Ibu dan Ayah

Assalamualaikum, nama aku DZ. Anak kedua dari 5 beradik. Sudah berkahwin. Anak satu. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku pun tak tahu nak meluahkan kepada siapa. Ayah aku bakal melafazkan cerai kepada ibuku selepas 33 tahun berkahwin. Kata nya dah tawar hati.

Meh aku nak cerita dari mula kisah nya macam mana. My parents get married masa sama-sama belajar oversea. Lepas setahun kahwin, dapat anak sulung iaitu abang aku. Habis belajar, balik Malaysia, aku pun lahir. Masa ni ayah aku sambung belajar flying. After few years struggling dengan hidup baru, my mum sambung belajar kursus perguruan. So anak 4, dia dapat jadi cikgu. Everything was so fine to our own eyes as their children.

Sampai lah ibu start macam suka tinggi suara, marah-marah, emo tak menentu. Aku ingat lagi masa aku belajar universiti, aku pernah tak masak, lama jugak lah ibu tak bercakap dengan aku. Yang best nye bukan dengan aku sorang dia buat silent treatment. Dengan semua orang dalam rumah. Things get worst lepas dia operate buang rahim. Lepas tu dia macam tak sedar, dia dah sakitkan hati ayah banyak kali. Marah pun ikut suka hati, perli-perli ikut suka hati, etc.

Dia rasa tak apa, pergi berjalan bercuti dengan kawan-kawan, pergi sana sini dengan kawan-kawan, sambut birthday pun dengan kawan-kawan dulu. (Ya kita faham, dia korbankan waktu muda remaja dia yang habis dengan membesarkan kami sakit pening while ayah pergi kerja fly sana-sini.) Masa ni, ayah dah start rasa lonely, disrespected. Umrah beberapa tahun lepas ayah doa nak kan bini kedua.

So here’s the life changing begins. Ayah jumpa dengan budak office dia. They were in love. Tapi ibu tak tahu. Ayah bagitahu my sister. And my sister approved. Sebab dia nampak macam mana heartbroken ayah bila ibu buat macam tu.

Kemudian, my sister disapprove sebab dia rasa tak fair to my mum. Bila disapproved, dorang bergaduh sampai tak bercakap agak lama. One fine day, suddenly, my sister menyahut bila ayah panggil. Ayah nangis teruk sebab they were bff. Ibu pelik. Bila ibu tanya what’s wrong. Ayah mengaku dia bergaduh dgn my sis sebab ada affair dengan officemate.

Ibu kecewa. Mula-mula ibu macam ranap. Exploded. Marah. Menangis. Ibu tak tahu apa salah dia sebab tak pernah orang tegur selama 33 tahun. Ayah tak pernah tegur. Habis fasa menangis, ibu berubah 180 darjah. Tak marah-marah. Tak emo. Tak perli-perli. Tak keluar lepak dengan geng dia. Tak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Even tak pergi masjid dah setiap malam kalau ayah tak ajak (sebelum ni ibu yang ajak).

Ayah? Mula-mula janji nak putus dengan perempuan tu. Tapi lama-lama, ayah cakap ibu berubah tu dah terlambat. Kami tak boleh serang dia, sebab dia awal-awal dah block kami. Pernah juga kami mesej adik beradik dia, ayah marah kan kami. Ayah dah tak nak teruskan lagi dengan ibu. Hati dah tak ada. Istikarah nampak perempuan tu ajak keluar dari rumah kami. Entah lah. Ibu dah cuba macam-macam nak ambil hati ayah. Tapi, berpisah yang ayah pilih. Mungkin tiada jodoh.

Oh, perempuan tu, tua dua tahun je dari aku. Muda setahun dari abang aku. Jadi, boleh imagine berapa umur dia. Doakan ibu kuat. Doakan ayah bahagia dan tak menyesal. Doakan adik perempuan aku berbaik semula dengan ayah. Doakan adik-beradik lelaki aku tabah. Doakan aku tenang. Doakan kami.

– DZ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *