Ibu Bapa T20 Anak Hidup Gaya B40

Assalamualaikum. Aku nak cakap sikitlah. Baru – baru ni banyak betul isu B40 M40 T20 ni. Aku tak nak lebih ii pasal isu ni cuma aku nak cakap pasal satu aspek saja.

Sebelum ada yang salah faham, bacalah dulu sampai habis dan kalau ada yang tak setuju dengan apa yang aku kata ni takpe aku faham kita semua ada persepsi lain – lain dalam hidup asalkan kita hormat persepsi masing – masing.

Aku tak faham betul dengan mak bapak T20 dan UPPER M40 yang kedekut sangat nak sediakan keperluan anak – anak terutamanya yang masih belajar.

Aku faham ada mak bapak yang tak mampu nak sediakan semua keperluan anak mungkin banyak sangatlah kot komitmen dia tapi aku nak tahu pasal mak bapak yang sebenarnya mampu ja tapi kedekut dengan keperluan keluarga sendiri ni.

Banyak ibu bapa B40 yang ada masalah kewangan juga tapi masih cuba usaha cari jalan nak berikan yang terbaik untuk anak mereka.

Dulu sebelum ayah aku bersara, aku pun pernah berada dalam keluarga M40 tapi kadang ada juga waktu nak beli beras pun kena korek tabung.

Mungkin sebab ayah aku pun banyak nak langsaikan hutang masa tu dengan adik beradik pun masih belajar lagi tapi mak ayah masih mampu sediakan yang terbaik untuk kami.

Kalau kita rasa hidup kita dah susah, ada lagi yang sampai ikat perut tak makan berhari – hari.

Nak jadikan cerita, dulu aku ada kawan T20 mak lawyer ayah engineer tapi anak – anak hidup macam B40 level B1.. aku pelik kenapa hidup dia sebagai anak T20 suka meminjam macam – macam dari anak B40..

Aku pun tanyalah dia kenapa mak ayah dia kerja bagus – bagus gaji besar tapi tak mampu nak cukup kan keperluan dia pastu dia pun kata lah yang family dia ni nampak je T20 tapi adik beradik dia ada 7 orang nak kena sara

Pada mulanya aku faham lah mungkin mak ayah dia banyak komitmen pastu anak pulak ramai masih belajar jadi banyak duit nak kena pakai..

Tapi aku pelik bila dengar dia cerita mak ayah dia mampu beli barang berjenama mewah , rajin bercuti di luar negara berdua tinggal anak – anak dekat nenek suruh jaga tapi keperluan anak – anak tak mampu nak sediakan.

Telefon pun pinjam mak punya itu pun kalau ada telefon kena kongsi dengan adik beradik yang lain..

Bayangkan betapa kelam kabutnya kalau ada kelas online tapi ada satu gajet saja kena kongsi dengan adik beradik lain padahal bukan mak ayah tak mampu..

Lepastu dekat asrama anak hidup berjimat tapi asyik minta makanan, pinjam barang dekat kawan – kawan B40

Cukup bulan mak bapak dok honeymoon kat Paris tinggal 7 orang anak dekat nenek jaga sorang – sorang… Itupun katanya ada hati setiap tahun nak beranak padahal anak yang ada pun kau ‘tak mampu’ nak cukupkan keperluan dorang

Untuk anak – anak M40, korang tak salah.. yang salahnya mak bapak yang gagal uruskan kewangan dan bertanggungjawab dengan keperluan anak.

Kalau dah usahakan yang terbaik tapi itu saja yang engkau mampu bagi tu aku faham.. bukan nak suruh sempurna semuanya pun.

Nanti dah kerja dapat gaji level M40 belajar hidup besederhana jangan asyik boros beli benda yang tak penting.. Sekali sekala takpelah tapi jangan sampai hidup berhutang dengan benda mewah..

Tak pasal – pasal anak yang menanggung beban nanti pastu bising dekat media sosial “Kenapa kami T20 tak pernah dapat bantuan apa – apa sedangkan kami pun HIDUP SUSAH!”

Tapi takdelah nak pukul rata semua M40 hidup mewah tak padan dengan gaji..

Aku faham bukan semua M40 hidup senang dan aku pun setuju kalau kerajaan kaji balik bantuan kepada M40 terutamanya level M1 yang banyak tanggungan di rumah.

Cuma aku geram dekat mak bapak yang mampu tapi kedekut dengan anak – anak.. Faham banyak komitmen lain, tapi keperluan hidup anak – anak kau tu bukan tanggungjawab utama jugak ke?

Itu sahaja daripada saya. Mohon maaf andai ada yang tersinggung dengan kata – kata saya cuma nak ingatkan sesama kita yang kita semua ada struggle masing – masing dalam kehidupan,

Jadi tak perlu nak bising golongan mana yang terpaling susah dan tak perlulah pertikaikan rezeki masing – masing.

Sekian, terima kasih.

– Mr. M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *