Ibu Berhati Batu

Ibu Siti tegas dengan prinsipnya. Ibu jenis tidak kisah dengan gosip hinaan kutukan orang pada ibu walaupun adik beradiknya sendiri. Ibu pun sekarang dah nak masuk 60an .

Kisah pertama.

Seorang daripada adik beradik Siti bercinta dengan saudara dekat. Ikut pada keluarga besar tidak setuju atas alasan saudara. Tapi, bagi ibu, perkara Islam benarkan mengapa nak dihalang. Tambah dah sampai main cinta & ibu sangat marah bila dah bercinta bagai nak rak.

Jadi, ibu teruskan sahaja. Jadi, bermacam2 gosip kami dengar. Ibu cakap selagi Islam tidak halang, lantakkan mulut orang.

Diteruskan dengan sesi perbincangan kahwin. Pihak perempuan mintak RM10 000++ . Ibu bantah atas faktor anaknya bukan kerja besar. Banyak lagi keperluan nak pakai lepas kahwin. Bincang lagi & dapat turun separuh. Alhamdulillah……..

Semasa kenduri belah kami, tiada hiasan pelamin mahupun bilik pengantin & juga hiasan rumah. Simple & kemas. Ramai datang bertanyakan kenapa tidak nampak macam rumah orang kahwin.

Ibu cuma cakap “kita makbapak buat mana yang anak mampu. Yang penting menjamu orang. Hiasan membazir” . Begitu lah ibu cakap setiap kali siapapun bertanya. Abah?

Yang Siti nampak abah senyum sahaja. Dalam beberapa tahun pertama kahwin, gosip masih kedengaran. Ibu?

Terus jalan dengan hidupnya. Tak kuasa nak pikir perkara tidak penting.

Kejadian kedua.

Dalam saudara besar kami ada seorang yang Islamnya mengikut adat sangat. Jatuh hukum ikut dan je. Contoh perempuan kena pakai telekung semasa solat, tak pakai solat tak sah. Lelaki kena pakai songkok kalau tak, solat tak sah.

Ibu Siti sakit hati dengar. Tah mana kitab belajar pun tak tau. Tapi, ibu tak balas dengan kata2, tapi dengan perbuatan.

Bila masuk waktu solat, ibu & Siti akan pakai menutup aurat sahaja & solat berjemaah dengan saudara itu. Saudara tu senyap je tidak marah sebab dah faham sikap ibu yang berhati batu. Sampaikan pada abah pun tak lut sebab bab agama abah takkan banyak soal dengan ibu.

Kejadian ketiga.

Siti & adik beradik perempuan semua dah kahwin. Semasa proses berbincang hantaran, abah akan cek dulu latar belakang agama & pekerjaan. Menantu2 lelaki ibu berlatar belakang yang berbeza. Hantaran kami ikutkan abah cadangkan berbeza. Tetapi rezeki kami dapat mertua sendiri nak letak sedikit tinggi. Kami semua tidak lebih dari RM10 000.

Perkahwinan kami semua Alhamdulillah berjalan dengan baik. Disebabkan faham sendiri kewangan di tahap sederhana, kenduri belah kami semua sederhana. Hantaran, pelamin & bilik semua hias sendiri. Pengapit pun tiada. Hehehe……

Sikap ibu yang berhati batu turun pada kami adik beradik perempuan. Telinga kami semua memang dah tidak lut dengan hinaan & perlian. Siti lepas kahwin, badan semakin gemuk. Pak mak saudara Siti jenis mulut tiada insurannya.

Jadi, pantang nampak Siti, mulut nak perli sahaja. Biasanya Siti akan senyum & balas “jadi apa masalahnye pakcik makcik” & tiada yang akan mengadu pada ibu abah sebab takkan jadi apa2.

Ikutkan Siti pun ada masalah juga dengan keluarga suami. Ibu berpesan, selagi suami jaga kebajikan anak bini, tidak lupa bermain dengan anak2, sentiasa tanya keperluan cukup ke tidak, sentiasalah dekat dengan suami. Insya Allah suami akan berubah.

Cara Siti, Siti bekerja sendiri di rumah. Sebukkan diri supaya fikiran tidak memburukkan keluarga suami. Dengan cara ini, Siti jadi lebih kuat & tidak pernah ingat apa2 pun perlian keluarga sana. Siti pun bukan jenis berduit. Siti hanya bagi apa yang mampu sahaja pada keluarga suami.

Pernah juga dihina sebab bukan kerja kerajaan, susah nak buat hutang. Ehh macam2 lah. Cakap pun depan Siti.

Dah lebih 6 tahun perkahwinan, Siti dah lut tak layan dah hinaan tu sebab suami pun tak layan. Senyap & main game. Cuma sekarang biras Siti pula yang dengar. Huhuhu……..

Kecewa jugak la dia sebab muda lagi & baru kerja. Siti nasihatkan biras supaya kenal suami baru tahu macam mana nak tackle masaalah ini.

Jadi, kepada wanita diluar sana, apa yang ibu Siti ajar adalah :

1. Sentiasa dekatkan diri dengan agama.

2. Ajar diri untuk jadi kuat & teguh dengan prinsip.

3. Pastikan diri ada rancangan & jangan cepat jadi lemah lembik bila ada masalah yang datang.

Sekian…

– Siti Batu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *