Ibu Mengandung, Jagalah Emosimu II

Maaf. Sejujurnya, aku tak bercadang untuk membuat sambungan. Namun ada beberapa ayat pengkomen yang kurasa perlu untuk ku jawab juga. Ini link untuk confession ku sebelum ini, (https://iiumc.com/ibu-mengandung-jagalah-emosimu/).

Jangan risau, yang ini tak panjang sangat ;)

Pertama sekali, jazakumullah khairan kathira untuk semua doa dan kata2 positif yang ditinggalkan. Semoga Allah membalas doa kalian dengan sebaik2 balasan di dunia dan di akhirat.

Passing anak.

Lepas bercerai aku buat tuntutan hadhanah (hak jagaan anak). Mahkamah telah tetapkan bahawa anak2 di bawah jagaan aku. Bapa mereka dapat hak melawat. Namun tuntutan tersebut sah digunapakai sehingga anak perempuan berumur 9 tahun, dan anak lelaki berumur 7 tahun. Selepas itu sekiranya terdapat perselisihan lagi, mahkamah akan bertanya kepada anak2 tersebut, dengan siapa mereka mahu tinggal.

Aku dan suamiku tak pernah menghalau mereka keluar atau menghalang mereka balik ke rumah kami. Segala keputusan untuk tinggal dengan siapa, itu adalah keputusan mereka sendiri. Sebagaimana aku tekankan perlu menjaga nikmat kesihatan akal & emosi ku, sebegitu juga aku tekankan kepada anak2 ku untuk menjaga kesihatan akal & emosi mereka.

Whatever their decisions are, I will always be there to support & guide them, even though it’s too painful for me. Nak kata mereka muda sangat untuk buat keputusan sendiri? Well, their life will never be the same the moment their parents split up anyway. The least I can do to cushion the fall is to make them mature early.

Bila berdepan dengan pilihan yang berat, di kanan paya, di kiri padang pasir, aku akan pilih jalan yang paling kurang mendatangkan mudharat. Baik dan buruk akibatnya, kenalah hadap sebaik mungkin. Maaf. Aku bukan ibu yang perfect seperti kalian yang mudah benar menghukum. Bersyukurlah kalian tak di uji dengan dugaan2 yang diluahkan olehku atau confessor2 lain di iiumc ini.

Merancang Kehamilan.

Haha. Sorry gelak dulu. Anak aku 15, 14, 9, 7, 4. Yang Satu dan Dua masa tu ya aku ibu muda, naif lagi. Yang kemudian2 tu barulah teratur sikit. Kalau selang 2 tahun pun dikatakan tak merancang, then aku tak taulah kalian punya merancang kehamilan yang ideal tu berapa tahun sebenarnya. Aku tau aku tak kuat nak mengandung kalau umur dah masuk 40. Maka aku rancang supaya dapat “tutup kilang” sebelum 39. Kalian kuat, silakan. Badan masing2.

Pilih Kasih.

Tak nak ulas panjang2. Satu dan Dua pun dah selalu heart to heart talk dengan aku. Mereka dah boleh terima dan move on. Kalian yang menghukum, ada pula tak habis baca, tapi dah prejudis. Tak apalah katalah apa saja. Hidup kami anak beranak, kami lebih tahu. Untuk yang risaukan Satu dan Dua, terima kasih atas keprihatinan kalian. Alhamdulillah mereka baik2 sahaja. Bahagia tidak semestinya bersatu di bawah satu bumbung.

Nama Mengelirukan.

Aku suka cerita I Am Number Four :D. Macam sorang pengkomen kata tahap pemahaman pembaca berbeza. Tak faham confession aku pun tak apa. Its not meant to be. Chill.

Hormon.

Aku setuju bila dah hormon memang susah nak kawal emosi. Maksud aku, bila suami tidak membantu malah menambahkan beban emosi macam kes aku, maka cubalah kawal emosi dengan banyakkan zikir, cari support group. Macam aku cakap : Be Your Own Hero. Kita tak boleh kawal apa yang jadi kat kita.
Tapi kita boleh kawal bagaimana kita respon kepada apa yang jadi kat kita.

====

Penceraian ibu bapa, waima secara baik sekalipun, apatah lagi secara pergaduhan, pasti setiap hati yang terlibat akan terluka. Suami. Isteri. Anak2. Datuk. Nenek. Kucing. Selagi boleh elak, elak lah. Sebelum buat keputusan, istikharah lah. Allah yang pegang masa depan kita. Jangan kerana hanyut dek emosi semasa, kita buat keputusan tanpa tanya Allah Yang Maha Tahu.

Sebagai orang luar, janganlah mudah menyuruh cerai atau menyuruh bertahan. Adakala situasi macam sama, tapi endingnya boleh berbeza. Kerana apa? Kerana Allah je yang simpan rahsia masa depan mereka. Allah tak pernah silap mencatur kehidupan kita. Tak kan ada satu perkara yang berlaku secara sia-sia melainkan ada hikmah yang Allah nak kita cari.

Akhir kata, jika ada tersilap menutur kata mohon maaf. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan. Selamat hari raya aidilfitri. Spread love not hate. Peace.

– Mak Helang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *