Ibu Hamil dan Diabetes

Hai semua. Nama aku Nanako. First time nak bercerita di sini. Harap cerita aku dapat jadi teladan buat semua ibu2 hamil yang ada diabetes semasa mengandung atau sebelum mengandung lagi.

Aku di sahkan ada diabetes pada akhir tahun 2018. Dan selepas 3 bulan aku disahkan mengandung. Hati gembira bukan kepalang sebab yang bongsu ketika itu berumur 4 tahun.

Ketika itu aku belum arif pasal penyakit diabetes ni. Dan risiko terhadap kandungan dan kehamilan.

Diawal kehamilan aku ada alahan menjadikan permakanan aku sedikit terkawal. Namun aku tidak terlalu mengawal permakananku.

Doktor selalu berpesan untuk mengawal pengambilan gula kerana boleh merisikokan pembentukan kandungan.

Sewaktu detail scan doktor mengatakan bayi dalam kandungan ku sempurna, normal tanpa masalah. Menjadikan aku makin alpa dalam pengambilan gula. Makan mengikut nafsu.

Aku hanya mengawal pengambilan gula pada hari doktor meminta bacaan gula 4 kali sehari. Pada hari lain semuanya kelaut dalam.

Genap umur kandungan 38 minggu, doktor mengarahkan agar aku perlu serah diri untuk di induce. Ibu hamil yang ada diabetes perlu bersalin apabila genap 38minggu.

Ketika di wad masalah mula timbul, bacaan CTG bayiku tidak elok. Tidak seperti bayi2 yang lain. Menyebabkan doktor memutuskan untuk emergency ceaser.

Pada hari yang sama aku masuk wad, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Aku sangkakan semua sudah selamat. Rupanya itu permulaan segala cerita duka.

Bayiku ada masalah pernafasan. Degupan nafasnya laju. Doktor di wad Nicu memutuskan untuk menggunakan ventilator. Aku discaj dari hospital tanpa bayiku.

Selepas beberapa hari doktor mengesahkan bayiku ada masalah jantung. Saluran darah dari jantung ke badan terputus.

Masalah ini tidak dapat di lihat melalui detail scan. Hanya diketahui apabila ujian ECHO dijalankan.

Rawatan untuk jantung bayiku sangat rumit. Perlu dibedah di IJN dengan anggaran kos hampir RM200 ribu. Kalau mampu pembedan boleh dibuat segera.

Tapi aku tak mampu dan memohon dana bantuan kerajaan. Untuk menggunakan dana bantuan perlu menunggu giliran.

Sepanjang menunggu giliran macam2 dugaan tiba. Bayi dijangkiti kuman, masalah paru2 dan pernafasan dia makin teruk.

Lebih 3 bulan menunggu, giliran kami tiba. Kami ke IJN dengan harapan pembedahan berjaya. Rupanya Allah masih lagi ingin menguji.

Doktor pakar tidak dapat melakukan pembedahan kerana keadaan bayiku sudah makin kritikal.

Bukan sekadar masalah saluran jantung tetapi timbul masalah lain seperti jantung berlubang, injap rosak dan masalah paru paru.

Semuanya muncul sebab terlalu lama masalah saluran jantung terputus.

Dan akhirnya kami terpaksa merelakan dia pergi. Ventilator dan ubat dihentikan dan bayiku menjadi tetamu syurga pada usia 4 bulan.

Kehilangan anak adalah sangat memeritkan. Melihat bayi orang lain aku akan menangis.

Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengawal pengambilan gula. Menyesal kemudian tiada berguna lagi.

Genap setahun pemergian bayiku. Aku nekad mengandung lagi. Kali ni aku berazam untuk mengubah segalanya.

Sebelum mengandung aku mengawal pengambilan gula. Aku betul2 ingin membaiki silapku. Ujian darah HBA1C aku menurun.

Bila aku mula mengandung, aku makin kuat mengawal permakanan. Insulin pun aku tidak pernah lupa. Dulu aku selalu lupa ambil insulin. Aku jadi seorang yang berdisiplin.

Di akhir2 kehamilan keputusan darah HBA1C aku turun lagi. Doktor nampak berpuas hati. Aku pun sama.

Akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah.

Aku merasakan kesilapan dan kealpaan aku terubat. Kerinduan aku pada anak syurga juga terubat.

Aku mengharapkan ibu2 di luar sana juga berpada2 la dalam pengambilan makanan sekiranya disahkan ada diabetes.

Diabetes ini memberi kesan kepada pembentukan janin. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.

Maafkan mama AFM. Tunggu mama di pintu syurga nanti.

– Nanako (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *