Assalamualaikum. First of all jgn kecam luahan hati aku ni. Sebab ini adalah realiti zaman sekarang.. Huhuhu..
Aku nak ceritakan sikit tentang luahan hati seorang guru sekolah veteran yakni mak aku sendiri. Hari hari dia bercerita kat aku, mengeluh, menangis cerita kt aku apa jadi kat sekolah sebab perangai parents sekarang. Yelah kakitangan kerajaan, bukan senang senang nak post itu ini kat sosial media. Silap haribulan kena tindakan tatatertib, hangus segala imbuhan untuk pencen nnt. Huhuhu..
‘Parents sekarang, parents PUAKA!’
Ni ayat mak aku bila dia dah geram sangat dgn perangai parents sekrang. Mana tak nya, semua benda tak boleh dibuat. Korang pun tau kan isu terkini pasal parents kata anak murid bukan orang gaji untuk padam papan hitam, datang lambat kena duduk atas tar. Mak aku dah meluat dengan benda mcm ni. Sampai satu tahap, mak aku kata nak pencen awal. Bukan sebab murid tapi sebab parent murid.
Baru baru ni ada parents call maki hamun mak aku. Sebab anak dia tertinggal bas sekolah. Dia tuduh cikgu lepaskan anak dia lambat dari keluar kelas. Tapi hakikatnya tak. Tahu tak, anak dia LEKA main dengan kawan sampai tak sedar bas dah pergi. Lps tu nangis nangis call mama dia. Lps tu mama dia call mak aku marah marah.
Cikgu sekarang bukan cikgu zamn dulu. Dulu mana ada parents call/sms cikgu memalam buta semata mata tanya esok sekolah ke tak. Yess!! Itu la yang mak aku tgh hadapi sekarang. Ada laaaaa parents yang g call mak aku pkul 10.30 malam (mak aku jenis tidur awal sbb bangun sebelum subuh) semata – mata tanya, cikgu esok sekolah mcm biasa ke?. Mak aku punya hangin, dia jawab ‘tak, esok kan hari sabtu. Awak hantar la anak g sekolah’.
Lagi satu kes. Murid pun lebih kurang puaka jugak. Lagi lagi sekolah rendah. Mak aku ada pernah sekali bawak rotan g kelas. Tujuan dia bukan nak rotan ke apa. Cuma sebagai satu ‘simbol’ yg dia ni guru disiplin. Biasalah kita sekolah dulu pon jgn kata guru disiplin, guru biasa pon akan bawak rotan ke mana mana dlm sekolah kan. Al kisah, mak aku g toilet. Tinggalkan rotan kejap dalam kelas. Balik semula ke kelas, lesap dah rotan tu. Mak aku tanya satu soalan je kt murid kelas tu ‘Mana rotan saya tadi?’. Nak tau ape budak budak tu cakap? ‘Cikgu, cikgu tau tak kalau cikgu rotan kami, cikgu boleh dikenakan tuduh mendera kami.’ Terduduk mak aku. Tak mampu nak cakap apa.
Yang kes ni paling aku raspect cikgu disiplin kat sekolah mak aku tu. Ada seorang murid tahun 5 ni mmg gangster sekolah. Tapi parents tak percaya anak dia jadi gangster kt sekolah. Ye lah. Mak kerja pensyarah, ayah pegawai bank. Mana nak caya anak perangai tak semenggah kat sekolah. Guru besar banyak kali panggil parents dtg sekolah pon, tak de guna. Tak percaya anak dia perangai jahat. Katanya kat rumah baik sangat. Malam malam buat revision, homework, selalu tolong buat kerja rumah (cuci pinggan bauh baju etc). Cikgu disiplin ni dh geram sangat, dia rakam setiap perangai murid gangster ni. Ada la rakaman tgh buli murid lain, rosakkan harta sekolah mcm mcm lagi la. Aku x tgk la video tu tp mak aku yg tgk. Parents murid ganster tu terkejut beruk sangat sampai terdiam tak kata apa.
Banyak lagi perangai perangai puaka parents n student zaman sekarang yang mmg menguji kesabaran manusia bergelar guru. Semua yang dibangkitkan adalah isu remeh yang kau sendiri boleh fikir kesan baik dan buruk. Kalau guru amik sesuatu tindakan, jangan cepat melatah. Siasat dulu. Ni tak. Main serbu je sekolah tuduh itu ini.
Wahai parents sekalian, jangan terlalu manjakan anak anda sampai anda jadi buta. Anda pernah jadi murid, pasti anda tau setiap tindakan itu ada sebab dan punca. Ada kebaikan disetiap tindakan yang dilakukan. JANGA TERLALU DRAMA dengan tingkah laku anak sendiri. Cikgu sekolah takkan ambil tindakan kalau anak anda tak buat perangai. Sudah sudah lah tu MERENTCATKAN pembangunan dan pembesaran anak anda dengan terlalu manjakan mereka.
Akhir kata. Kalau nak anak anda dilayan mcm anak vvvvvvvip, sila hantar ke sekolah swasta.
Sekian drama swasta dari saya. Hihi
– Anak Cikgu Veteran
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit