Ibu Atau Suami?

Assalamualaikum. Aku Lily. Mestilah bukan nama sebenar kan. Aku nak luahkan sesuatu yang menganggu aku semenjak dua menjak ni. Tentang suami dan ibuku.

Perkahwinan aku baru menginjak 4 tahun dan alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak.

Ibuku ibu tunggal. Masa aku bersalin anak pertama, dia nak jaga anakku, jadi duduklah dengan aku sekarang.

Aku anak sulung dari 3 beradik. Kalau ibu tinggal di kampung, takda yang menjaga sebab adik aku pun bekerja sama negeri dengan aku. Aku sorang je yang dah berkahwin.

Cut it short. Awal2 ibu duduk dengan aku alhamdulillah okay sahaja. Cuma ada la sekali sekala suami aku emosi dengan ibu aku.

Contohnya hari pertama nak balik ke rumah aku. Ibu aku lambat Bersiap. Suami aku marah tapi dia tak ada lah tengking ke apa. Cuma diam sahaja sepanjang perjalanan.

Lama lama, perangai suami aku ni, makin melampau. Contoh kalau dia tak puas hati ke penat ke apa. Terus dia tunjuk depan ibu aku, kalau nak marah aku pun dia tunjuk saja.

Kadang2 dia nak marah ibu aku. So dia diam je tapi kita tahu la dia marah. Takda apa nak marah kadang2 tu, mungkin sebab tak suka ibuku sahaja.

Aku dah terasa sebenarnya, sebab dah banyak kali sangat suami aku buat macam tu.

Kali ni ibu aku terasa dengan suami aku, sebab masa balik kampung ibu akua jak singgah 1 tempat, suami aku penat. Tapi suami aku diam je. Tiba2 dia macam marah aku.

Aku okay je dia tak nak pergi, cuma dah dia diam. Mana aku tahu kan. Lepastu settle lah hal yang ini. Kami bergaduh. Lepastu dah okay balik.

Cuma sekarang, ibu aku merajuk, suami aku pun sama. Sebenarnya ibu aku banyak dah terasa dengan suami aku ni. Memang kadang2 salah ibu aku. Sebab orang penat, tapi ajak kesana kesini. Tapi bukan sekali itu je suami aku buat. Berkali2.

Aku pula dibesarkan oleh ibu aku sorang sahaja. Ayah aku meninggal masa aku kecik. Korang tahu la kan bertapa aku nak layan ibu aku macam permaisuri sebab dah banyak dia bekorban untuk aku.

Kadang2 aku rasa aku silap sebab kahwin. Aku kahwin umur 28. Tidaklah bergitu awal. Cuma belum sehabis nya aku bahagiakan ibu aku, sebab aku ingat suami aku boleh faham. Tapi tidak.

Aku banyak makan hati dengan sikap dia yang suka senyap tiba2. Kadang2 marah ibu aku. Ibu aku sangat lembut orangnya sedangkan suami aku mungkin sedikit kasar.

Aku cuma nak bahagiakan ibu aku. Aku menangis setiap malam sebab aku rasa aku dah silap pilih orang untuk bergantung. Ingatkan boleh ibu aku tumpang bahagia. Tapi asyik dibentak.

Aku pernah berfikir untuk berpisah sebab dari aku makan hati tengok orang layan ibuku macam tu. Orang layan aku begitu takapa. Jangan ibuku. Sebab dia dah korbankan macam2 untuk besarkan aku.

Aku nak luah dan minta pendapat rakan yang membaca nukilan ini. Banyak sebenarnya yang ingin ditulis. Tapi aku tulis sekadar untuk kalian membayangkan situasi sahaja.

Oh suami aku ada cakap nak hantar ibuku balik kampung sedangkan dia tahu, dekat sana ibu hanya sorang. Aku rasa berat sangat beban dalam kepala. Ibu aku segalanya bagi aku.

Sekian luahan aku,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. semak kalau nk tanggung mak mentua. da kahwin buat cara da kahwin. kalau masih nk jaga ibumu, pergi minta cerai. duduk berdua dgn ibumu sampai mampos.

    • Nko takde mak ke? Komen guna jari puake! Dah ibu dia y susah payah nk tanggung dia , tentu la dia nk balas jasa ibu.
      Laki lahanat yg sekepala dgn nko tu, bingai! Nak anak je. dasarrrr..
      Ayat nko cm *+#-@

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *