Assalamualaikum. Artikel ini ditulis untuk Adik Insan Lemah dalam post nya : Mak Saya Terkena Kejutan Budaya. (https://iiumc.com/mak-terkena-kejutan-budaya/).
Hai adik, kita mempunyai masalah yang sama. Dan percaya lah, masalah ni bukan melanda diri kita berdua je. Akak dikelilingi oleh kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama. Sama ada yang terlibat adalah ibu/ayah mereka, kakak atau adik perempuan mereka.
Ibu akak memegang status ibu tunggal mula dari beberapa tahun yang lalu. Masa tu mostly anak2 ibu kebanyakan nya dah bekerja. Tinggal yang kecik yang masih bersekolah. Selepas memegang status ibu tunggal, ibu akak menjadi aktif dalam menyertai berbagai jenis program.
Program ‘Tupperware’, program ‘makanan organik’, program ‘Zhulian’. Akak bising, duit arwah banyak habis kepada benda yang tak sepatutnya. Tapi, ibu tetap ibu. Tak ada siapa yang boleh lawan ibu. Dan akak paham, ibu akak buat semua tu kerana ibu sunyi.
Dan untuk beberapa tahun, aktiviti ibu menjadi slow. Modal kemana, barang kemas tergadai. Ibu pun kembali menjadi normal seperti dulu. Alhamdulillah. Tapi, siapa sangka, penggunaan handphone canggih menjadi punca. Dengan group whatsapp kariah, geng bawang, geng lorong, geng umno. Semua nya bermula apabila ahli group yang berani text/video call/voice call ibu. Dan bermula lah hubungan ibu dengan suami orang. Orang kampung jugak.
Akak tak tahu untuk berapa lama mereka sudah menjalin hubungan, sampai sanggup keluar berdua, pada waktu malam. Bila akak tanya ibu, ibu akan jawab ibu pergi mesyuarat sekian-sekian. Yang paling berat dugaan akak, akak seorang je yang tahu perangai ibu akak yang sekarang ni. Dengan meseg yang, Allah. Kalah budak wechat bercinta. Akak nasihat, mintak ibu berhenti layan suami orang. Dan jawapan ibu, mereka hanya berkawan (rolling eyes).
Masalah makin teruk bila ibu akak duduk di rumah pusaka, di kawasan terpencil, untuk mengemas rumah tersebut, seorang diri dan jantan tu datang. Kantoi sebab akak balik kerja awal. Patah hati akak dik masa ni. Sumpah. Akak ajak mak akak balik.
Dalam kereta, akak hamburkan semua pada ibu akak. 1 juta sebab akak bagi ibu akak kenapa tak boleh menjalin hubungan dengan suami orang. Ibu akak ada anak perempuan, cucu perempuan. Air mata tak yah cakap, lebih pada menahan marah kepada ibu sendiri. Dan jawapan ibu akak, kalau salah, kenapa Allah bagi poligami?. Allahhuakbar. Akak sedarkan ibu akak, yang mereka belum berkahwin lagi. Kenapa perlu berjumpa dalam keadaan macam tu?
Melihat ibu juga menangis dan mengata kan yang akak tak paham keadaan ibu. Akak paham dik, ibu akak sunyi, anak-anak pulak semua dah besar, bekerja. Akak cakap, kalau betul serius, suruh jantan tu datang rumah, jumpa adik beradik yang lain. Anak-anak tak kisah pon ibu nak kahwin lain, tapi biarlah dengan cara yang betul. Tapi sampai ke saat akak menaip ni, tak ada pun jantan tu datang rumah.
Lepas tu keadaan kembali tenang, mereka kurang berhubung. Kalau tak setiap malam gayut dik. Sampai lah 1 malam. Ibu akak ada join aktiviti persatuan di bandar. Dan isteri jantan tu datang rumah. Berjumpa dengan akak. Makcik tu ingat akak tak tahu perangai ibu, tapi akak tahu. Dan akak da nasihat ibu akak, tapi ibu tetap tak berubah.
Mereka stil berhubung, dan pergi aktitivi persatuan tersebut bersama. Mak cik tu tunjuk gambar meseg antara ibu akak dan suami dia. Akak tak terkejut. Handphone ibu tak ada lock pun. Akak suruh makcik tu jumpa sendiri ibu. Nak gaduh pun tak ada masalah. Malu dengan orang kampung tak da masalah, asalkan ibu stop buat perangai. Dan, akak sendiri cakap, akak di pihak makcik tu. Tapi tiada pertemuan berlaku. Akak minta ibu akak jumpa makcik tu, minta maaf, tapi ibu kata ibu tak ada buat salah. Allah.
Rupanya, jantan tu dengan Aliff Aziz tak ada beza dik. Cuma versi tua. Makcik itu cerita sendiri perangai suami nya yang memang begitu.Mintak dilepaskan, jantan tu tak nak. Dan jantan tu sudah pernah kena ketuk sebab jalin hubungan dengan isteri orang. Dan makcik tersebut 1 famili terpaksa pindah disebabkan perangai suami diketahui majikan sehingga menjadi kes polis.
Akak tak pasti apa penyelesaian pada masalah ini. Ibu akak masih berhubung dengan jantan tu. Ada yang akak baca dari komentar, minta rendam handphone la, pakai nokia 3310 la. Tapi benda tu tak menyelesaikan masalah pun. Ibu akak siap hafal no jantan tu. Adik rasa? Pernah sekali pakcik tu telefon nombor rumah, akak angkat, dan akak cakap sendiri jangan ganggu ibu akak. Jantan tu cakap, mereka hanya berkawan. (rolling eyes)
Ibu kita sunyi dik, nak jalin aktiviti pon hanya pada hari minggu. Malam sekejap je, warga tua pula suka tidur awal. Nak buat aktiviti bersama macam mana. Hubungan ibu akak dengan Allah, tip top dik. Tahajud, segala solat sunat ibu buat, mengaji setiap malam.
Cuma hubungan ibu dengan manusia je tak berapa cemerlang. Ibu tak suka buat baik pada orang yang terang2 tak solat, tak join kariah. Kelakar. Mana akak boleh nasihat, akak nasihat. Walaupun nanti akak yang kena balik. sebab bukan ahli masjid nak nasihat2 ibu pulak. Kelakar sangat.
Jadi, nasihat akak. Adik cuba hati ke hati dengan mak adik, nasihat dan terus nasihat. Yang paling penting, mintak dengan Allah. Allah Maha Berkuasa, Allah mampu tolong kita. Mungkin bukan dalam masa yang pantas, atau cara yang adik fikirkan.
Pernah 1 tahap, akak berdoa Allah tarik nyawa jantan tu, supaya benda ni semua berhenti.Tapi doa yang tak baik tak sampai ke Allah. Jadi, minta la dengan Allah yang baik2, doa yang baik2. Yang paling penting, husnudzon dengan Allah.
Orang lain, lain ujian nya. Kita, ini ujian nya. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Percaya dengan Allah. Ada tu Allah nak tunjuk. Ujian ni juga untuk buat kita kembali kepada Allah. Kita ni hamba yang hina je. Allah tu Maha segalanya.
Dan jangan lupa, seteruk mana pun ibu kita, syurga kita bawah kaki ibu. Sekian, hug dari jauh. Kuatkan diri dik. Love.
– Akak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit