Assalamualaikum semua :)
Nama saya Puteri dan saya jumpa previous post tentang Deena yang cerita tentang ibu dia yang suka marah2 dan sebagainya. Saya perlukan pertolongan, saya berumur 19 tahun dan saya hidup bersama ibu saya yang mempunyai masalah seperti ini juga. Setiap hari saya stress, dan menangis kerana saya masih belajar dan tinggal bersama keluarga, dan saya tak mampu untuk sewa rumah di luar kerana masih belajar.
Saya anak sulung, 4 adik beradik. Dan selalu dimarahi dan ibu saya selalu cari pasal untuk mencari kesalahan saya walaupun benda kecil dan keadaan saya sama seperti Deena yang menceritakan tentang ibu dan adik2nya juga. Saya selalu buat research dan google macam mana patut saya buat untuk keluarkan saya dari masalah ini. Sebab, masalah ini sangat effect pelajaran saya. Saya rasa macam tak boleh belajar kerana stress dan pernah beberapa kali saya belajar, ibu saya akan cakap sesuatu yg menyindir dan buat saya down dan selalu teringat2.
Jadi, saya buat few research dan saya telah mengambil langkah2 yang agak sedih untuk saya buat, tapi saya terpaksa buat. Saya jarakkan diri saya dengan ibu saya, dan kurangkan bergaul dengan dia. Contohnya bila dkt dapur, saya akan potong2kan bawang and prepare bahan dapur untuk dia sebelum dia masuk dapur untuk masak. Jadi, dia tinggal hanya untuk masak sahaja dan saya boleh duduk tempat lain. Tapi saya sedih sebab tak dapat jadi macam orang lain yang dapat duduk dengan ibu dia dekat dapur dan sembang2 and masak sama2. Sebabnya, nanti saya dah ada anak sendiri, itulah impian saya. Nak masuk dapur dgn anak dan masak sama2. Tapi bila saya tak dapat buat macam tu dekat ibu saya, saya rasa sedih sangat. Saya harap Allah tahu apa yang saya buat ni cuma untuk elakkan diri saya terburst out marah bila saya dimaki dimarahi di dapur and dapat elakkan saya dari buat dosa kepada ibu saya.
Ibu saya pernah cerita dekat saya yang nenek saya pilih kasih antara kakak ibu saya dan dia. Ibu saya yang selalu buat macam2 dan dia rasa nenek saya tak sayang dia. Saya tak tahu, mungkin dia rasa dendam dengan nenek dan ulang benda sama dekat saya? Mungkin.
Ibu saya juga seorang manipulative (atau gila?). Contohnya, saya tak buat pun benda2 yang dia tuduh saya tu, dia cakap saya yang buat. Dulu saya ingat saya gila, tapi bila fikir balik saya tak buat pun apa yang dia cakap tu. Dan, mostly apa yang dia tuduh saya buat tu, sebenarnya dia yang buat. Saya pun tak tahu dah nak buat apa. Saya harap ada orang boleh faham situasi saya dan saya minta tolong bagi nasihat dan comment yang boleh tolong saya.
Kadang2, saya rasa berdosa buat macam ni. Tapi saya buat ni supaya tak jadi makin teruk. Ustaz2 dan ustazah kalau ada yang baca confession saya ni tolong la bagitahu saya apa yang saya buat ni salah ke betul. Saya dilemma antara buat perkara yang betul (untuk elakkan makin teruk) dan dosa saya kepada ibu saya sebab saya jauhkan diri dari dia.Saya taknak nanti kena kifarah sebab berdosa. Saya nak ada keluarga dan anak2 suatu hari nanti, dan perbetulkan apa yang boleh.
Saya rasa ujian macam ni sangat besar,sebab saya tak boleh pilih sebab dia ibu saya. Saya nak berbakti kpd mereka bila dah tua, tapi bila fikir dan keadaan macam ni, sebenarnya saya taknak tengok pun muka ibu saya :( . Saya nak cepat habis belajar dan keluar dari sini dan mulakan hidup baru. Saya sedih sangat2. Sebab mereka keluarga saya, dan saya sayangkan semua. Cuma saya sedih sangat saya tak tahu apa nak buat dah. Saya pun muda lagi masih belajar tapi saya baru kerja part time sebab saya tekad untuk ada duit sendiri dan keluar dari situasi ini.
Tolong saya semua. Terima kasih semua kerana sudi membaca luahan hati saya.
– Puteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit