Hi, assalamualaikum para pembaca semua. Saya merupakan seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak perempuan yang alhamdulillah sejuk mata memandang.
Kisahnya sebelum kahwin, saya memang takut gemuk. Maybe disebabkan seseorang tu mengatakan bahawa jari saya pendek2 dan gemuk. Jadi jika saya berkahwin dan mengandung, saya akan jadi gemuk.
Pada awalnya saya tak kisah tetapi lama kelamaan seseorang tu menekan terus ayat tersebut dengan wajah yang sinis.
Btw, saya sendiri kurang pasti mengapa wanita itu selalu tidak puas hati dengan ku. Setiap hari ada saja sisi fizikal saya yang hendak dia hinakan.
Hari perkahwinan saya pun dia malu kan saya di depan ramai orang. Saya tidak mahu sebutkan apa yang dia malukan kerana pedih hati bila terkenang.
Yang pastinya saya di body shaming dengan teruk sekali. Malu Sangat2. Gila2 malu tapi saya hanya mampu tersengih2. Sakit ya Allah, bila ku kenang.
Bertahun aku dibody shaming tapi aku diam. Tiba hari perkahwinan pun masih di body shaming depan orang ramai dan kesannya hari perkahwinan ku dipenuhi dengan rasa down, sedih dan sakit hati.
Maka, disebabkan peristiwa itu, ia menyebabkan aku mahu sentiasa tampil cantik di mata semua orang. Selepas berkahwin pun wanita itu masih suka menghinaku.
Btw, pada mulanya aku tidak suka pada suamiku disebabkan badannya besar. Aku trauma, aku takut mempunyai keturunan yang gemuk2 dan aku takut di hina.
Tetapi aku tidak tahu bagaimana, Allah bukakan hati ku untuk menerimanya seadanya sebagai suamiku kerana agama yang ada pada dirinya.
Sebelum berkahwin, dia datang rumah dan seorang makcik ku mengatakan, “Gemuk sangat. Nanti macam mana la malam pertama nanti. Habis la kalau badan jadi remuk kena tindih” waktu tu aku hanya tersengih2.
Malu sebenarnya tapi aku tidak tahu kenapa aku meraikan kata2 itu dengan gelak tawa. Maybe sebab aku mahu jaga hati makcik ku itu supaya dia senang lawaknya disambut. Maka terbahak2la makcik itu ketawa. Mujur bakal suamiku itu tidak mendengarnya.
Selesai majlis perkahwinan itu, 3 hari kemudian aku mengikut suamiku ke negerinya. Alhamdulillah suami aku sayang aku sepenuhnya.
Senyumannya manis sekali pada pandangan mata ku. Kebetulan dia seorang yang murah dengan senyuman. Tetapi satu sifatnya yang aku kenal, dia tidak mudah menyalahkan orang lain.
Pelik, tapi benar. Satu hari sewaktu kami berjalan di KL, kereta kami di langgar dari belakang. Waktu itu aku tengah mengandung, alhamdulillah tiada apa yang berlaku.
Dengan tenang, suamiku keluar dari kereta sambil senyum dan mengatakan tidak mengapa pada orang tersebut kerana jelas kelihatan orang tersebut gabra dan ketakutan maka suamiku menenangkannya dengan senyuman dan kata tidak mengapa.
Aku tidak mendengar perbualan mereka, tetapi suami ku hanya mengambil bayaran bagi kerosakan keretanya hanya separuh. Itu pun suami ku tidak kisah berapa saja yang mampu orang tersebut mampu bayar.
Maka sebab itula, aku suka padanya kerana kebaikan yang ada dalam dirinya dan menerima dia seadanya PADA AWALNYA.
Hari berlalu dengan pantas dan kandunganku pun sudah mencecah 9 bulan. Tiba waktunya aku bersalin, aku menjalaninya dengan penuh gelabah.
Selesai bersalin, ada sesuatu yang tidak kena pada perasaanku. Sakit rasanya hingga aku tidak mampu memberikan susu badan sepenuhnya pada anak ku.
Sedih, kecewa dan merasa jadi ibu yang gagal. Semuanya disebabkan aku tekanan!! Aku terlalu takut gemuk. Aku takut jumpa orang. Aku rasa tak yakin.
Kemudian aku terkenang kembali kata2 wanita itu bahawa aku ada potensi jadi gemuk. Dan ya, lepas bersalin aku gemuk. Aku pandang cermin, aku lihat aku hodoh Sangat2.
Sebelum mengandung aku sangat kurus dan slim. Ternyata kata2 wanita itu benar2 terjadi pada diri ku. Setiap saat aku memikirkan bagaimana hendak kurus. Disebabkan pkp, hanya seminggu saja aku dapat bertungku kerana aku pantang sendiri.
Jadi mengupah orang menjagaku hanya berjalan seminggu saja. Aku jadi tidak fokus untuk berpantang. Mujur suami ku membantu menyediakan menu berpantang. Terima kasih suami.
Bulan pun berlalu, maka baru2 ini aku pun balik ke negeri ku atas izin suami bersama anak sulung kami. Suami tidak dapat ikut bersama kerana tugasan.
Sebenarnya aku takut dan trauma hendak pulang ke negeri sendiri. Tetapi aku paksa kerana sudah 2 tahun lebih tidak pulang ke kampung.
So, aku teruskan saja pulang tetapi hati aku tidak tenang. Aku takut di tegur sudah gemuk.
Seperti apa yang ada dalam fikiranku, setibanya di kampung, bapakku mengatakan aku sudah gemuk. Sudah besar seperti suami. Kerana suami ku memang orang nya besar dan gemuk. Aku rasa down sedih dan sangat malu tapi aku berpura2 hanya senyum.
Keesokannya, aku keluar rumah. Tiba2 makcik yang menghina suami ku dahulu menegurku,
“Eh, bila kamu balik? Tudiaa, gemuk sangat sudah kau ni. Gemuk sangat suda kau ni. Eh, gemuk sangat suda kau ni” aku hanya mampu tersengih2. Makcik itu mentertawakanku. Sedih, pedih, sakit rasanya.
Hari pun berlalu, makcik ku yang lain pula mengatakan aku suda gemuk. Btw, di fb aku selalu share tentang body shaming. Jelas makcik ku pasti baca apa yang aku share di fb. Tapi cara dia menegurku itu, jelas dia sengaja mahu menyakiti hatiku.
Tapi aku hanya mampu tersengih2. Susah rasanya hendak membalas. Bila waktu malam, mula lah aku murung dan marah dengan diri sendiri sebab tidak mampu melawan bicara orang yang suka body shaming pada ku.
Sehingga kini, aku masih obses hendak kurus. Sehingga aku sanggup membeli ubat kurus jenama ********. Produk itu adalah keluaran seorang artis.
Btw, ubat itu tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu kerana untuk ibu menyusu,
Ia akan membuatkan susu ibu berkurangan tetapi aku tetap degil untuk terus meminum ubat kurus tersebut kerana aku tidak mampu bertahan dengan teguran orang sekeliling bahawa aku suda gemuk.
Remuk hatiku bila suatu hari ada jiranku menanyakan pada ibuku siapa kah itu? Dan dia sangka aku adalah kawannya iaitu kakak ku yang seorang kerana muka kami nak sama pada pandangan matanya.
Tidak semena-mena ibuku mengatakan padanya, “Itu bukan Rania, itu Siti. Rania kurus. Siti tu sudah besar badan” kata2 ibuku itu menyakitkan hatiku. Pedih rasa bila keluarga sendiri yang menyebut fizikalku. Sakit ya Allah.
Perkara2 seperti itu yang menyebabkan aku obses untuk kurus hingga susu badan aku drop teruk. Aku kasihan pada anakku tapi aku tidak mampu berhenti untuk terus menakan ubat kurus tersebut.
Btw, aku sudah mulai tidak menerima suamiku seadanya kerana bagiku dia gemuk dan menyebabkan keturunanku akan gemuk semuanya.
Aku mulai rasa tidak suka dan mulai rasa malu hendak berjalan bersama2 suamiku. Aku sedih. Aku sudah jadi ibu yang gagal memberi susu sepenuhnya pada anakku. Aku benci. Aku tahu aku salah tetapi aku tidak mampu untuk berhenti obses pada kurus.
Aku nak kurus. Tapi aku tidak kuat. Aku tidak ada motivasi.
Aku nak kurus ya Allah. Kenapa aku ditakdirkan untuk gemuk. Kenapa aku tidak dianugerahkan badan yang tetap kurus meskipun banyak makan. Aku berharap sangat, keturunanku semuanya slim2 belaka.
Oh ya, aku tidak tahu apa yang tidak kena tetapi aku melihat, semua orang di kampung semuanya kecil2 dan kurus. Aku terkejut kenapa semua orang semakin mengecil pada pandangan mata ku? Aku nak kecil seperti mereka tetapi entahla. Sedih sangat.
Terima kasih admin. Lega sikit lepas meluah. Harap2 admin approve dan pembaca sudi memberikan ku kata2 motivasi dan aku harapkan ada pembaca yang sudi share bagaimana diet untuk ibu menyusu. Thanks….
– Selimah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit