Ibu, Jangan Downgrade Diri Anda!

Beranak cara apa pun, awak tetap ibu!

Summary : Confession ni tentang sikap ibu yang rasa diri dia ‘loser’ bila beranak czer.

Salam. Baru-baru ni aku terbaca pasal satu artikel tentang orang beranak secara czer. Dalam artikel tu dia beritahu yang tiada siapa mahukan czer, kena bius cucuk pakai jarum besar,

Kena masuk wayar macam-macam, kena lapah hidup-hidup, kena paksa berjalan, tak boleh pakai bengkung, badan rosak. Wajib kena tunjuk kuat, walaupun lemah. Last sekali dia tulis yang parut tu buatkan dia ‘cacat’.

Aku faham apa yang penulis tu cuba sampaikan adalah ; beranak czer pun sama sakit, sama level macam beranak normal, tapi lagi ngeri. Penulis minta orang hargai ibu beranak czer.

Aku beranak secara emergency czer. First baby pula tu. Doctor yang attend aku cakap next baby higher chances untuk kena czer, tapi boleh cuba normal jika tak ada komplikasi. Aku tak cemburu pun kena beranak czer, cuma tak tertulis untuk aku kali ni.

Apa jenis cara pun, kalau itu terbaik untuk situasi aku, aku redha, sebab aku percaya doktor dan nurse tahu apa yang diaorang buat. Aim aku nak bersalin dengan selamat.

Cuma aku tak gemar yang penulis perlu melebih-lebih dalam beritahu masyarakat yang czer tu teruk, ngeri, takut, 50-50 antara hidup mati. Seolah-olah end of the world bila kena czer. Beranak normal pun sama saja ngeri, takut, 50-50 antara hidup mati juga.

Tapi kebanyakkan aku jumpa pasal beranak normal ni, tulisannya semua indah-indah belaka. Tapi kalau czer.. semua kena momok dengan benda ngeri. Daripada nak mula czer, sampailah ke anak setahun pantang larangnya!

Bukan aku nak menidakkan yang beranak czer ni memerlukan lain sedikit cara penjagaan. Ya, luka di perut kena dijaga rapi dan pergerakan sedikit terbatas buat sementara. Tapi sebenarnya, taklah seteruk mana yang masyarakat asyik momokkan. Tak susah pun menjaga luka czer tu.

Kena pastikan kering dan alert kalau ada sebarang nanah. Beritahu doktor kalau awak demam. Fokus adalah penyembuhan luka. Dalam tempoh beberapa bulan selepas luka sembuh, awak dah boleh takluk seluruh dunia dengan baby baru awak!

“Tapi czer kan kena belah rahim?? Mana kita tahu yang dalaman kita dah sembuh sis??”

Ibu czer, awak jangan risau. Badan kita hebat. Otot kita elastik. Kalau awak manusia normal yang tiada sakit kronik, penyembuhan akan berlaku dalam tempoh seawal 6 – 8 minggu.

Penyembuhan tu termasuklah luar dan dalam. Berjalan biasa, takkan buatkan jahitan dalaman awak koyak, okay? If nak bersenam, boleh mula dengan light exercise dahulu selepas awak rasa sembuh. Kenal badan awak!

Realiti bila kena czer di OT..

Bila kena emergency czer, memang ada rasa luluh hati bila doktor kata kena bedah. Yelah, first time kena bedah kan, mestilah macam-macam perasaan ada.

Tapi ibu-ibu janganlah risau, semua selamat. Czer ni bukan benda baru dan doktor-doktor kita dah dilatih dengan prosedur ni.

Bab kena cucuk pakai jarum besar… tak pun. Jarum bius tu halussss dan panjang. Doktor tu tunjuk kat aku jarumnya. Sakit? Itu bergantung pada orang. Ada orang yang boleh tahan sakit, jadi dia rasa tak sakit. Orang yang sensitif, maybe dia akan rasa sakit lebih.

Kena lapah hidup-hidup? Takutnya dengar kan? Tapi kan, itu lah pembedahan. Orang kena bedah jantung pun dilapah hidup-hidup. Sama sahaja seperti czer.

Tapi tak pernah pula dengar orang takutkan pesakit yang perlukan pembedahan jantung “siaplah kau nanti kena lapah hidup-hidup”.

Jadi Ibu, jangan risau, awak takkan terasa apa-apa. Rasa kena godek-godek saja perut tu. Tak sakit langsung 100%. Sebab tu adanya bius. Lagipun, awak takkan nampak yang awak dibedah tu pun.

Nurses dah siap pasang tirai lebar-lebar untuk cover supaya awak tak nampak. Awak tenang sahaja, okay?

Bedah tu tak lama pun. Paling lama sejam kalau tiada masalah. Nanti ada nurse yang akan duduk di sebelah kepala awak. Kerja dia adalah untuk teman awak. Boleh sembang dengan dia kalau nak, boleh tanya apa yang doktor tengah buat.

Boleh minta dia garukan hidung kalau gatal. Rasa nak muntah? Cakap saja. Takut? Aku dulu terus beritahu nurse yang aku takut. Nurse tu layan sembang dengan aku bagi aku kurang takut.

Realiti selepas czer..

Ibu, tak perlu nak tunjuk lagak sangat kena kuat, nak kena buat sendiri semua. Apa gunanya suami kalau biarkan awak tak dibantu lepas bersalin? Minta bantuan suami untuk bergerak. Minta bantuan orang sekeliling.

Lepas tu, pastikan belajar bagaimana nurses ajar untuk bangun dan berdiri. Jangan lupa beritahu orang yang menjaga awak cara yang nurse ajar tu, supaya mereka faham keperluan awak.

Memang akan ada segelintir makcik bawang yang mulut puaka. Memanglah awak akan geram dengan mulut mereka, aku pun geram dulu. Terasa? Rasa macam nak lempang laju-laju.

Memanglah terasa tapi jangan DOWNGRADE diri awak. Kalau awak downgrade diri awak, awak seolah-olah setuju dengan makcik bawang tu cakap macam-macam.

Ya, kesedihan, kecil hati awak memang valid, tapi jangan DOWNGRADE diri awak. Hargai diri awak sendiri. Terima diri awak.

Makcik bawang kata punggung awak kecil sebab tu tak boleh beranak normal? Balas balik dalam hati “punggung kecik aku ni senang nak pakai seluar. Senang nak duduk dekat kerusi yang ada handrest.. Sibuk saja.”

Kalau berani, mungkin boleh suarakan terus. Biar terdiam makcik bawang. Aku sokong!

Lagi satu, penulis bercerita pasal parut, tak boleh pakai bengkung jadi badannya ‘rosak’. Bagi dia, parut tu ‘bersisa cacat’. Tak pakai bengkung, badan tak kurus cepat.

Ibu-ibu czer, sekali lagi, tolonglah jangan DOWNGRADE diri anda. Aku bangga dengan parut sejengkal di bawah perut aku. Sangat bangga. Parut tu tak hodoh pun, parut tu bukti sampai mati yang aku pernah melahirkan dan ada zuriat.

Ibu-ibu czer sekalian. Parut itulah yang menjadi ‘pintu’ anak anak di depan mata anak tu. Kalau takde parut tu, anak anak takde depan mata tau. ​

Kalau suami kau downgrade anak sebab parut tu, tu masalah suami anak yang tak reti menghargai. Kalau suami rasa parut tu ‘tak cantik’ bagi dia, suruh suami anak bayarkan semua kos-kos pembuangan parut tu. Suami anak juga punca adanya parut tu kan?

Ibu-ibu czer, jangan obses dengan bengkung. Kalau awak pakai bengkung 24 jam sekalipun, habis pantang awak makan tak beringat, tak light exercise, tak kemana juga perut tu juga. Pantang 44 hari tak menjamin kurus.

Penulis cakap, ibu beranak normal, perut mereka kempis dan rata. Hello… beranak czer pun boleh. Dua-dua jenis beranak kena jaga makan dan bersenam.

Bukan sebab tak dapat pakai bengkung saja, awak rasa badan awak rosak, cacat. Tak boleh berbengkung? Banyak lagi cara lain selain berbengkung.

Ibu czer, pujilah diri awak. Beri peluang badan awak dihargai. Jangan banding diri yang baru sahaja lepas bersalin tu.

Beri peluang untuk badan awak sembuh dulu, utamakan diri awak dulu. Beri peluang untuk badan awak berehat sekejap. Jangan compare badan awak dengan ibu bersalin normal.

Semua orang boleh kembali (atau hampir kembali) ke saiz asal as time goes by. Awak cuma perlukan effort untuk bersenam & jaga makan, sama macam orang beranak normal.

Kepada ibu czer, stop asking “mengapa aku tak mampu bersalin macam orang lain”. Stop being guilty for no reasons. Bersalin apa-apa cara pun, ia bukan competition. You’ve done your best, dan baby dah selamat pun.

Patutnya tak perlu wujud pun soalan ni kalau makcik makcik bawang & doula tak brainwash wanita yang ‘beranak normal itu adalah terbaik, terindah, teragung yada yada yada’. Semua kaedah bersalin adalah yang terbaik bergantung pada situasi ibu.

Redha. Dalam Al-Quran tak ada pun tertulis wanita kena wajib beranak normal. Jangan downgrade diri sendiri sebab beranak czer.

Dengar ni ibu czer, awak tu tak cacat sebab beranak czer, okay? Beranak lah jenis apa pun, dah keluar anak tu, jadi ibu juga awak, tak lebih tak kurang.

Jangan sesekali downgrade, pandang rendah pada diri sebab beranak czer. Be proud, rasa bangga sebab awak dah berjaya keluarkan baby tu, okay?

Empower yourself, ibu-ibu czer. Aku tahu, ibu ni emosi bila orang pertikaikan cara mereka beranak. Takpe saja penulis ni sentap, emosi awak valid. Mungkin awak truma.

Awak berhak untuk rasa marah, tapi melebih-lebihkan cerita kena czer tu sampai kedengaran sangat teruk, sangat ngeri dan menakutkan tu buatkan ibu ibu makin takut, makin ngeri makin rasa yang czer ni prosedur macam mimpi ngeri semua ibu-ibu.

– Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *