Ibu Bapa Tak Galakkan Cita-cita Anak Untuk Berniaga/Bekerja Sendiri

Seorang remaja berusia 16 tahun menceritakan yang dia berminat untuk mengambil jurusan fotografi semasa di universiti dan kemudian, setelah tamat belajar, dia bercita-cita nak jadi jurugambar profesional dan membuka studio sendiri. Ibu bapa remaja tu tak beri galakan dan menjawab “tengoklah, sampai mana nanti”. Remaja ini membalas “ibu bapa tengoklah nanti”. Tunggu dulu. Jangan salah faham, ibu bapa remaja tu bukan pandang rendah kepada jurugambar atau orang yang berniaga/bekerja sendiri. Ibu bapa tu tak yakin kerana mereka sendiri tak ade ilmu & pengalaman dalam bidang perniagaan. Jadi, ibu bapa tak dapat nak beri panduan dalam bidang berniaga/bekerja sendiri. Ini kerana, kedua-dua ibu bapa tu datang dari keluarga yang berlatar belakangkan jurusan akademik dan makan gaji.

Generasi datuk & nenek pula biasanya bekerja sendiri sebagai pekebun seperti getah, kelapa sawit, durian. Generasi datuk nenek tidak mahu generasi ibu bapa bekerja sendiri seperti mereka kerana pendapatan tak tetap mengikut harga komoditi dunia/harga pasaran dan kerjanya membanting tulang empat kerat, bawah panas terik matahari. Boleh jadi, generasi ibu bapa tak galakkan anak2 bekerja sendiri kerana melihat bagaimana generasi datuk nenek bekerja keras memerah keringat.

Sebenarnya, ade juga ibu bapa yang bukan saja beri galakan kepada anak-anak untuk berniaga, malah beri bantuan kewangan. Tapi, bilangannya sedikit. Contoh, ade sepasang suami isteri yang memiki banyak tanah dan duit hasil dari tanah itu. Mereka beri duit pada anak2 untuk modal memulakan perniagaan kedai runcit, kedai makan, peraih hasil tanaman, kedai jahit. Mereka juga beri tanah untuk anak2 mendirikan rumah.

Ade juga ibu bapa yang sudah memikirkan hala tuju anak2 semenjak anak2 berada di sekolah menengah apabila melihat anak2 tidak memiliki kebolehan akademik. Biasanya, ibu bapa ini ade perniagaan sendiri dan akan memperturunkan ilmu & kemahiran yang dimiliki, yang juga menjadi punca pendapatan ibu bapa. Jadi, semenjak anak2 di sekolah menengah, ibu bapa akan libatkan anak2 untuk bantu ibu bapa sambil menimba ilmu dan pengalaman contoh dalam bidang baiki moto/kereta, pendawaian elektrik, katering, bertukang rumah. Diharapkan anak2 akan meneruskan legasi perniagaan ibu bapa atau dapat membuka perniagaan sendiri.

Ade juga ibu bapa yang walaupun anak belajar di IPT, tetap galakkan anak mendalami kemahiran seperti menjahit, memasak, bertani semasa cuti semester, di mana kemahiran ni boleh dijadikan sumber pendapatan jika keadaan memerlukan. Pernah keluar kisah di akhbar, seorang pemilik kedai jahit yang berkelulusan undang2 menyatakan terima kasih kepada ibunya yang memaksa dia belajar menjahit semasa cuti semester. Selesai pengajian, dia sukar dapat kerja kerana ekonomi gawat dan dia gunakan kemahiran menjahit sebagai punca pendapatan.

Biasanya, kebanyakan ibu bapa tak galakkan anak berniaga/bekerja sendiri. Biasanya, ibu bapa galakkan anak untuk belajar rajin2, dapat keputusan peperiksaan yang baik, meneruskan pengajian di IPT, pegang jawatan tinggi (makan gaji) yang bergaji tinggi. Ini kerana, berniaga laluannya berliku dan tiada panduan jelas. Berbanding dengan bidang akademik, laluannya jelas dan boleh nampak destinasi yang dituju.

Kadang2, anak2 yang masih kecil yang cemerlang akademik akan dilabel sebagai “anak harapan” kerana dengan kebolehan akademik yang dimiliki, boleh dijangka laluan dan destinasi yang akan dicapai kelak.

Sebenarnya, semua anak2 ade kebolehan masing2, cuma semasa anak2 kecil, bakat, kemahiran & minat belum lagi jelas kelihatan. Atau mungkin kebolehan sudah nampak semenjak anak2 kecil, cuma tak pasti jika anak2 bekerja sendiri/berniaga menggunakan kebolehan2 tersebut, adakah jalan itu boleh hasilkan pendapatan yang cukup untuk menyara diri dan keluarga.

Sebenarnya, dengan dorongan dan bimbingan, semua anak2 boleh berjaya.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *