Ibu Bapa Tidak Memahami

Salam semua. Saya Amani, berusia lewat 20 an. Saya seorang anak tunggal dan sudah pun menjadi seorang isteri dan ibu.

Saya dilahirkan dalam keluarga biasa saja. Ibu bapa saya bukan orang berada. Hingga sekarang mereka tiada pun rumah sendiri, tiada wang persaraan dan tiada apa-apa harta. Mereka tidak lagi bekerja.

Saya ingin luahkan rasa tekanan saya tentang sikap ibu bapa saya.

Saya dan suami telah membeli rumah, subsale sahaja tapi cukup selasa dengan 4 bilik (corner lot). Saya bercadang untuk bawa ibu bapa saya untuk tinggal bersama.

Selama ini, mereka menyewa sahaja. Tapi mereka tak suka duduk bercampur. Yang buat saya stress ialah, mereka ingin berpindah rumah sewa yang baru,

Sebab saya dah beli rumah yang lebih baik, dengan harapan mereka dapat tinggal di rumah sewa yang setaraf dengan yang saya beli (sebelum ni menyewa rumah teres 3 bilik).

Mereka mendesak dan saya turutkan. Sedangkan saya sudah pujuk dan ingin buat loan besarkan rumah di bahagian corner lot khas untuk kawasan ibu ayah saya, tapi mereka enggan.

Saya tertekan kerana perbelanjaan bulanan saya amat besar. Semuanya akibat dari ego ibu bapa saya sendiri.

Rumah sewa baru mereka saya bayarkan RM850 sebulan. Bil api, air, astro, topup internet, coway, medical card, barang dapur, duit belanja RM600 sebulan… ini sahaja sudah rm2ribu lebih.

Saya sangat terbeban. Saya bekerja, satu sen pun tak dapat untuk diri saya.

Saya survive guna duit nafkah suami bagi sahaja. Syukur suami memahami.

Yang membuat saya lagi terkilan, ibu saya suka jemput tetamu ke rumah setiap minggu, masak banyak-banyak dan semua modal saya yang perlu tanggung.

Belanja barang dapur sangat tinggi, melebihi yang sepatutnya mereka berdua sahaja makan.

Disebabkan suka ajak orang datang dan suka berjalan, saya lagi menjadi mangsa. Duit belanja yang saya beri, mereka tak mahu guna atas alasan nak menyimpan. Duit minyak pun minta saya lagi.

Belum cerita lagi apa yang mereka teringin nak beli setiap bulan. Hmm.

Sekarang saya sudah pun jadi seorang ibu. Masih lagi cuti bersalin. Ibu saya tidak membantu banyak dalam menguruskan hal saya dan anak ketika berpantang.

Ibu saya hanya datang untuk masak dan kemudian balik ke rumahnya sendiri.

Saya uruskan diri sendiri, dan belajar dari Youtube sahaja. Kalau suami ada, dia lah yang bantu.

Tapi, benda yang buat saya hampir meroyan ialah bila mengenangkan keputusan ibu bapa saya menolak untuk menjaga baby saya bila saya dah start bekerja.

Saya dah buat macam-macam untuk mereka. Saya sediakan rumah sewa 4 bilik, saya belikan semua perabot, segala bil saya bayar, duit belanja saya bagi, duit minyak, nak handbag, nak kasut semua saya layan kan.

Saya ikat perut sebab nak layankan handbag RM600 permintaan ibu saya.

Bila saya dah curahkan segalanya, ibu saya suruh saya hantar baby saya di pengasuh. Allah. Mana lagi duit saya nak cari?

Suami saya dah terlalu banyak menanggung macam² di rumah kami termasuk saya dan anak. Saya bekerja tapi satu sen tak dapat bantu.

Kenapa lah ibu bapa saya begini. Masuk harini ibu saya dah 4 hari tak datang rumah saya untuk masak makanan berpantang saya. Dia merajuk sebab saya tak dapat belikan kereta proton persona baru yang dia minta. Hmm.

Kalau la pendapatan saya 10k sebulan, memang saya belikan. Tapi, kereta saya sendiri pun suami yang bayarkan. Saya dah berhari² terfikir nak bunuh diri. Sesak betul dada saya.

Nak hantar anak ke pengasuh, saya dan suami tak mampu dah. Kalau saya berhenti kerja, apa jadi dengan ibu bapa saya? Lagi baik saya tiada lagi di dunia ni. Hmm…

Sekian. Dari seorang anak yang penuh dosa.

– Amani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *