Assalamualaikum. Dah lama aku tertarik nak share cerita kat sini berkenaan dengan ibu-ibu bekerjaya. Tujuan aku confess bukan nak blame mak mak yang tak bekerja cuma nak bagitahu apa perasaan kami sebagai wanita yang bekerjaya ni. Bekerjaya? Tak adalah bekerjaya sangat pun cuma cukuplah sekadar nak bantu ekonomi keluarga.
Aku perasan lately banyak confession pasal wanita yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah. Tahniah aku ucapkan. Pekerjaan tu sangat mulia. Tapi tahukah anda kami yang bekerja juga sangat-sangat nak jadi seperti anda? So tak perlu lah kata kami ni ada ‘me-time’ yang banyak sangat.
Aku nak cerita pasal kehidupan aku. Aku bekerja dan dalam masa yang sama PJJ dengan suami. Aku ada seorang anak. Nak cerita pasal life bekerja aku setiap hari. Pagi Isnin pukul 4am aku dah bangun siapkan suami aku untuk balik ke Ipoh. Lepas dia pergi aku siapkan barang-barang anak (pakaian dan makanan anak)nak hantar ke taska pulak. Gosok baju aku kalau weekend sebelum tu busy ke hulu ke hilir. Lepas solat subuh siapkan diri nak pergi kerja. Pukul 7 aku turun bawah bawak anak naik kereta untuk ke taska. Dalam 15 minit dah sampai taska, macam biasalah ada lah drama sikit anak tak nak dengan pengasuh kan. Menangis macam sakit. Mak-mak yang blame tu rasa kami ni suka tengok anak macam tu? Masuk kereta tahan perasaan sedih sebab terpaksa kena tinggal anak dalam keadaan macam tu. Banyak kali kot aku menyuarakan hasrat nak berhenti kerja kat suami dan keluarga tetapi ditentang. Siapa yang tak nak didik anak dengan acuan sendiri? Memandangkan aku ni bukan datang dari keluarga yang senang plus suami pun bukanlah kerja gaji besar macam PM plus jugak rasa tanggungjawab nak bantu adik-adik yang masih belajar lagi. Setiap hari aku memikirkan nasib anak aku di taska. Moga keadaan dia sentiasa di bawah lindungan Nya.
Ok. Masuk bab kerja pulak. Masuk office jer terus start buat kerja. Tengah fokus buat kerja, bos panggil pulak. Kena buat kerja yang ad-hoc sebab menteri nak tu lah, pengarah nak ini lah. Dah kerja yang aku buat tadi pending kat situ. Itu belum lagi aku kena meeting sampai kena drive sampai 100 km. Tiba-tiba tau. Tiba-tiba.
Kadang-kadang masa breakfast and lunch aku ke mana. Sehari aku makan roti je sampai balik petang nanti baru makan nasi. Mesti korang rasa puasa boleh je kan. Puasa lain woi. Itu mindset. Ditambah pulak aku breastfeeding. Kadang-kadang waktu pump aku terbabas sebab meeting. Bukan tak nak pakai freemie tu bagai tapi dah pernah dalam meeting ada orang tegur ‘Bunyi apa tu ya? Macam vibrate tak berhenti’. Duh! Tapi alhamdulillah, skipped masa pump pun, rezeki anak aku tetap ada malah berlebihan lagi.
Nak cerita bab balik pulak. Aku balik jarang gila nak on-time pukul 5. Mesti lebih. Kadang-kadang sampai pukul 8.30. Kesian anak aku duduk lama kat taska. Sedih gile tahu! Masa aku ambil tu mesti merengek. Aku tahu dia perlukan perhatian aku. Oh lupa, anak aku refuse botol. Memang dia akan minum susu bila aku balik je. Aku pernah sekali sambil drive sambil menyusu dia.
Sampai rumah aku dah start masak untuk makan malam aku dan anak aku je. Kena pulak bersilat kat dapur sambil aku main dengan anak aku sebab dia akan ikut aku ke dapur. Lepas masak, solat dan makan, aku main jap dengan anak aku. Bila dia dah start menangis maka fahamlah aku bahawasanya dia dah mengantuk dan ajak aku tidur sambil peluk dia. Kadang-kadang aku pun tertidur sekali sebab penat. Kadang-kadang aku bangun jugak lah sebab masa tu nak basuh baju, kemas dapur dan buat apa yang wajib tu.
Nampak tak life sebagai ibu yang bekerjaya ni macam mana? Aku cukup tak setuju bila mana orang kata ibu yang bekerja ni rileks, banyak ‘me-time’. Bagi aku, aku totally tak. Even aku sakit dan dapat mc pun, aku tak akan hantar anak aku kat pengasuh sebab bagi aku itu adalah peluang untuk aku bonding dengan anak aku. Itu tak masuk lagi bab kalau orang cemuh kata ‘Alaa anak suka menangis tu sebab kurang kasih sayang lah. Mak ayah sibuk cari duit tapi anak tak pandai nak manage’. Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Tapi aku sabar. Moga orang-orang macam ni diberi hidayah.
Bilamana kau rasa ditempat kami ni, yang mesti bekerja walaupun hakikatnya kami nak berkhidmat dengan suami sepenuhnya, besarkan anak dengan tangan sendiri, kau tak akan kata kami ni goyang kaki kat pejabat. Bagi aku, mak bekerjaya ke tak, ada pros &cons. Pilihan di tangan anda. Kami yang bekerja ni pun kena kutuk juga. Sekian.
Mama Dilemma
– Mama Dilemma
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit