Ibu Cerminan Anak-anaknya

Assalam semua, aku Noura umur 30+ fully housewife with master degree. Tahun ni tahun ke 9 perkahwinan aku dengan si E, tapi jodoh tak panjang, dia dah lafaz taklik dan kami pon dalam proses penceraian.

Apa yang aku nak share harini bukan pasal si E, tapi pasal mak dia.. Which is my mother in law.

Mak mertua aku ni kalau tengok luaran memang nampak lembut, baik, jenis otak perempuan kampung pencen gomen,

Sejenis yang percaya bulat2 apa yang dia terima, sampaikan bapak mertua banyak kali tegur sebab dia suka share benda tak betul dalam group whatsapp.

Sepanjang berkahwin dengan E, mak mertua aku ni potray kan yang bapak mertua aku ni seorang yang panas baran, tak jaga hati isteri, cakap lepas, kira semua yang buruk, semuanya bapak mertua aku,

Tapi heran aku tengok selama 9 tahun ni takda pon bapak mertua aku perangai sampai macam tu.

Rupanya sangkaan aku memang betul sebab bila berlakunya penceraian aku dengan E baru lah nampak sisi gelap mak E ni,

Dan orang yang paling cool boleh terima keputusan aku untuk bercerai adalah bapak mertua aku and dia yang minta maaf on behalf E.

Mak mertua aku minta maaf tak?? Harammm.. dia siap twist 360 darjah, dia jaja habis cerita kat family dia aku nilah isteri paling durjana buat anak dia,

Siap cakap aku ni taknak kerja disebabkan nak harap anak dia provide aku 100%, padahal anak dia sepanjang 9 tahun kahwen menumpang rumah family aku satu sen pon tak bayar sewa.

Then she is so in denials bila aku cakap anak dia pukul aku, dia kata aku exaggerated, sebab dia suruh aku terima balek anak dia.. sampai dia kata apa punya isteri kalau tak boleh terima laki mengamok sikit..

Hello, aku membesar dengan cukup kasih sayang dari seorang bapak (aku anak perempuan tunggal) bapak aku sikitpon tak pernah pukul aku, tapi anak dia??

Pukul aku masa mengandung anak pertama lagi. Apa dia ingat aku ni punching bag anak dia? sebab E ni kalau baran habis segala kerusi terbang. Now baru lah aku nampak perangai toksik E ni banyak diwarisi dari mak dia.

Sejenis mak E ni pulak suka judge penampilan orang sampaikan dia bagitau kat adek ipar aku kalau nak cari suami jangan cari yang perut buncit, jangan cari yang rambut huduh,

Gaya dia demand tu macam lah adek ipar aku tu miss world, padahal anak2 laki dia dah kalah tong drum dah masing2 punya size.

Sebab dulu si E ni pernah face shaming aku dia cakap bulu kening aku macam sin chan sebab aku jenis tak cukur kening, benda haram kot walaupon kening aku takdela serabai pon cuma lebat sikit itu pon dia nak complaint.

Rasanya sampai sini dulu aku nak luahkan sebab malam 7 ramadhan ni aku rasa syahdu sangat dengan hujan renyai2 di luar, banyak sebenarnya nak diluahkan cuma setakat ni dululah.

Aku harap sangat korang doakan urusan perceraian aku dipermudahkan, no more drama from anak beranak tu. Thank you alls sudi baca.

Salam Ramadhan everyone.

– Noura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Berat dengar cerita sis ni. Apa2 pun semoga sis dpt bangkit semula, bina kerjaya, jadi manusia sukses dari segala segi. Akk faham, manusia ni beza2 pemikirannya, tapi kita janganlah merendah2kan manusia lain seolah2 kitalah manusia yg paling berjaya, paling sempurna & terpaling segalanya….

  2. Semoga sis bahagia. kerjaya dah ada kan, takpe kerja je. kita kalau jadi surirumah ni orang pandang hina je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *