Assalamualaikum, sekadar berkongsi pandangan dari diri sendiri. Harap tak kena kecam.
Terima kasih juga kepada confessor yang berkongsi tentang “anak-anak adalah ujian” (https://iiumc.com/anak-anak-ujian-buat-kuta/).
Sedikit sebanyak membuka mata hati. Ni pula dari seorang anak…
Mungkin ibu bapa tak sedar, saat mereka dah mula “tak kesah, suka hati kau lah macam mana pun”, masa tu anak-anak dah mula berjauh hati. Rasa ibu bapa dah tak peduli.
Saya sendiri pernah beberapa kali lalui benda macam ni. Pernah sekali, ibu cakap “Siapa suruh pergi sana? Ada ke ibu suruh? Sekarang pandai-pandai la uruskan sendiri.”
Tuhan je yang tahu betapa perit nya dengar ayat macam ni keluar dari mulut ibu. Rasa lonely sangat. Kalau ibu pun tak kisah, ada lagi ke orang lain yang akan kisah?
Peristiwa ni memang bagi kesan yang sangat besar dalam hidup saya. Perit. Rasa macam dah takde siapa-siapa dalam hidup ni.
Lain-lain yang pernah terungkap:
“Dah lah, malas dah nak fikir pasal anak-anak. Penat lah, dari kecik sampai sekarang nak kena fikir korang.” Bunyi macam kita ni anak tak guna, anak yang menyusahkan, patut tak yah lahir pun.
“Ibu nak mulakan hidup baru sendiri.” Ni pun perit. Jadi, ibu dah tak perlukan anak-anak ya? Emm ok :’)
Bila saya cakap “I love you ibu”, ibu reply “emmmmm”. Saya try beberapa kali, tapi ibu tak pernah pun balas yang ibu sayang saya. Entahla, tak tahu apa yang kurangnya diri ni.
Ibu peluk saya? Dalam memori ni ada pelukan masa salam hari raya & sebelum balik ke universiti.
Masa saya nangis, ada ibu peluk? Entahla, seingat saya, tak pernah saya menangis depan ibu untuk masalah yang saya hadapi.
Semuanya saya pendam, tak kisah la sedih pasal apa sekalipun. Mungkin ruang untuk menunjukkan emosi tak pernah ada di dalam keluarga kita. Hanya senyum dan tawa yang boleh diterima.
Masa saya kecik, saya pernah nak bermanja. Nak baring atas paha ibu sekejap je. Tapi ibu marah, tolak saya suruh bangun. Huhu. Boleh pulak saya ingat sekecik-kecik benda ni kan. Dah berbelas tahun padahal
Bila saya dah dewasa ni, saya selalu rasa rindu nak bercakap dengan ibu. Nak buat aktiviti dengan ibu. Tapi kalau saya balik kampung, ibu kerja.
Ada weekend je dekat rumah. Itupun, ibu takkan mau keluar dengan anak-anak. Tak mau ke shopping mall, tak mau ke pantai.
Tapi Alhamdulillah, kita ada juga pergi makan. Walaupun kadang-kadang, ibu lebih banyak menatap phone daripada berbual dengan anak-anak.
Dekat negeri orang ni, saya hari-hari ingat ibu. Tapi everytime saya pegang phone nak call ibu, niat saya terbantut.
Saya takut nak mengadu apa-apa, takut ibu respon macam ibu selalu respon. Sakit. Baik tak yah call terus kan? Rindu dari jauh jelah.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Benda ni nampak remeh kan? Ungkapan ibu pun nampak macam takde apa yang salah pun.
Tapi benda ni menyakitkan, sebab tu sampai sekarang saya masih ingat, sampai boleh taip dekat sini.
Cuba bayangkan kawan saya yang pernah hari-hari dimaki ibunya, “Bodoh bodoh bodoh” berulang kali. Sampai depressed kawan saya.
Selalu rasa dirinya tak guna dan nak bunuh diri. Rasa dibuat-buat ke depressed yang macam ni? Entah la…
Tapi ibu saya takdelah sampai memaki anak-anak. Ibu saya baik, kuat, banyak sangat berkorban untuk anak-anak.
Saya sedar semua ni. Saya pun tak nak jadi anak derhaka. Saya pun tak nak jadi tanggang. Takde anak yang berniat untuk jadi anak yang menyakiti hati ibu bapa.
Andai ada kurang pada diri anak-anak, cubalah heart to heart. Communicate dengan baik instead of sarcastic, memerli apatah lagi memaki.
Saya banyak cakap pasal ibu je kan? Dekat sini saya nak tekankan peranan seorang bapa.
Di mana anda sewaktu isteri anda penat melayan kerenah anak-anak?
Sedarkah anda si isteri sudah terlalu penat dengan house chores to the point that she’s giving up even with her own children? Where are you?
Sebab tu saya tak boleh brain dengan lelaki yang sibuk curang, nak tambah cawangan lain.
Tak sedar ke apa kesan dekat emosi isteri dan anak-anak?
Inilah antara underlying situation yang patut anda buka mata sekarang. Sorry if it sounds harsh, but the husband/father’s character determines the family’s environment.
Sebagai anak, saya tak boleh nak lead the parent-child relationship. Saya boleh usaha, tapi saya tak boleh nak paksa parent saya untuk berubah.
Ni belum lagi masuk perkara-perkara mungkar yang terang bersuluh ibu bapa buat tapi tak nak berubah.
Bukan tak pernah tegur, tapi terpaksa berhati-hati. Silap cakap, nanti saya dilabel derhaka. Maka, saya memilih untuk berdiam & mendoakan pada Tuhan.
Maafkan saya seandainya para ibubapa terasa dengan perkongsian saya. Sekadar berkongsi dari sudut yang berbeza.
Doakan kita semua diampuni Allah atas kelalaian kita. Saya harap yang nak comment, doakan yang baik-baik untuk saya.
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit