Asalamualaikum. Confession ini berkisarkan kami 3 beradik. Aku anak ke 2 dari 3 orang adik beradik. Kami tiga tiga perempuan dan umur kami pon tak jauh beza. Kami dah macam kembar 3 sebab umur hampir sebaya. Aku suri rumah, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Umur sekarang mencecah awal 30 an. Itu serba sedikit tentang aku.
Sewaktu aku kecil kira kira umur 2 tahun, ayah aku bercerai dengan ibu kandung aku. Waktu itu adik aku yang bongsu baru 5 6 bulan. Hak penjagaan kami bertiga jatuh ke tangan ayah aku. Jangan tanya kenapa, sebab aku pon tak tau puncanye. Ayah aku pon tak pernah cerita pasal ibu kandung aku sampai sekarang.
Diawal penceraian, kami dihantar ke kampung atok dan nenek. Mungkin masa tu ayah aku tak mampu nak jaga kami yang masih kecil waktu itu seorang diri. Walaupon kami kecil kami ada satu perasaan sedih jauh dalam lubuk hati tapi kami tak tau nak luahkan macam mana sebab kami terlalu kecil. Jauh dari mak ayah tinggal dengan atok nenek hati ni terasa kosong. Terasa takde tempat nak bermanja.
Setahun penceraian, ayah kahwin dengan ibu tiri ku yang ku panggil ummi dan kami diambil kembali dari atok dan nenek tinggal sebumbung bersama ayah dan ummi. Perasaan sedih hilang dengan sendiri. Sekarang aku dah ada tempat bermanja, tempat berlindung, tempat untuk meluahkan kasih sayang iaitu seorang ibu. Walaupon bukan ibu kandung tapi kami anggap dia macam ibu kami sendiri sebab kami dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Ummi adalah ibu tiri yang paling baik bagi aku. Kami tak pernah dipukul, sangat rajin orangnye, masakkan dia sangat sedap, dan selalu jahitkan baju kurung untuk kami adik beradik setiap kali hari raya. Seluruh keluarga ummi menerima kami seadanya. Tak pernah mereka sisihkan kami, malah mereka layan kami macam keluarga sendiri. Sehingga waktu itu aku lupa ada seseorang yang pernah bertarung nyawa untuk melahirkan kami 3 beradik.
Mana ibu kandung? Tak pernah terlintas dlm fikiran aku. Yang aku tau aku dah selesa hidup tanpa dia. Sepanjang aku hidup 4 kali sahaja dia datang jumpa kami. Tupon kami tak pernah bercakap, masing masing senyap. Ibarat tetamu yang asing berkunjung ke rumah. Hanya kakak dia yang tanya khabar kami. Dia kaku tak bercakap. Jujur aku katakan perasaan aku masa tu sangat tak selesa. Kali terakhir dia datang masa aku sekolah menengah. Dihadiahkan kami sebuah henfon untuk senang berhubung. Tapi aku jahat aku tukar nombor lain sebab perasaan tak selesa tu selalu datang bila dia call.
Sekarang dah 13 tahun berlalu. Kakak aku dah mula mencari di mana dia dengan satu sebab kami ada tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Tanggungjawab sebagai anak. Pencarian bukan senang. Nak dapat kan maklumat orang bukan senang. Ayah aku dah lost contact dengan family ibu kandungku. Rumah sudah berpindah. Pergi jpn cuba untuk dapatkan alamat tapi pekerja situ taknak dedahkan apa apa maklumat. Kami hampir putus asa. Tinggal doa je jalan terakhir.
Dalam kami hampir berputus asa, Allah makbulkan doa kami. Usaha kami berhasil. Kami dapat nombor phone ibu kandung kami. Mulai saat itu kami cuba berhubung. Perasaan aku? Masih macam dulu. Rasa tak selesa tapi aku cuba biasakan diri.
Cuma alamat kami belum dapat. Tak tau dia berada di mana sekarang. Bila ditanya tak dijawab. Mesej biasa biasa sahaja sekadar bertanya khabar. Jawapan yang dapat pon sepatah dua sahaja. Bila di call juga tak di angkat.
Perasaan ingin tau tu kuat, ada lagi ke sayang dari seorang ibu? Apa perasaan waktu tinggalkan kami?
Sekadar luahan. Sekian.
– Zalora
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit