Ibu Menangkan Adik Beradik Lelaki, Anak Perempuan Jadi Mangsa

Salam sejahtera. Kami ada 4 adik beradik. Anak sulung lelaki dan anak bongsu lelaki. Sejak kecil, saya hidup berdikari, masuk asrama. Begitu juga kakak saya.

Abang saya dari kecil sampai dah dekat 4o tahun berharap mak ayah. Bila belajar beberapa kali tukar course, bila bekerja beberapa tukar kerja. Bila kami nasihat cari kerja, kata tak nak nak buat grab.

Buat grab pun kereta mak ayah belikan. Tapi hampa sebab sebab zohor baru bangun tidur. Sekarang kerja business share dengan member, ada naik turun.

Bila kata nak kahwin, mak ayah bagi sebab kata akan berubah lepas kahwin. Dijodohkan kahwin dengan anak orang kaya, kakak ipar pula gaji tetap di bank rakyat. Jadi abang yang ada kat rumah selalu, buat kerja rumah.

Bila ada bisnes baru nak venture. Dia salahkan adik perempuan tak nak bantu dia. Ayat dia, “aku jadi macam ini sebab adik perempuan semua tak nak tolong”.

Semua salah ibu, arwah ayah dan adik2 lain. Tak pernah salah dia. Masa muda tak nak cari kerja, tidur je kat rumah.

Nak dijadikan cerita, adik lelaki bongsu dimanjakan. Dia belajar di universiti swasta, beberapa kali tertangkap tidur satu rumah dengan perempuan. Perempuan itu banyak menipu.

Ketika arwah ayah masih ada, adik menipu arwah ayah bahawa salah satu roomate dia anak orang susah. Lambat bayar duit sewa. Ayah tolong bayar.

Bila kami serbu, rupanya perempuan itu roomate dia. Bila belum habis belajar lagi, nak kahwin. Mak bagi dia kahwin tanggung hal2 dia dulu.

Kahwin dengan perempuan itu. Dengan harapan dia akan berubah. Tapi perangai sama.

Sekarang tukar kerja 2- 3 kali. Bila start kerja kata stress, nak bercuti. Ibu bayarkan duit percutian semua.

Sekarang nak tukar kerja lain, dah ada anak. Tapi ibu bayarkan sewa rumah, wang bulanan, pampers susu anak. Tapi boleh pula bulan puasa dan anniversary makan buffet di hotel bertaraf 5 bintang di ibu kota.

Ibu asyik sebut adik susah, kakak2 kene tolong. Adik tak susah tapi nak hidup mewah. Mintak duit ibu untuk belikan headphone harga rm 300, mintak duit ibu untuk hantar anak tadika elit.

Adik enggan tinggal di rumah ibu, tapi nak menyewa di Cyberjaya RM1500 satu bulan. Semua ibu bayar. Adik tak susah tapi nak hidup mewah.

Ibu sekarang mengatakan anak perempuan patut tanggung adik. Adik dan isteri dua2 bekerja. Tapi adik ni bekerja satu – tiga bulan nak berhenti sebab gaji tak setimpal kerja.

Nak gaji tinggi. Tak logik fresh grad nak gaji tinggi. Ya memang saya dan kakak berpelajaran tinggi sampai master dan gaji tinggi atas 10k.

Tapi kami semua ada anak, tanggungjawab rumah dan kereta. Kami selalu dipersalahkan oleh mak dan abang. Sejak arwah ayah meninggal, kami yang memang rapat dengan arwah ayah.

Kami jadi kekok dengan ibu. Untuk pengetahuan, saya dibesarkan oleh maid. Ibu balik kerja tak pernah main dengan saya.

Ibu selalu sibuk. Ajar solat, Quran semua saya belajar sendiri. Saya terkilan dengan ibu saya.

Dari kecil memang dia asik. menangkan anak lelaki. Tapi satu anak lelaki pun tak boleh harap.

Anak perempuan jugak datang weekend bersihkan rumah ibu, belikan groceries, bawa ibu ke bank, ke mana2 ibu nak pergi. Anak lelaki tak habis2 minta wang dari ibu. Saya terkilan dengan ibu sendiri.

Tapi saya dan kakak berjanji untuk jaga ibu sahaja. Kami tak sanggup melayan abang adik yang dianggap sebagai spoiled kids dan entitled untuk dapat semua.

Adakah tanggungjawab saya untuk jaga abang adik yang hidup dalam kemewahan? Tanggungjawab saya untuk jadi enabler, enabler kemewahan mereka, kemalasan mereka?

Kenapa ibu tetap berpihak kepada mereka. Saya dan kakak tetap hati keras. Kami cakap kepada ibu tanggungjawab hanya kepada ibu bukan adik beradik pemalas dan boros.

– Adik yang terseksa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *