Ibu Bapa Kuku Besi

Assalammualaikum semua. Nak cerita sikit tentang ibu bapa yang terlalu mengongkong dan membentuk acuan kepada anak2. Saya bukan nak burukkan parents saya cuma nak share kan sikit cerita.

Masa sekolah rendah dulu saya sangat subjek sains. Masa tahun 4 pertama kali mengenali sains hati saya sangat teruja. Bayangkan kanak2 yang baru berusia 10 tahun dah menunjukkan minat.

Saya bukanlah pelajar pintar dan selalu dapat nombor tengah2 dalam kelas. Tapi semenjak mengenali subjek sains saya tunjukkan perkembangan yang baik dalam pelajaran.

Dari nombor tengah melompat ke nombor depan. Selalu dapat nombor 1 atau 2 dalam kelas. Sehinggalah UPSR. Tapi masa UPSR saya just dapat 4A1B. B kat english.

Dipendekkan cerita, walaupun baru berumur 12 tahun. Saya dah menanam cita2 untuk menjadi doktor yang bertaqwa. Dapat membantu orang lain. So saya nak masuk sekolah asrama Agama dan parents saya pun setuju pada awalnya dan dah jahit baju sekolah mengikut requirement sekolah.

Bila tiba saat untuk hari pendaftaran, tiba2 ibu saya slow talk kat saya dan kata dia nak masukkan saya ke sekolah Asrama lain. Saya terkejut pada awalnya sebab ibu tak bagi full reason why tapi saya redha.

Bila form 1, saya masih selalu dapat nombor depan setiap kali peperiksaan sehingga hujung tahun. 1 kejadian telah berlaku semasa saya form 1. Which is saya dibuli. Saya dibuli bukan dari segi fizikal tapi mental.

Kawan yang rapat dengan saya yang duduk kiri dan kanan. Tiba2 dorang xnak tegur saya. X nak layan and I’m so sensetive about it. Saya jumpa cikgu kaunseling. Kata kat cikgu yang saya ni cepat rasa sedih dan selalu sensetive. Maybe sebab masa tu saya baru berusia 13 tahun. Maybe cikgu kaunseling tu pun rasa xdala besar sangat masalah saya ni. So dia jawab kat saya “jangan jadi sensitive”.

With those simple words, saya pegang and abaikan perasaan saya. Tapi perkara makin teruk. Bila my close friend lari dari tempat duduk dan langsung xnak layan I and dorang siap pakai signal or sign language which I’m really not comfortable dan I’m really hurt because we were so close before. Saya selalu kena serangan athma due to stress.

Saya kata kat ayah saya, saya xnak sekolah tu lagi. Nak pindah. Ayah saya tanya apa sebab. Saya kata lah tentang masalah kawan. Then my dad cuma cakap”jangan cari kawan but jadi kawan”. So memang x membantu. Saya kata saya nak pindah MRSM. Tapi parents saya tipu bulat2 kat saya yang MRSM just terima budak 5A’s je. Masa tu memang ada rasa ragu juga. Tapi masa tu internet belum berleluasa lagi. So kita pun percaya bulat.

Masuk 14 tahun, saya tekat nak pindah sekolah asrama lain. My mom turutkan permintaan saya. Selama 2 minggu saya menunggu panggilan. Dalam diam2 ibu saya tak urus pun and sepanjang 2 minggu dia slow talk kat saya. Suruh stay kat sekolah lama. Saya pun akur untuk kali ketiga.

Namun, saya tak dapat fokus. Saya menunjukkan prestasu corot dan sangat corot. Saya dah pandai ponteng kelas dan kerap kali balik rumah setiap hujung minggu. Parents saya masih tunjukkan tak endah walaupun keputusan saya makin corot.

Sehinggalah PMR, saya mendapat sedikit A, semua B dan gagalkan 1 subjek which is Arab. Tujuannya agar saya dapat lari daei sekolah tu. Saya perlu udara baru sebab memang x dapat nak fokus kat sekolah tu lagi.

Hati saya gembira sebab mungkin saya ada potensi untuk pindah dari sekolah tu sebab kelayakkan untuk masuk ke sokolah agama tersebut ialah bahasa Arab. Namun, ibu saya membuat rayuan agar saya boleh stay kat sekolah tu and what worst. Memang saya x pindah dan terus stay kat sekolah tu. Banyak la benda berlaku contohnya saya pernah jumpa ustazah sorang ni, nak mengadu dan minta nasihat. Tau tak apa dia kata kat saya”kau ingat kau sorang jer ada masalah”. YaAllah semoga Ustazah tu diberi rahmat. Saya maafkan dia.Can you imagine for 5 years saya tak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, ditipu oleh parents sendiri dan stress berpanjangan selama 5 tahun. Tak dapat fokus and lost hope.

Habis SPM, i think you guys can predict my result is. Ofcourse sangat teruk. Tapi saya kata kat diri sendiri perlu buka lembaran baru. So with new hope, saya nak fokus future. Malas nak pandang belakang. Tiba2 dapat surat PLKN. Which is saya sangat suka aktiviti yang mencabar dan baru. Saya kata kat parents saya tentang tawaran tu dengan sangat gembira. Sebab saya nak merasa angin baru.

Pada suatu hari, abang posmen hantar surat kat umah dan bila bukan. YaAllah, menitis air mata baca. “Pengecualian PLKN anda diterima”. Saya menangis semahunya. Dalam dia parents saya buat surat tanpa pengetahuan saya. Saya rasa seperti ditipu walaupun saya tahu dorang sayang kat saya. Tapi sekurang2nga dorang membawa saya berbincang. Hati saya ranap sekali lagi.Kecewa yang teramat.

Hati kecewa memang tak dinafikan. Namun saya redha bercampur perasaan kecewa. Saya mesej kat DatoDr Fadilah Kamsah memalui SMS. Dulu dia ada menyediakan khidmat nasihat melalui SMS dengan caj. Ya lah dulu handphone x dapat nak tulis panjang sangat dan akan dikenakan bayaran. So saya pun minta nasihat D.Dr.F.K dan apa yang dia katakan “just ikut nasihat makbapa”. Mungkin dia tak dapat tangkap sangat situasi saya. Terima kasih Dato atleast mendengar rintihan saya.

Saya pun mengambil keputusan untuk masuk ke IPTS dan memasang cita2 baru dengan buku lembaran yang baru. Masa study kat IPTs ni memang happy sangat walaupun dengan pinjaman PTPTN yang mahal. Pertama kali saya merasakan nikmat membuat keputusan sendiri. Pointer masa study sangat baik. Sehinggalah semester dua saya dikejutkan dengan berita tidak enak. Kakak saya memberitahu yang ibu saya mendaftarkan saya masuk ke IPTA tanpa pengetahuan saya lagi dengan course yang saya x tau.

Bila cek keputusan, saya layak masuk ke ipta tersebut dan diterima. Buat sekian kali lagi hati saya ranap apabila parents membuat keputusan perihal hidup saya di belakang. Saya tahu mereka sayangkan saya dan tidak ingin saya dibebani hutang. Namun something is missing out which is “communication”. Saya bukan nak demand but atleast ada 2 way communication.

Hati redha lagi, masuk ke ipta semester pertama study kat Sarawak and I’m so happy that I’m away from my family dan hadap new environment dan pointer saya pun cantik masa ni. Masa ni just ambil “pre” jer. So saya decide nak ambil admin law tapi parents saya tak kasih dan suru saya ambil business study.

For 3 years, saya menangis setiap hari. Belajar penuh dengan tekanan. Rintihan saya langsung tak didengar oleh ibu saya. Berapa kali saya sudah luahkan kepada ibu saya. Namun diendahkan walaupun saya kata saya tak minat. Dia kata “walaupun awak tak minat tapi keputusan awak ok jgak”. Ya Allah luluhnya hati saya.pointer saya x la hebat masa diploma but not that worse dan masih layak sambung degree.

Degree.. saya nak buka buka buku baru lagi. Nak ambil course Finance. Sedihnya buat kejutaan kali lagi. Parents saya tak benarkan saya mengambil Finance tetapi Economy. Sepatutnya tempoh cuma 2 tahun tetapi menjadi 3 tahun setengah kerana saya sangat tidak minat.

Hampir merasakan tidak ingin hidup lagi. Namun saya habiskan juga degree dengan keputusan ala kadar pada usia 25 tahun. Saya planning nak ambil master yang diminati namun, ibu saya katakan dia tidak mampu. Saya akur. Tapi ayah saya berlainan pendapat, dia menyokong untuk saya mengambil Master tapi dengan course yang dia kehendaki. Saya mengalah.

Saya menjadi sangat pasif terhadap hidup sendiri. Belum pernah bercinta,belum berkahwin, belum berkerja dan kini berusia 29 tahun.

Ini pengajaran buat saya masa dihadapan untuk tidak mengulangi perkara yang sama buat anak2 nanti. Saya tetap sayangkan parents saya walaupun saya pandai merasa kecewa pada diri sendiri. Let’s follow the flows. Tolong doakan saya untuk bertemu jodoh yang mampu membibing saya di dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang baik. Saya juga mendoakan yang membaca entry ini. Ameen. Saya maafkan kedua ibu bapa saya kerana saya tahu mereka juga manusia dan saya pun bukan anak yang sempurna.

– Hati yang redha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *