Ibu Bapa Sakit Kamu Di Mana?

Salam hi salam booster semua nama saya Momo.

Saya perlukan sokongan dan kata kata positif dan jalan penyelesaian jika anda bijak bestari mohon luahkan. Manalah tahu ianya sangat membantu saya di saat kejatuhan ini.

Saya punya mak ayah yang tua dan mak kurang sihat (diabetes – dialisis buah pinggang cuci tiga kali seminggu yang ni ayah saya yang berumur 60-an la yang hantar mak ke pusat dialisis.) Part ayah ni memang sangat banyak korban semoga Allah sayang ayah.

Macam tajuk di atas anda di mana tu merujuk kepada adik beradik saya. Saya ada sorang abang. Adik. Dan adik bongsu umur 7 tahun.

Saya sudah berkahwin seorang anak. Abang berkahwin dua anak. Adik bujang cuma tinggal jauh. Bongsu kecil lagi tak pe.

Luahan saya tentang giliran menjaga ibu bapa.

Sedar kah anda di saat kamu dapat makan dan bercuti bersama keluarga dan kawan buat aktiviti kegemaran kamu ada adik beradik kamu yang terpaksa berkorban masa dan tenaga apatah lagi wang ringgit untuk jaga ibu bapa.

Saya tinggal jauh dengan keluarga dua jam perjalanan tapi saya lah paling dekat. Jadi saya lah yang selalu berkorban jaga ibu di wad. Semasa mengandung saya lah naik turun wad. Berselisih dengan suami tu biasa.

Suami bukan tak suka saya jaga tapi dia kasihan saya mengandung sarat kena jaga mak. Tu saje.. Mak memang kena ada penjaga sebab tak boleh jalan.. Penat .

Saya sudah berkomunikasi dengan adik beradik tapi balasan hanya bluetick dan diam. Abang saya ok la datang juga giliran jadi ringan sikit beban.

Dulu tak langsung. (setelah tiga tahun) hanya saya saja jaga. Sekarang alhmdulillah. Saya cuba berkomunikasi dengan abang. Dia sangat membantu.

Namun adik sorang lagi tiada kata. Kalau sebut suruh balik ke apa ke. Mmg senyap dan bluetick. Saya bukan tak bersyukur abang tolong tapi saya juga bekerja.

Saya kadang terpaksa cuti tanpa gaji jaga mak. Saya tak de duit dah. Gaji saya hanya 1100 sebulan.

Saya juga ada anak kecil. Anak saya dua tahun. Baby lagi kan?

Emosi saya rasa tak stabil. Bila mak warded saya kena tinggalkan anak kepada suami dan mertua. Saya juga bimbang menyusahkan mertua. Pernah la adik tu balik jaga mak seminggu di wad.

Tapi faham kan pesakit dialisis ni. Berterusan. Tidak habis. Walaupun dia datang seminggu tu aje.. Enam bulan lagi belum tentu pulang.

Saya sudah pertimbangkan dari segi kerja. Dia kerja restoran franchais. Staff biasa. Jadi ibu cadang dia balik tinggal dengan ibu memandangkan dia belum kahwin.

Restoran dan kerja kosong banyak saja di kampung. Tapi macam tu juga tiada kata balas. Jadi bila saya jaga ibu. Ibu asyik sebut adik. Nak adik jaga nak adik jaga. Nak adik balik.. Saya cakap adik kerja. Mak mula la emosi nangis etc.

Jadi saya buntu. Dalam diam saya terasa. Saya tak suka perasaan ni. Bagi saya hidup di dunia ni terasa ni normal feeling. Nak kena handle dia saja.

Adik saya ni dulu ada gaduh dengan abang tiga tahun lalu. Itu la antara sebab dia tak balik n duduk jauh. Sekarang dah oke tapi tak oke sangat ok macam tu saja la.. Tapi yang kena tempias saya mak dan ayh pun dijadikan musuh.

Tak tahu apa tak kena. Bila saya wasap tak de balas. Kadang dia block saya. Sampai tahap saya fikir dia kurang waras kot. Tak pe lah tak balik pun. Tapi mak saya ni lah setiap masa suruh adik balik.

Saya nak tanya lah. Reader semua mesti ada yang jaga ibu bapa kan. Korang ok ke.. Macam mana korang kuat jaga mak ayah. Emosi. Kewangan.. Macam mana korang handle dengan pasangan.. Dengan anak.. Kalau korang di situasi saya apa korang buat.

Kalau korang nasihat saya bangun malam tahajjud dan doa alhmdulillah saya suka nasihat itu. Saya sudah buat cuma mungkin saya kena perbaiki lagi amalan. Saya nak luah secara public bimbang jatuh maruah keluarga.

Ye lah.. Tak de pakatan jaga mak ayah. Kan kena label anak derhaka sebab mengeluh jaga mak ayah. Saya tak pernah mengeluh ya. Saya cuma nak tanya.. Korang yang jaga maka ayah sakit ni. Korang ok ke.. ??????

– Momo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *