Assalamualaikum. Sebelum tu saya perkenalkan diri iaitu nama Bulan (bukan nama sebenar), umur akhir 20an dan menetap di negeri utara.
Alhamdulillah, awal tahun 2024 genap 4 tahun saya menjaga mak dan ayah yang sakit. Bukan senang menjaga orang tua yang sakit jadi pelbagai onak dan duri yang saya lalui.
Coretan ini lebih kearah luahan serta nasihat dan bukan ingin memburukkan sebarang pihak.
Tahun 2024 ini, salah seorang abang saya menetap di rumah kerana dia bakal bersara hujung tahun ini. Katanya habis je kerja, dia mahu jaga ibu dan ayah pula.
Tapi entah mengapa, dulu kalau ada benda yang buatkan saya terasa saya cuba hadam sahaja tapi kali ni agak susah saya nak hadam.
Sebagai contoh, sebenarnya benda ni buat saya agak trigger. Ayah saya selalu cakap kerja kemas rumah, memasak ni perempuan yang kena buat.
Dulu saya sering memasak cuma kadang kala ada masanya malas jadi mak ayah tak kisah pun kalau beli lauk. Sejak abang saya ada, nak beli lauk jadi agak mahal tambah dengan harga barang yang naik.
Bila saya cakap saya malas masak mulalah ayah saya cakap begitu. Sebab tu kut saya jadi mulai terasa hati sebab setiap hari saya masak.
Contoh kedua, kemas rumah. Dulu saya tak kisah rumah selerak sebab yang buat kotor mak dan ayah tambah pula mereka berdua sakit jadi saya kemas. Tapi jadi terasa hati bila anak buah abang dan kakak saya balik, mereka buat selerak, mak ayah mereka buat tak nampak sahaja.
Kadang kita jadi emosional sebab penat layan mak ayah sakit, layan perangai anak buah dan nak kemas rumah lagi. Kesudahannya nak elakkan diri sendiri jadi terasa hati, saya biarkan sahaja rumah berselerak kalau mereka balik. Mereka balik baru saya kemas rumah.
Contoh ketiga, which is pada saya ini adalah pilihan masing masing. Ada sekali mak saya jatuh semasa buat exercise kaki. Kesudahannya kakinya sedikit bengkak. Ayah saya panggil orang untuk urut betulkan urat balik.
Mak ayah pesan jangan bagitahu yang lain sebab taknak bagi mereka risau. Jadi saya turutkan sahaja.
Lepas kaki mak saya dah elok, ayah saya pun bercerita waktu kakak saya telefon. Tiba tiba adik beradik saya mesej tanya marah kenapa tak bagitahu mereka. Jadi saya pun balas yang mak ayah taknak bagi risau tapi mereka pesan kalau ada apa2 bagitau je dekat mereka.
Tapi dalam hati sepanjang mak saya sakit kaki tu takde siapa pun call tanya khabar. Kecuali kakak saya yang seminggu sekali akan call. Yang lain tu berbulan sekali baru call.
Ada salah seorang abang saya, beliau sudah lama tak balik dan call sampaikan saya mesej, ‘kalau takde duit nak balik rumah takpe, mak ayah faham cuma sekali sekala call mak ayah tanya khabar’.
Itu yang saya mesej padanya dan cuma sekali itu abang saya call. Selepas itu, tiada call darinya selepas berbulan lamanya.
Cerita di atas hanyalah luahan semata mata, bukan mahu burukkan perangai adik beradik. Setiap manusia ada masa baik dan ada masa buruknya begitu juga dengan saya. Ada masa saya pernah ternaik suara dekat mak ayah kerana hilang sabar. Setiap manusia ada masa dia lemah.
Pesanan dari saya, sentiasa call mak ayah untuk bertanya khabar. Mungkin ada anak yang merantau jauh yang susah mahu balik ke rumah, sekarang teknologi video call sudah ada. Jadi tiada alasan untuk tidak bertanya khabar.
Ibu bapa tidak mahu wang ringgit tapi hanya mahukan perhatian dari anak anaknya. Sekian sahaja curahan luahan dan pesanan dari saya.
Sebelum saya akhiri, doakan saya sihat agak bisa lagi menjaga mak ayah, bersabar kerana mahu mendapatkan syurga itu bukannya mudah dan doakan saya mendapat kerja sebaik sahaja abang saya bersara.
Saya agak risau kerana sudah lama tiada pengalaman bekerja tapi saya percaya rezeki Allah di mana mana. Doakan saya ye semua.
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benda mcm ni kat mana² family pun ada termasuk family aku..now both parents dah takde..nak menyesal? Tak guna dah..menyesal sekejap tp lps tu live life like nothing happen..tanya khabar adik-beradik pun payah apatah lg nak berjumpa..masa mak bapak aku ada, aku dh penat bising tp skrg bila dah takde, suka hati korang nak buat apa. Tipu kalau aku tak rindu zaman membesar dgn adik-beradik tp skrg masing² dah ada life sendiri kan. Aku tak dendam tp terkilan..selalu pujuk hati, selalu doa yg baik² tp tu lah, mengharap cinta manusia yg tak kekal ni mmg perit. Semoga Allah kurniakan yg terbaik buat confessor.