Assalamualaikum semua. Aku H, seorang guru yang telah berkhidmat selama 17 tahun. Hari ini aku nak buat luahan. Sejujurnya dah lama aku nak luahkan tapi takda masa.
Aku nak buat luahan tentang sikap ibu bapa zaman sekarang. Anak-anak kalau buat perangai kami faham sebab mereka masih belum capai usia matang. Dan memang tugas kami untuk betulkan salahlaku mereka.
Tapi kalau ibu bapa yang buat perangai memang kami tak dapat nak terima. Perangai apa? Sejujurnya banyak perangai ibu bapa yang pelik-pelik zaman sekarang.
Tapi yang aku nak bincangkan harini adalah perangai suka menipu dan mengenakan cikgu dalam hal-hal yang berkaitan bayaran/duit.
Aku kongsikan kisah pertama. Murid N beli baju sukan dan sebab sukan dah hampir aku bagi terus baju sukan tu walaupun murid N belum buat bayaran.
Dari hari ke minggu ke berbulan lamanya murid tersebut tetap tak buat bayaran. Satu hari aku panggil murid tu dan tanya bila dia nak buat bayaran baju.
Dengan selambanya murid tu kata “mak kata kalau cikgu tanya pasal bayaran baju sukan baru kita bayar. Kalau cikgu tak tanya kita buat diam2 je”
Dan memang betul ya. Balik tu aku mesej maknya tanya bila nak bayar baju sukan. Mak nya pura2 terkejut “eh lupa pula yang saya belum bayar. Esok saya bagi duit pada N ya”
Korang tengok perangai orang kita macam mana. Ni bukan sekali je jadi ya. Banyak kali jadi di sekolah berbeza selama 17 tahun aku mengajar.
Samada bayaran buku ke, baju ke, makanan ke tak pernah tak ada parents yang macam ni. Ramai pulak tu. Dorang akan buat diam je sampai la cikgu tanya.
Tu kes pertama. Ni aku nak cerita kes kedua. Ada satu hari tu parents datang nak bayar yuran sekolah anak. Total yuran anak dia dalam rm200 lebih. Bila nak bayar tu tiba-tiba takda cash katanya.
Aku cakap “kalau encik dan puan nak keluar duit dulu saya boleh tunggu”. Sebab mesin atm dekat depan sekolah ni pun ada. Boleh jalan kaki seberang
Tanpa segan silunya bapaknya cakap “cikgu guna duit cikgu dulu boleh. Balik nanti kami transfer”. Aku pun okay je masatu nak dahulukan duit aku.
Jadi aku dahulukan duit aku rm200. Aku minta dia transfer waktu tu juga tapi macam2 alasan dia bagi. Katanya nak transfer balik rumah nanti juga.
Dan sampai harini parents tu masih belum bayar duit aku. Dah beberapa kali aku mesej. Awal2 nya dorang balas. Tapi lepas beberapa kali hanya bluetick yang aku dapat.
Silap aku sebab tak ambil semula duit rm200 tu di pejabat dan tandakan murid tu sebagai murid yang belum bayar. Aku tak buat macam tu sebab percaya mak ayah murid tu akan bayar semula pada aku.
Dan akhirnya lepas beberapa bulan, semua duit-duit bayaran yuran pun dah selamat dimasukkan dalam akaun sekolah dan tak boleh dituntut dah.
Mungkin ada yang kata halalkan je lah. Maaf aku tak boleh nak halalkan. Kalau parents tak bayar sebab lupa aku takda masalah nak halalkan. Tapi ni ada unsur penipuan. Memang aku tak maafkan.
Sekali je ke jadi kes ni? Mestilah tidak. Banyak kali jadi. Ada yang suruh aku dahulukan bayaran modul, buku, baju. Ada yang kecil nilainya, ada yang besar. Dan kesemuanya masih belum bayar semula sehingga hari ini.
Kes ketiga pula kes parents mogok. Apa maksud parents mogok ni? Terma tu aku sendiri yang cipta untuk gelar parents2 yang buat tak tau langsung dekat keperluan anak. Kau mesej ke, kau call ke dia akan buat diam je.
Contohnya kau tulis dalam group “mohon ibu/bapa abu, ali, siti dan kiah untuk membeli buku tulis sains dengan segera kerana hanya murid-murid ini belum ada buku”.
Parents yang normal akan terus bagi duit pada anak untuk beli di kedai buku. Tapi parents mogok dia akan buat tak tau padahal dia baca je mesej tu.
Parents macam ni ramai ya. Dorang ni langsung tak kisah anak takda buku, takda baju, takda alat tulis. Dorang akan buat diam sampai ada cikgu tolong belikan. Tiap tahun dorang buat benda yang sama.
Kadang-kadang kesian tengok anaknya sebatang pensil pun tak ada. Bawak beg kosong pun ada. Hanya ada buku teks je dalam beg. Kotak pensil, botol, pensil warna, buku tulis semua tak ada.
Mesti ada yang cakap kenapa aku tak belikan kan. 10 tahun pertama aku jadi cikgu memang semua benda aku belikan. Alat tulis, buku, kasut semua aku belikan.
Sampailah aku perasan parents2 ni dah jadi lemak dan berharap sepenuhnya dekat cikgu. Bayangkan nak beli buku tulis anak rm1 pun tak mampu katanya tapi tiap hari ambil anak di sekolah elok je hisap rokok. Ada pulak duitnya.
Ada yang tiap awal tahun mesej aku suruh beli buku anaknya. Awal2 sopan je ayatnya. “Boleh cikgu beli buku S dulu. Nanti saya ada duit saya bayar”.
Lepas2 tu dah tak sopan dah dan tak tau malu. “Esok S nak guna buku mt. Esok cikgu beli dan bagi dekat S”.
Maaf cakap tapi sepanjang 17 tahun aku berkhidmat, orang kita je yang buat perangai macam ni. Kaum lain aku tak jumpa lagi buat perangai ni.
Bukan tak ada parents cina dan india yang susah. Ramai je. Bezanya mak atau ayahnya akan pm aku untuk minta bayar beberapa kali sebab tak mampu.
Baru beberapa bulan lepas ada parents india yang minta nak bayar baju rm30 tiga kali. Maksudnya setiap bulan dia bayar rm10.
Dan memang dia konsisten bayar setiap bulan rm10. Aku ada offer nak bayarkan sebab aku minat cara dia yang sopan dan bertanggungjawab.
Tapi korang tau apa dia kata? Dia tolak offer aku. Dia kata anak dia adalah tanggungjawab dia jadi biarlah dia yang usaha untuk tanggung anak dia.
Beza sangat dengan parents yang aku cerita dekat atas yang hanya mengharapkan bantuan orang.
Banyak lagi aku nak cerita tapi untuk post ni cukup la aku bincang isu ni sahaja. Murid buat salah tak apa, masih boleh dididik.
Tapi kalau mak ayah buat perangai? Boleh ke kami guru2 nak didik mereka semula?
Sebabtu aku sangat tak suka orang yang keluar statement “anak itu rezeki”. Salah tu. Anak itu amanah dan jika amanah tu dijalankan dengan baik barulah rezeki datang.
Aku dah banyak kali jadi guru kelas. Sangat jarang nak jumpa murid yang ada adik beradik ramai tapi cukup keperluannya. Mesti serba tak cukup.
Kasut lusuh tak berganti, pensil warna sekotak kongsi semua adik beradik, alat tulis tak lengkap, buku tak beli, baju dah lama tak berganti baru, beg lusuh masih dipakai dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang mak ayah rasa cukup tapi sebenarnya anak-anak je tau perasaan tak dapat apa yang mereka nak.
Aku friend je dengan beberapa parents murid aku di facebook. Ada seorang ibu ni kalau nampak post mengenai anak itu rezeki, dia paling lantang bersuara.
Takda masalah beranak banyak katanya. Siap kongsi pengalaman hidup dia lagi. Katanya dia ada 6 anak tapi serba cukup walaupun sederhana.
Kami cikgu-cikgu ni je tau yang keluarga mereka serba tak cukup. Dia yang rasa cukup sedangkan anak-anaknya di sekolah dah bertahun tak bertukar barang sekolah. Dah lusuh dah.
Anaknya rapat dengan aku. Anaknya selalu bercerita teringin nak mainan ini, teringin nak makan itu, teringin nak beli baju ini, teringin nak jalan tapi tak pernah dapat sebab adik beradik ramai.
Kita kena terima anak-anak kita manusia yang ada perasaan, ada kemahuan, ada kehendak.
Mesti ada yang cakap “kena didik la anak-anak untuk terima yang tak semua kemahuan mereka boleh dapat”
Tak dapat semua tak apa. Tapi kebanyakkan anak-anak murid aku dapat pun tak pernah. Mainan dah bertahun tak dapat.
Nak makan makanan yang mereka teringin pun tak pernah dapat. Dapat sekali sekala takda masalah. Ni tak pernah dapat langsung apa yang mereka teringin.
Sedangkan maknya di facebook hari-hari cakap keluarga mereka mampu, serba cukup. Tapi anaknya kata lain.
Maaf nak cakap. Aku tau ramai akan tak setuju dengan aku tapi aku nak cakap juga. Tolong lah rancang keluarga. Beranak la ikut kemampuan.
Anak itu amanah. Berdosa kalau tak sediakan keperluan anak secukupnya. Kadang-kadang kita rasa kita bagi anak makan seekor ikan kongsi 4 orang tu cukup sedangkan anak-anak kita terpaksa tahan lapar sebab hanya itu je yang dihidang.
Jadi cikgu ni buat aku sedar yang ada benda tentang anak-anak kita yang kita tak tau.
Depan-depan kita dia kata “takpa mak, tak dapat beli bola tu pun takpa. Rupanya dalam hati dia dia teringin sangat nak beli bola tu.
Tu belum lagi aku cerita kes budak mencuri bekal cikgu sebab teringin nak rasa ayam goreng. Tak pernah makan katanya. Siap bawa bekal tu kongsi dengan adik-adik. Luluh hati kami masa handle kes ni.
Jadi pesanan aku sebagai seorang pendidik dan juga sebagai seorang ibu, tolong lah jaga anak-anak kita dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Kalau tak cukup, usahalah. Jangan mengharap bantuan orang. Jangan menipu orang. Dan jangan kecewakan anak-anak kita.
Allah bagi kita tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk berusaha, bekerja, membela nasib. Jadi usahalah.
Aku dulu dibesarkan oleh ibu bapa yang susah. Ayah meniaga pasar malam je dan mak surirumah. Tapi aku dan adik beradik tak pernah tak cukup malah berlebihan.
Tiap tahun ayah beli baju, beg, kasut, alat tulis baru. Kami pun bersemangat nak pergi sekolah.
Nak mainan, baju, makanan semua dapat. Ayah sampai buat 3 kerja sebab nak pastikan aku dan adik beradik cukup segalanya.
Bila waktu ayah tak cukup duit ayah akan buat macam-macam untuk dapat duit lebih.
Jual makanan, cuci kereta, potong rumput semua ayah buat untuk pastikan kami hidup selesa.
Sebabtu aku sedih bila tengok parents yang acuh tak acuh jaga anak. Mulut hari-hari merungut susah tapi kerja pun taknak.
Akhir kata, mohon maaf jika penulisan aku ada menyinggung mana-mana pihak. Niat aku hanya untuk bagi kesedaran kepada orang ramai untuk berubah.
Usahalah untuk masa depan anak-anak kita. Jadilah contoh yang baik buat mereka. Semoga anak bangsa kita cemerlang di masa hadapan.
– Cikgu H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sabar je cg..
Nilai paling tinggi pd seorg guru..SABAR..
Betul…parents skrg..kurang bertanggungjawab pd anak..
Duit anak bantuan anak..dia org yg guna..kesian bdk2 ni