aku akan kritik sampai aku rasa nak buang barang tu.

Sehinggakan, rambut aku pun tak boleh potong dengan gaya yang aku minat. Semua dia kawal. Sampai sekarang.

Bila dah besar kadang-kadang aku menjawab juga tapi mak aku pandai. Dia akan main dengan emosi. Dia akan buat aku rasa bersalah dengan cara dia diamkan diri, tak bercakap dengan aku. Dia akan bagi ayat-ayat sedih seolah-olah dia ni tak layak cakap apa-apa lagi.

Sumpah aku tertekan dengan perangai mak aku. Aku ada seorang abang dan kakak. Dua-dua dah berkahwin dan aku sangat sangat cemburu sebab dorang boleh pergi bercuti kemana mana tanpa sekatan mak aku.

Aku? Semua tak boleh.

2 tahun lepas aku bekerja di sebuah syarikat yang well-established. Dari situ aku rasa betapa aku ni ketinggalan dengan banyak perkara dan banyak keseronokan.

Aku sedih bila dengar perkongsian kawan-kawan yang dah pergi macam-macam tempat, yang dah berkahwin, yang dah capai macam-macam dalam hidup.

Aku 30 baru nak kenal dunia luar maklumlah mak aku memang tak suka aku kemana mana dari dulu.

Dulu aku pernah minta izin ayah untuk pergi lawatan sekolah tetapi akhirnya mak aku bermasam muka dan ayah aku akur. Sejak tu aku rasa give up nk minta izin.

Masa untuk aku bermain dengan anak-anak jiran pun mak aku control. Pernah mak aku warning kawan-kawan aku dan warning aku dari berkawan dengan dorang. Sumpah aku malu ada mak macam ni.

Kau tahu apa hasil jadi anak yang dikongkong?

Hilang keyakinan diri dan lebih memilih untuk menipu.

Aku mula jadi penipu. Ya, aku mula keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan mak aku. Aku kenal dengan macam macam jenis kawan. Aku pernah cakap dekat mak yang aku ada urusan dengan bos. Walhal aku bercuti dengan kawan kawan.

Aku mula pulang lewat atas alasan kerja.

Aku mula keluar dengan lelaki, dan jalan jauh-jauh sebab aku rasa seronok dan bebas sangat.

Aku pernah nangis masa dalam kereta sebab aku tak pernah rasa macam ni. Dengan kawan rapat pun aku tak pernah luang masa jauh-jauh sebab mak aku tak izinkan.

Tipula kalau aku tak takut. Aku takut juga menipu tapi ini je cara untuk aku gembira dengan dunia luar.

Mak aku bukan tiada sisi baik. Mestilah ada cuma satu perkara ni buat aku penat. Dia terlalu mengongkong aku. Kau bayangkan kalau aku nak beli baju, mesti ikut warna yang dia pilih.

Di kalangan pembaca mesti ramai yang dah jd mak kan? Tolong lah jangan jadi macam mak aku. Sungguh, aku anak yang tertekan dan rimas dengan kawalan mak aku. Aku rasa nak duduk jauh dari dia tapi itulah nanti tiada siapa pula nak jaga.

Aku selalu pujuk diri aku. Sekurang-kurangnya aku masih ada mak. Apa yang mak aku nak, aku cuba tunaikan dan aku cuba jaga emosi dia.

Kadang-kadang aku tewas dan menangis. Aku pernah ajak teman lelaki aku berkahwin. Sebab aku nak bebas dari mak. Aku nak melancong, tak kisah jauh atau dekat. Aku nak ada rumah sendiri. Duduk di rumah mak, aku perlu ikut peraturan mak.

Banyak perkara yang dia tak suka sesiapa ubah dalam rumah ni. Semua kena ikut kepala dia saja. Ah,letih!

Tapi itulah, hubungan aku dengan teman lelaki tak lama.

So entahlah. Aku jalani je hidup ni macam biasa. Aku pernah doa supaya mak aku berjumpa jodoh sesuai dengan perangai dia. Huhu.

Aku pun dah penat taip. Kawan-kawan, boleh beri sedikit kata kata semangat tak untuk hari aku esok dan seterusnya?

– Sofie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *