Hai dan Assalamualaikum semua. Aku Melati, seorang perempuan, pernah dibesarkan oleh ibu bapa yang sedikit hoarder dan kini berstatus isteri kepada lelaki yang pembersih.
Aku masih ingat lagi. Sewaktu masih kecil dulu, aku ingatkan rumah orang lain sama seperti rumah kami. Yang mana keadaan rumah bersepah dengan baju tidak berlipat, sapu rumah 2 minggu sekali, sampah berlambak di bawah kerusi sofa, adalah perkara normal.
Bilik tidak dikemas pun tidak mengapa. Pinggan mangkuk kotor, periuk kuali yang sudah digunakan berlonggok di sinki dapur. Kelibat lipas didalam toilet atau dapur adalah rutian biasa.
Apabila Atok dari kampung datang menziarahi kami, seringkali saja kami dimarahi kerana tidak mengemas rumah. Aku pun tidak lah memahami, sebersih mana kah yang harus kami kemas kerana kami tidak diajar untuk mengemas rumah.
Ya, ibu dan bapaku tidak pernah ajak kami mengemas rumah. Bahkan, penyapu yang hampir lunyai jarang sekali berganti baru. Tidak lah aku salahkan kedua ibubapaku, kerana jasa mereka membesarkan aku lebih banyak berbanding kekurangan yang ini.
Setelah meningkat usia remaja, aku diterima masuk ke sekolah berasrama. Di sini lah aku belajar cara mengemas almari baju sendiri. Baju harus dilipat selepas kering dan jangan sesekali biarkan baju berlonggok.
Bilik pula akan dibersihkan setiap hujung minggu bersama ahli dorm yang lain. Bila pulang ke rumah, aku cuba praktikkan seperti di asrama.
Namun sayang sekali, apalah gunanya jika hanya seorang yang mengemas, yang lain bertugas menyepahkan rumah kembali.
Sehingga lah aku berkahwin selepai selesai graduasi degree, aku bergelar isteri kepada suamiku, A. A seorang yang pembersih pada level sederhana. Pada mula perkahwinan, aku pun tidak lah terlalu pandai mengemas rumah.
Tetapi A kadangkala menegur aku dalam beberapa aspek kebersihan terutama di dapur. Seperti lap di bahagian dinding dapur dan belakang dapur selepas memasak. Aku juga mula amalkan mengemop rumah setiap hari.
Alhamdulillah, hingga kini, jarang A menegur aku berkenaan isu kebersihan rumah.
Pada awal perkahwinan, kami menetap beberapa bulan di rumah mertua, dan berpindah ke rumah sewa kemudiannya.
Tetapi buat masa kini, kami jarang masuk ke dalam rumah tersebut kerana kedua mertua telah tiada dan rumah didiami ipar-ipar dan keluarga mereka.
Betapa terkejutnya aku melihat dalaman rumah mertua. Seolah-olah terimbau kembali zaman aku kecil dahulu. Rasa sedih menyelubungi hati ini. Bilik tidur anak buah yang tiada rupa bilik beradu kerana penuh barang bawah katil dan baju berlonggok sana sini.
Kebetulan kami masuk ke bilik ini kerana A mengambil barang. Ruang jalan yang sempit kerana kanan kiri dipenuhi barang dan kotak kotak.
Baju berlonggok 3-4 bakul besar. Baju yang tidak pasti sudah digunakan atau belum bersidai di merata tempat. Lantai yang entah bila last date disapu. Rasanya lantai yang agak bersih hanya di ruang meja makan dan ruang tamu luar saja.
Aku bertanyakan pada A, puncanya apa sehingga jadi sebegitu rupa rumah tersebut. A pun turut sama terkejut kerana kebiasaannya kami hanya duduk di ruang tamu saja. Sedangkan wujud 4 orang penghuni dewasa dan beberapa remaja di situ.
Apakah ipar-ipar ku tidak mengajak atau mengajar anak anak mereka mengemas rumah. Ipar-iparku kesemuanya perempuan yang berhias dan up to date apabila keluar rumah. Jadi kenapa perkara ini terjadi.
Aku sua kan cadangan pada A, seandainya A mahu mengajak anak buah mengemas rumah mertua, aku akan turut serta.
Niatku agar aku dapat mengajar anak buah cara mengemas. Agar mereka tidak lah jadi sepertiku yang hanya pandai mengemas bila menginjak usia dewasa saja.
Agar mereka menjadi cakna perihal kebersihan rumah seawal usia remaja. Dan sudah pasti lah untuk mengelakkan Cik Ti dan Cik Pas di rumah tersebut. Akan tetapi, A sekadar mendengar saja, mungkin kurang berminat dengan cadanganku.
Rumah tersebut dikongsi bersama A dan adik beradiknya tetapi diduduki oleh adik beradik A. Aku yang sekadar menantu dan adik ipar sudah tentu tak mampu bertindak lebih. Siapalah kita di mata ipar. Cukuplah butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut.
A pernah menceritakan allahyarhamah ibunya seorang yang sangat pembersih. Rumah akan disapu dan mop setiap hari, tiada baju bersih yang berlonggok di dalam bakul dan lain lain.
Jika ada zuriat kami, (mohon doakan kami ya), aku akan disiplinkan mereka untuk menjaga kebersihan rumah dari kecil lagi.
Dan aku seru pada semua ibubapa, ajarilah anak-anak dari kecil tentang kepentingan membersihkan rumah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Anak-anak yang lahir ibarat kain putih, ibubapa lah yang bakal mencorakkan kain putih tersebut sehingga anak itu dewasa kelak.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit