Ibu Dan Isteri Yang Keliru

Assalamualaikum semua. Nama aku Cahaya (of course bukan nama sebenar)

Aku menulis untuk memohon sedikit pandangan daripada pembaca yang mungkin mempunyai pengalaman yang sama mcm aku.

Aku tidaklah pandai mengarang atau bercerita tapi aku harap admin akan approve aku punya confession supaya aku dapat buat keputusan yang tepat.

Aku sekarang sedang berpantang di kampung yakni rumah orang tua aku. Aku berpantang anak kedua which is anak pertama aku masih lagi kecil (2 tahun).

Buat masa sekarang anak sulung aku tinggal dengan suami aku sebab aku bersalin czer.

Mak ayah aku pula dah tua dan ada sakit2. Ditambah pula mak aku sedang mengasuh anak kakak aku yang jugak berumur 2 tahun.

Masalah aku sekarang, anak aku yang sulung, suami aku akan hantar ke rumah pengasuh dari pagi sehingga malam.

Suami aku kerja 8-5 petang. Tapi akan ambil anak malam sebab lepas office hour, suami aku ada latihan bola sepak yang tak boleh dielakkan. Setiap hari.

Aku sebagai mak, aku tak pasti perasaan aku ni normal ke tidak tapi aku sangat sedih sebab anak aku terpaksa duduk dengan pengasuh sampai malam.

Tapi sebab pengasuh jaga anak aku dengan sangat baik, aku boleh lagi bertenang.

Situasi jadi tak best bila, suami aku ada friendly bola waktu malam. Jadi aku tanya anak macam mana.

Awalnya suami aku cakap nak hantar ke rumah kakak dia.

Aku memang dah tersangat sedih. Dah la siang dekat rumah pengasuh, malam kat rumah orang lain pulak.

Walaupun itu rumah mak saudara anak aku, tapi tetap tak biasa duduk sebab bukan jumpa hari-hari.

Anak aku pulak jenis nak tidur kena ada aku atau suami aku temankan. Aku jadi sedihlah lagi bila anak aku akan ditinggalkan kesana kesini macam tu.

Aku ada minta dekat mak aku untuk balik rumah aku sendiri. Boleh la aku jaga anak aku kan walaupun aku tahu akan struggle sikit sebab nak handle baby+ abang dia yang tengah lasak.

Tapi nak tak nak nanti aku kena hadap jugak kan. Tapi mak aku tak bagi sebab aku bersalin czer dan sekarang baru hari ke-22.

Lepastu mak aku tak bagi lagi sebab rumah aku bertangga. Which is rumah 2 tingkat and bilik dekat atas je.

Aku dah cakap aku takkan naik tangga and takkan buat kerja berat2. Aku cuma nak jaga anak aku je sementara suami aku pergi bola. Tapi still mak aku tak bagi.

Aku suruh suami aku hantar anak aku balik kampung je. Biar aku jaga kat sini.

Tapi suami aku cakap takut aku stress. Sebab anak sulung aku memang kuat meragam sikit sekarang. Mungkin sebab baru ada adik kot.

Tapi aku tak nak anak aku dihantar merata-rata macam tu.

Apa patut aku buat ye. Apa keputusan terbaik patut aku ambil?

Sesungguhnya aku sangat keliru.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Allahu… suami rak boleh ke skip friendly bola tu, cuba bincang dan luahkan dgn suami yg tanggungjawab dia utk jaga anak2 dan isteri. Satu lagi suggestion, cakap dgn suami minta dia upah confinement lady, keluar modal sikit utk kesejahteraan anak2 dan isteri sendiri

  2. Suami puan memang tak boleh skip ke latihan bola skali skala? Bagi saya puan kena bincang dgn jadual husben selepas waktu bekerja. Kesiannya anak puan masih kecil tapi kurang attention dari parent.

  3. utamakanlah anak2 tu, suami awak ni normal ke? lebih utamakan bola dari anak sendiri, pelik la camni

  4. Normal perasaan puan Cahaya. Rasa sedih kerana fikir anak sulung bagai terabai. Saya pun pernah rasa lebih kurang begitu, anak saya belum 2 tahun, saya dah melahirkan anak yang ke 2 secara czer. Pelbagai latihan sukan, ajakan kawan-kawan atau kenduri saudara mara suami lebihkan dari menjaga saya dalam pantang. Mula -mula memang marah, sudah lah setiap hari bekerja balik lambat, hujung minggu ada sahaja aktivitinya. Tapi, sebagai ibu, anak anak sentiasa dengan saya. Tak kiralah ayahnya ambil berat atau tidak, saya fikir, bagaimana saya menjaga dan mendidik anak anak, saya harap anak- anak juga akan menjaga saya begitu bila saya memerlukan mereka suatu hari nanti. Saya tak konfiden ada orang jaga lebih baik dari saya. Memang ada stressnya, tapi Alhamdulillah dengan pertolongan Allah. Lepas pada tu saya merancang sendiri, tidak mahu anak rapat2 lagi, apa gunanya beranakkan untuk orang yang tidak tahu menghargai. Suami memang baik, tapi dia kurang faham perasaan seorang ibu dan seorang isteri. Saya lagi stress bila anak anak tidak ada depan mata saya. Biarlah saya yang mengalah. Sekarang anak anak dah sekolah rendah, masih lagi rapat dan manja dengan saya.

  5. Salam puan,

    Pertama sekali, tahniah atas kelahiran ahli keluarga baru.

    Ni pandangan peribadi saya, perempuan bila tengah berpantang akan alami perubahan hormon yang mendadak.Saya pasti puan juga tahu.Waktu begini, pmpn akan jd lebih ‘cenggey’ sbb fasa postpartum blues.Jadi nasihat saya, fokus dahulu pada recovery puan dan bayi.

    Keduanya, puan patut berbincang dengan suami tentang penjagaan anak ni.Kadang suami mmg kurang sensitif selagi tidak diberitahu sebab yang jelas kenapa anak tidak elok dijaga & dihantar ke sana kemari.Puan mungkin boleh berkongsi dapatan dari pakar2 ke berkenaan fasa adaptasi anak menerima adik baru,kenapa perlu ade supporting engagement esp close bonding dgn ayah atau ibu pd masa fragile ni.

    Ketiganya, fasa ini tidak lama puan, dan kerana fasa yg tak lama ini juga, mungkin boleh pujuk suami utk tangguhkan dahulu aktiviti malam utk sementara waktu sahaja ketika puan berpantang.

    memang kita sbg ibu merasa kasihan tidak dpt bersama anak dan xdpt buat yang terbaik ketika ini,tapi saya berharap puan dapat sematkan dlm diri bhw kedaan ini tidak lama dan setelah habis tempoh recovery, puan boleh ‘balas’ semula dengan tumpuan sepenuh perhatian puan kepada anak puan nnt.Believe me, fasa kelam kabut ini tidak akan diingati anak seusia kecil tu asalkan tiada peristiwa yg meninggalkan trauma.

    Keempatnya, doa ibu itu tiada hijab.Meski puan berjauhan dr anak, tp connection puan dengan anak tetap dekat.Jadi, berdoalah setial kali teringat pd anak.Akhirnya, Allah jua yang menjaga anak kita.

    Moga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga.😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *