Assalamualaikum. Terima kasih jika post aku ni disiarkan.
Aku Anne. Family aku biasa je, tak lah kaya tapi mak ayah aku akan pastikan anak-anak dia dapat yang terbaik sebelum mereka menutup mata. Aku belum berkahwin. Duduk dengan family dan aku dah tak bekerja. Adik beradik aku tinggal berdekatan je. So untuk hujung minggu tu tak susah lah kan.
Apa yang aku nak cerita ni, membuka mata aku yang belum berkahwin ni berfikir apa tanggungjawab ibu dan isteri. Disebabkan aku tak bekerja, aku jadi anak yang diharap dekat rumah. Pagi aku bangun, terus dalam kepala nak fikir tengahari nak masak apa, baju perlu basuh, rumah nak kena kemas. Nampak macam biasa, tapi percayalah ia satu pekerjaan yang sangat penat. Tak dapat aku bayangkan macam mana surirumahtangga sepenuh masa atau wanita bekerjaya mampu untuk buat. Sedangkan aku kadang-kadang ada juga terkeluar keluhan penat dan sebagainya.
Aku pernah bantu abang aku yang kadang-kadang kerja diluar kawasan dan kakak ipar aku yang bekerja juga. Masa tu, aku sendiri yang akan jadi seorang ibu akan uruskan anak buah dari mandi, makan dan tidur. Tu belum kira kalau dia berak, kencing, rumah sepah, main kotor, main air, bergaduh. Sampai satu masa aku baru je duduk nak betulkan pinggang, dah kena kejar buat benda lain. Kalau seorang je yang dijaga, mungkin tak ada masalah. Tapi ini 4 jenis perangai. Berlari nak ambil balik sekolah, nak memasak, nak hantar pula ke sekolah. Macam-macam beb. Memang macam-macam punya hal.
Bila anak-anak ni dah tidur, masa tu bukan lah dapat nak rehat pun. Masa tu digunakan untuk kemas benda yang dah bersepah (walaupun lepas dia bangun tidur, akan bersepah balik). Semuanya akan jadi normal bila malam, semua dah tidur. Dan begitu lah seterusnya setiap hari kerja-kerja seorang suri rumahtangga, seorang ibu dan juga seorang isteri. Aku bukan hanya tengok. Tapi aku juga melaluinya sendiri walaupun aku tak kahwin lagi.
Kesimpulan kat sini, jangan pandang suri rumahtangga ni kerja nya senang goyang kaki. Cuba duduk buat kerja tu selama beberapa hari tanpa bantuan orang itu sendiri. Patah pinggang beb. Dan semasa aku menulis ni aku hanya ada masa ini untuk pegang phone aku menceritakan kebenaran tugas dan tanggungjawab ibu+surirumahtangga+isteri. Apa pun, aku salute ibu aku sendiri dan semua ibu-ibu yang ada didunia ini.
Ingat jasa mereka kerana tiada apa yang mampu kita buat untuk balas segala titik peluh membesarkan kita :)
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit