Ibu, Aku Tidak Kuat

Salam semua. Aku nak meluah sahaja. Sesiapa yang nak bagi pendapat atau nasihat sangat dialu alukan. Aku Ara, 21 tahun, student UITM.

Saat aku tulis ni, aku tengah kecil hati sangat2 sebenarnya. Apa yang korang akan buat kalau korang terasa dengan sikap ibu korang sendiri? Bukan sekali dua kali, tapi berkali2. Aku tak tahu perkara2 yang aku alami ni normal macam anak2 orang lain alami juga atau tidak. Ibu suka menyalahkan orang lain dan mencari salah orang lain. Setiap perkara negatif yang berlaku, mesti dia akan condemn orang lain. Mesti dia akan mencari sesuatu dari sudut yang buruk. Tak pernah lagi dia melihat sesuatu dari sudut yang positif.

Walaupun benda tu terjadi atas kehendak tuhan, dia tetap nak mencari sesuatu untuk disalahkan dan dikecam. Bila aku berada di rumah keluarga aku, aku dapat rasakan aura negatif yang disebarkan ibu. Aku bukan nak mengutuk ibu aku sendiri. Aku cuma nak meluah. Aku ni manusia biasa je, ada hati dan perasaan. Sampai bila aku kena pendam sendiri? Sampai depression aku makin teruk ke? Aku bukan malaikat tak ada cacat celanya. Aku perlu lakukan sesuatu untuk meluahkan isi hati. Jadi, aku pilih untuk meluah kat sini since orang tak akan tahu siapa aku.

Sebelum tu, aku nak bagitau yang aku merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Aku stress sebab mak aku suka menyalahkan orang lain walaupun kadang2 silap memang terang2 datang dari dia. Bila aku cuba nak lawan balik, dia akan tarbiah aku, kononnya aku bersikap kurang ajar. Pendek kata, ibu tak boleh dinasihat langsung. Dia akan rasa orang tu biadab dengan dia. Meskipun aku tegur dalam bentuk gurauan. Dekat sini aku nak cakap, orang tua tak semestinya sentiasa betul, dan orang muda tak semestinya sentiasa salah. Tak salah kan kalau kita dengar nasihat dari orang muda sekali sekala? Kita tegur pun untuk kebaikan. Kurangkanlah ego. Hmmmm.

Ibu jugak suka moody tak tentu pasal. Bila dia moody, habis semua benda tak kena kat mata dia. Contohnya, kalau air tumpah depan mata dia. Dan aku baru keluar bilik masa tu. Tak semena2 kami adik beradik yang diherdik. WALAUPUN MASA TU KAMI TAK TAHU PUN PASAL AIR TUMPAH TU LAGI DAN KAMI TAK NAMPAK PUN LAGI. Dia akan membebel2, cakap kami ni anak tak guna. Saja buat tak nampak air tu tumpah. Dan dia akan terus cop kami ni tanggang. Haihh. Kalau sekali dua tak apa, tapi berkali2. Hanya sebab benda2 remeh je dia nak menuduh yang bukan2, nak bercakap yang bukan2. Kadang2 sampai tahap menghina. Banyak sangat kejadian yang macam ni, tapi aku tak ingat. Aku dan adik beradik aku bila ibu start meroyan je, kami hanya mampu berpandangan dan senyum sesama sendiri. Kami faham antara satu sama lain. Sebab kami alami perkara yang sama.

Aku ada penyakit kanser pun, mak aku salahkan aku. Ya allah, aku mintak ke? Dia cakap aku ni menyusahkan, dia cakap aku yang salah sebab tak jaga diri aku selama ni dan macam2 lagi. Sakit kat hati tuhan je yang tahu. Dia akan salahkan aku walau macam mana pun, dia kata kalau aku boleh lawan penyakit tu, tak adanya penyakit tu nak datang lagi. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dengan sikap ibu yang terlalu negatif tu. Mungkin bagi korang biasa2, tapi korang tak tahu the whole story. Kalau aku nak cerita pun tak larat. Aku cuma cerita secara ringkas, sebab aku nak luahkan kesakitan hati aku ni.

Ibu, Rara hormat ibu, Rara sayang ibu, tapi kenapa ibu suka buat Rara rasa teruk? Kenapa ibu hina penyakit Rara? Kenapa ibu suka menyalahkan orang lain? Ibu, berubahlah ibu. Ibu tempat Rara bergantung. Tapi kini tak lagi. Mana ibu Rara yang dulu? Yang caring, yang tak suka hina2 Rara, yang dengar masalah Rara, yang beri semangat dekat Rara. Bila Rara bercerita kat ibu sekarang ni ibarat Rara merelakan diri Rara dihina ibu. Sebab tu Rara buat keputusan untuk jarakkan diri Rara.

Ibu, ketahuilah bahawa Rara juga punya hati. Rara tak nak jadi anak derhaka, ibu. Rara tak nak rasa ralat bila ibu dah tak ada kat dunia ni satu hari nanti. Rara nak sangat rasa kasih sayang seorang ibu sementara ibu masih ada kat dunia ni. Hanya tuhan yang Maha Mengetahui… doakan aku kuat dan doakan juga ibu aku lembut hati ya kawan2. Terima kasih bagi yang sudi membaca luahan ringkas. Semoga kalian diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Terima kasih, assalamualaikum..

– Ara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *