Ibu atau Mak Cik

Assalamualaikum. Netizen sekalian hari ini aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang dibesarkan oleh seorang ibu yang menghidap tekanan perasaan. Ibu seorang yang bekerjaya. Selepas berkahwin dan ada anak ibu berhenti kerja kerana hendak fokus pada rumah tangga.

Ibu sejenis bekerja di banyak tempat.contoh dalam satu tahun ibu bekerja sebagai pembantu tadbir. Selepas setahun ibu berhenti dan bekerja sebagai kerani sekolah. Kemudian Selepas setahun ibu berhenti dan bekerja sebagai pembantu rumah. Begitulah sejarah pekerjaan ibu. Ini kisah ketika ibu belum berkahwin dengan ayah.

Ibu cakap ibu Selalu lompat kerja kerana sikap majikan dan kerana persekitaran kerja yang tidak produktif. Ibu selalu kutuk majikan dan kawan kawan sekerjanya. Bagi ibu semua tidak memuaskan hati. Suka aniaya ibu. Dan itu antara punca ibu berhenti kerja. Tetapi bagi kawan kawan ibu. Sangatlah jauh beza perwatakan mereka dengan penceritaan ibu. Seolah2 ibu sengaja mereka2 cerita. (Ini diceritakan oleh ayah).

Sebelum berkahwin, ibu dan ayah ada keluar makan dan keluar ke panggung wayang sebagai pasangan bercinta. Sewaktu itu, sikap ibu sangatlah romantik dan penyayang. Dan ayah sangat yakin ibulah wanita terbaik.

Namun selepas berkahwin, segala – galanya berubah. Ibu masih lompat kerja dan masih sayangkan ayah.Cuma, ada ketika emosi ibu tidak stabil. Ibu mula mengungkit, memaki hamun, mencarut dan memukul ayah. Ini berlaku setahun selepas berkahwin. Segala2 nya terserlah. Sejak dari itu ayah menjadi pendiam dan tidak ceria.

Perwatakan ayah ialah seorang yang ceria, banyak bercakap dan mudah tersentuh. Namun, setahun selepas berkahwin segala-galanya berubah. Dengan sikap ibu begitu, ayah menjadi pendiam dan tidak lagi ceria.

Sikap ibu, ketika mood baik sangatlah happpy sampai sanggup masak makanan pelik2, sanggup kemas rumah dari pagi sehingga malam dan bermacam lagi. Tetapi apabila tiba mood tak baiknya, habis pinggan mangkuk dipecahkan, habis luka dan lebam badan ayah, tidak memasak apa2 atau sehari suntuk memaki hamun serta mencarut perkataan tidak elok didengari.

Ketika ini anak anak belum ada, ayah masih boleh bertahan kerana sayangkan ibu. Walaupun kadang berbirat badan ayah, lebam tangan atau luka calar di badan. Semua ayah sanggup redah. Ayah cuma mampu menenangkan ibu dengan pelukan atau kata kata nasihat. Setiap Kali ayah cuba menenangkan ibu, pasti makian dan carutan menjadi bebelan.

Setiap hari adalah hari yang mencabar bagi ayah. Ayah ada bawa ibu ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun ibu marah2 dan tolak secara mentah. Bagi ibu, ibu tidak sakit. Ibu cuma menjadi diri sendiri. Pada ayah,ayah bukan takut ibu, cuma cukuplah ayah sahaja yang tahu perangai ibu.Dan ayah akur untuk tidak mendapatkan ràwatan terhadap ibu.

Perkara ini berlarutan sehingga ibu dan ayah dikurniakan anak. Dari lepas bersalin sehingga anak membesar. Ayah tidak kisah ibu berhenti kerja. Kerana sekurang – kurangnya ada orang yang boleh jaga rumah dan anak anak. Namun, sebaliknya pula berlaku. Ibu tidak mengemas rumah, tidak menyediakan makan minum ayah dan tidak melayani ayah secara sepatutnya.

Apabila ayah pulang kerja, rumah sama seperti keadaan pagi tadi. Tidak berkemas dan bersepah. Makanan pula dimasak tidak seperti sediakala. Maka, ayahlah yang membersihkan rumah, membasuh pinggan di singki, membuang sampah dan melakukan kerja rumah.

Ya. Penat memang bukan kepalang. Ibu memberi alasan yang sama iaitu penat jaga anak dan bukan orang gaji. Jawapan inilah yang ayah dengar setiap hari. Ini tidak mengapa lagi, namun apabila ayah bau anak anak yang masam dan Pampers penuh poops. Darah ayah semakin menyirap.

Sering kali bergaduh kerana hal ini. Ayah menasihati ibu, Jika kerja rumah ditinggalkan tidak apa, tetapi urusan anak2 tolonglah jaga. Namun akhirnya inilah yang mnjadi punca pergaduhan. Ibu sering memaki ayah dan mengatakan dia letih beranak, jaga anak. Seolah2 semua kerja beliau. Ayah pula sering beralah. Ayah tidak suka memanjangkan pergaduhan.Ketika ini ibu masih dengan sikap beliau.

Oleh itu, setiap Kali pulang kerja ayahlah yang mngemas rumah, memandikan anak dan menukarkan Pampers anak. Pernah punggung adik naik ruam teruk kerana terlalu lama memakai pampers yang sama. Apabila ayah tanya ibu berkenaan poops anak yang penuh.Ibu cuma memberi alasan sudah tukar banyak Kali atau anak berak kerap dan begitulah.

Jadi selama anak anak kecil, pergaduhan ibu ayah sudah menjadi makanan anak anak. Ayah dengan sikap diam. Ibu dengan sikap Marah beliau. Di rumah pinggan mangkuk selalu dibeli. Kerana setiap Kali ibu mengamuk, ibu akan ke dapur dan membaling pinggan. Ayah? Cuma mengelak.

Saban hari anak semakin membesar dan ke tadika serta sekolah rendah. Walaupun sikap ibu begini, tetapi anak anak sangat sayangkan ibu. Ketika ini ayah sering sibuk kerana urusan kerja. Jadinya anak anaklah mangsa pula. Seawal usia tadika aku dan adik beradik ku didedahkan dengan kata makian, carutan serta pukulan.

Bagi ibu anak anak tidak boleh melakukan kesalahan. Walaupun tersalah pilih baju sekolah pasti ibu Marah dan pukul. Ibu sering memukul aku dan adik beradik ku. Tali pinggang? Penyangkut baju? Kayu mop? Rim basikal? Pinggan mangkuk? Itulah makanan kami. Walaupun ketika bermain sewaktu ibu tidur sehingga menganggu tidur ibu. Pasti semua barang tadi menjadi santapan. Pasti berbirat, lebam atau bengkak badan.

Sepanjang proses membesar, kitaorang hidup berpindah randah. Kerana? Ibu sering bergaduh dengan jiran. Ada saja tidak kena. Ayah? Setiap Kali terdengar ibu menjerit memaki hamun Jika ayah ada dirumah pasti ayah menenangkan ibu atau membawa ibu keluar.

Disebabkan inilah kitaorang hidup bertukar jiran. Ibu mudah kecil hati Jika jiran tidak menjemput ke kenduri atau tidak membalas lauk masakan ibu. Pernah jiran bergurau masakan ibu masin dan sejak Hari itu ibu tidak pernah bertegur sapa dengan jiran itu.

Apabila anak anak naik ke sekolah Menengah dan melanjutkan pelajaran ke Universiti, anak2 mula membuat hal sendiri. Masing masing gemar ke rumah kawan berbanding pulang ke rumah. Dan kiteorang sudah pandai maki hamun,mencarut, bergaduh sesama sendiri seawal sekolah rendah.

Ibu masih dengan sikap ibu. Cuma semenjak anak dewasa ibu mula menyumpah, memaki hamun dan mengungkit penat lelah membesarkan anak. Ibu juga sering memburukkan ayah terhadap anak anak. Tetapi anak anak lebih kenal ayah. Ayah masih seperti dahulu. Cuma ayah banyak memberi nasihat berkaitan alam rumahtangga kepada anak anak.

Adakala kata kata ayah seolah menyesal berkahwin dengan ibu. Adakala kata2 ayah seolah sudah terlalu tawar hati dengan sikap ibu. Adakala ayah jauhkan diri dari ibu dan sering ke surau.

Sekarang ibu dan ayah sudah menjengah usia tua. Masing masing dengan sikap masing masing. Apabila ayah tidak tahan dengan sikap ibu, ayah keluar rumah ke surau berjam jam.

Ayah sayangkan ibu tetapi sikap ibu semakin lama semakin buatkan ayah pudar hati. Ayah suarakan hasrat untuk berkahwin lagi sekali. Dan semua anak anak menerima dengan hati lapang. Tetapi ibu? Tidak. Ibu memaki hamun ayah, mengungkit segala galanya.

Sekarang kami semua anak sepakat untuk ayah berkahwin lain. Kerana? Makcik itu lebih baik dari ibu. Kami kenal beliau dari kecil. Dia sering memberi makan kepada kami.

Kadang kadang ketika pulang dari sekolah, ibu tidak masak apa2. Makcik itu juga tidak pernah memaki hamun. Dia seorang balu yang baru sahaja kematian suami 6 tahun lalu. Beliau mempunyai 5 orang anak. Semua sudah dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga.

Hasrat ayah untuk berkahwin lain ditentang oleh ibu. Semua anak menyokong keputusan ayah. Ibu pula seolah merajuk dan membawa diri ke rumah tok ma (mak ibu). Tetapi didalam group keluarga di Whatsapp ibu menyumpah seranah anak, tidak halai air susu dan bermacam lagi. Tok ma pula beberapa kali hubungi anak anak minta ambil ibu kerana tidak tahan sikap ibu.

Sekarang kami semua anak buntu. Walaupun ibu tiada dirumah kami tetap mengemas dan memasak seperti biasa.Tambahan pula ini rutin kami sedari kecil.

Apa kata netizen? Adakah patut makcik jadi ibu tiri? Atau ayah dengan ibu? Bagaimana memujuk ibu?

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *