assalamualaikum kepada semua pembaca setia iium dan admin. aku harap confession aku ni disiarkan oleh admin. ini kali ke berapa ntah aku tulis confession nie tapi tak pernah disiarkan. aku faham mungkin faktor penulisan aku yang kurang menarik kot.hehe..aku bukan graduan iium tapi aku pembaca setia iium confession. al-maklum aku nie seorang penganggur jadi banyak masa nak baca semua confession. aku akan cuba tulis supaya korang paham apa yang aku cuba sampaikan. disebabkan aku ni antara anak yang atas-atas maka semua masalah keluarga aku yang banyak tahu. aku bukan nak aibkan keluarga aku sendiri tapi pengajaran untuk semua bakal isteri dan suami diluar sana. aku seorang perempuan dan berumur 25 tahun. aku masih single dan aku harap korang tak judge aku la sebab yang aku nak ceritakan nie pengalaman keluarga aku la.
seperti yang korang tengok tajuk mesti korang pelik kenapa ibuku berumur 20an kan? bukan ayah aku kawen dengan budak muda tapi perangai ibu aku yang saling tak tumpah macam orang berumur 20an. kalau orang luar tengok keluarga aku mesti nampak kami keluarga yang bahagia dan tak ada masalah. ye la tu yang ayah dan ibu aku ajar supaya jangan tunjuk perangai or kesusahan kat orang luar. berbalik kat cerita ibuku berumur 20an sebab ibuku perangai seperti adik aku yang berumur 20 tahun. ibuku seorang pegawai kerajaan. aku cakap berdasarkan observation aku yang hampir setengah tahun menganggur kat rumah. mungkin sebelum ni tak ambil kesah sebab ye lah sebelum ini pun banyak komitmen lain dengan belajar lagi. ok contoh yang aku boleh kasi macam ibu aku selalu hilang barang dan akan gelabah cari sehingga kami anak-anak kena tolong cari. mungkin korang kata standard la kan? tapi benda macam tudung dan anak tudung pun boleh hilang. ok contoh lain macam ibu aku ni selalu takot nak bawak kereta tempat jauh dan suruh aku atau adik aku yang tak ada lesen bawak. padahal bagi orang yang berumur 50 tahun benda macam tu tak patut jadi masalah. ibu aku jugak bukan macam ibu-ibu lain yang kat luar sana yang akan tahu semua kegemaran anak-anak atau apa je yang diperlukan kat rumah tu. ibu aku hanya mementingkan kerja sehingga siang malam asyik dengan kerja. kalau keperluan keluarga hanya buat ala kadar. contoh kemas rumah sikit2 ada tapi hanya akan buat betul2 kalau ada orang nak datang rumah. kalau tak ibu aku hanya dengan kerja atau melayan whatapps. tapi korang jangan igt tak buat lansung tapi buat hanya perlu macam adik aku yang berumur 20 tahun tu. kalau kita orang perlu susatu akan dibagi cuma kena minta. kalau ibu lain seronok dapat memasak hidangan nak bagi keluarga makan. most of the times hanya lauk kedai je yang jadi makanan ari2. ibu aku jugak seorang yang nak kata lurus tapi tak lurus. dia tak tahu apa yang terjadi kat dalam rumah dan keluarga. nanti aku ceritakan kat bawah.
sambung cerita ayahku si price tag. ayah aku ni tak bekerja semenjak aku sekolah rendah. masa tu umur ayah aku nak masuk 40 tahun. ibu aku cakap ayah aku boleh main berhenti tanpa ada simpanan. buat pengetahuan semua ayah aku masa kerja dulu seorang yang boros. dia tak pernah simpan duit gajinya. habis bulan habis gaji. lepas berhenti dia nak bukak perniagaan sendiri tapi banyak kali gagal. habis duit mak aku bagi kat ayah. tapi bila lama-lama ada jugak perniaagaan yang boleh-boleh la. tapi jenis ikut projek so paham-paham je la. untuk pengetahuan semua peranan mak ayah aku dah bertukar sebab mak aku yang bekerja dan ayah aku duk kat rumah. disebabkan ayah aku ada duit jgk sekarang kalau apa pun yang di buat kat rumah mesti dia cakap. lagi-lagi kalau guna duit. seperti contoh dia bayar bil internet or bayar apa bil pun mesti dia cakap dan sebut harga. belum termsuk lagi kalau barang dia beli mesti cakap harga. pokoknya kalau dia beli mesti di sebut harga. contoh ayah dah bayar bil internet rm…ayah dah beli goreng pisang rm…ayah dah beli ayam…aku rasa cukup kot intro pasal ayah dan ibu aku. kita masuk masalah yang aku nak ceritakan.
aku sebenarnya tengah pening dengan masalah ayah dan ibu aku. aku tak ada orang nak consult sebab tu aku minta la kalau ada pakar yang boleh memberi solution. aku harap korang jangan la hentam dan bagi sila la komen yang positif. masalah ibu dan ayah aku ni bermula dah berbelas-belas tahun dulu tapi masing-masing buat tak tahu sebab anak-anak. sekarang anak-anak dah besar jadi baru nak cari solution. tapi mak aku still dengan kerja dan tak aware pun dengan masalah ni. ayah aku ni jenis suka bercerita keburukan ibu aku kat anak-anak. ayah aku cakap sebab dia tak ada nak luahkan kan siapa-siapa. mula-mula dengar je la tapi kalau dh half hidup aku dengar benda sama aku pun dah sakit kepala. ayah aku komplain segala-galanya tentang ibu aku. dia cakap dia macam tak ada isteri la. ibu aku tak ambil peduli tentang makan minum dia la. rumah bersepah dan tak macam rumah orang lain la. nak tulis smpai ke hujung tahun tak habis nak listkan apa yang ayah aku komplain. ayah aku ni kalau nasihat memang tak boleh la sebba dia tahu semua. ayah aku memang seorang pandai bercakap. kalau kita tegur boleh jadi kita pulak yg salah atau dia akan cakap kita hanya kutip point-point kecil sahaja. ayah aku suka membaca dan dengar ceramah maybe sebba tu semua hadis hujah dia tahu. bab agama tak payah cakap la memang tiptop. tapi aku tak faham kenapa la ayah aku bila pasal hubungan suami isteri memang out. yang aku boleh tengok sebab ayah aku selalu tengok salah ibu aku dan rasa diri sendiri tak pernah salah, boleh ayah aku cakap mak aku je kena jumpa kaunselor masa aku cakap jumpa la kaunselor perkahwinan ke apa. ayah aku cakap dia okay tak ada buat salah. dia cakap ibu aku yang kejam dan buat hidup merana. pandangan aku la dua-dua ada silap dan ayah aku cuma nampak apa yang ibu aku tak buat. ayah aku boleh bangun lambat dan rehat kat rumah. bukan ke tu nikmat? dia boleh ungkit dan cakap ibu aku tak hargai nikmat Allah bagi? selama ni dia hidup mak aku yang tanggung dan dia tak perlu memikirkan tentang duit. even atuk dan nenek aku belah ayah pun mak aku yang bagi duit bulanan. tapi ayah aku masih boleh kata macam-macam kat ibu aku.
ibu aku pulak jenis tak peduli benda yang berlaku. ibu aku hanya sibuk dengan kerja walaupun dah berumur 50 tahun. ayah aku sampai cakap dia tak kesah ibu aku ada atau pun tak. semua sebab dari dulu semua dia buat sendiri. sekarang mak aku amek tahu jugak hal ayah aku tapi ayah aku memang dah tawar hati kot. selalu ibu aku siapkan makan malam tapi ayah aku tak makan pun sebab dia dah makan kat luar atau makanan tu tak sesuai dengan selera. untuk pengetahuan semua ayah aku dari keluarga kaya jadi taste memang tinggi, lagi2 dah ada duit ni. aku tak pandai nak eloberate lebih sebab ibu aku bukan jenis cerita. dia cuma cerita kalau ayah aku melampau bagi pandangan dia. aku harap ibu aku aware masalah dia dan ayah sebab ayah aku dah sebut pasal C**** tapi tunggu adik aku habis spm. aku sebenarnya sedih gler bila ayah aku cakap macam tu. tapi aku kena redha je la sebab tu keputusan ayah aku. walaupun aku masih berharap dorang boleh settlekan masalah antara dorang.
pesanan aku dekat bakal suami/isteri sebelum amek keputusan nak berkahwin tolong la dalami apa itu perkahwinan. apa peranan suami dan isteri. kalau berubah peranan pun tolong la bahagi tugas masing2 supaya dikemudian hari tak ada yang mengungkit. kalau dah buat keputusan untuk berkahwin tolong la pikul tanggungjawab dan jangan lari dari masalah. yang paling penting komunikasi dua hala. jangan asyik pendam dan akhirnya meletup di akhir nanti. sebba kalau korang berpisah yang terkesan anak-anak. dulu ada mak ayah di rumah yang sama. tetiba mak dan ayah duduk dirumah lain-lain. belum lagi bab emosi anak dan lain-lain.
akhir sekali aku nak minta maaf kalau confession aku ni panjang berjela. aku harap tak ada yang judge buruk dan memberi komen yang negatif. kalau ada pun bagilah kritikan yang membina. aku minta maaf kalau penulisan aku tak berapa baik. harap korang dapat inti yang aku nak sampaikan. terima kasih kepada yang sudi membaca dan kepada admin sebab siarkan confession aku ni.
alang
– alang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit