Ibu Mertua Dan Menantu OCD

Assalammualaikum.. Hai aku Aleena, bukan nama sebenar. Aku sudah berkahwin dan mempunyai rumah tangga yang bahagia. Mempunyai 3 cahaya mata yang masih kecil.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang ibu mertuaku. Harap semua readers boleh mendoakan aku menghadapi perkara ini.

Ibu mertuaku seorang balu. Dia tinggal dirumah teres dikampung seorang diri. Tidak bekerja. Menghabiskan sisa hidupnya dengan mengikuti kelas agama, merewang dan bla-bla… Dia juga seorang yang sensitif dan kuat sentap.

Apa yang merusingkan aku adalah kurang perihatinnya ibu mertuaku tentang kebersihan. Ya KEBERSIHAN.

Setiapkali balik kampung aku akan mengalami kemurungan. Murung melihat dapurnya yang kotor dan tandas yang kotor.

Seperti tidak pernah dicuci. Alas kaki yang belendir dan hitam. Lapik meja yang kotor dengan bekas tumpahan kuah. Mangkuk tandas ( jamban duduk) hitam dengan tak boleh flush. Memang mengerikan..

Keadaan akan jadi lebih mengerikan bila hari raya apabila semua anak-anak, cucu-cicit dan menantu dan menhantu berkumpul. Baju kotor dan lampin longgok je dalam tandas.

Oleh sebab itu, aku pun ada membelikan barang keperluan kebersihan untuk ibu mertuaku. Aku ada membelikan tong sampah untuknya sebab ibu mertuaku hanya menggunakn besen sebagai tong sampah dan meletakkan di tepi sinki dapur.

Besen itu jugalah diggunakkan untuk meletakkan segala sampah dan ada juga yang letak lampin kotor kerana itu satunya bekas sampah yang ada dirumah itu.

Sorry aku tak letak lampin kotor disitu sebab aku memang menjaga kebersihan. Lampin anak aku memang aku bungkus dalam plastik dan buang di tong sampah luar.

Bayangkan sambil makan dengan segala aroma bau datang dari besen di sinki itu, sebab meja makan sebelah sinki je.

Jadi aku ingatkan bila dah belikan tong sampah baru dia akan buanglah besen itu. Oh tidak! ibu mertuaku menggunakan besen tersebut sebagai besen masakkan pulak. Adoi! Tepuk dahi. Juadah hari raya dengan perisa tambahan.

Pernah juga suamiku makan masakkan ibu mertuaku dengan ada telur lalat sebab ibu mertuaku simpan masakkan dia disebelah besen di sinki tu.

Ada sekali, ibu mertuaku menyuruh aku menggunakan jug air yang ada lipas m4ti didalamnya. Dia suruh aku ambil dan cuci lepas itu guna jug itu. Of course la aku menolaknya. Geli kot. Lagi mestilah ada bau lipas.

Dan di rumah tu ada banyak jug. Kenapa nak guna nak jug itu juga? Bukan jug je pinggan mangkuk semua banyak sebab dia seorang bekas Mak Cik Kantin sekolah. Jadi aku pun tak tahu apa alasan dia kalau dia kata takda bekas lain nak guna.

Aku ada confess kepada suamiku apa yang aku alami. Tapi seperti biasa dia sebagai anak mestilah kena jaga hati emaknya. Backout mak dia. Takut emaknya terasa nanti tak berkat hidup.

Jadi akulah yang menjadi mangsanya, tertekan setiap kali balik kampung. Suamiku memberi alasan yang ibunya sudah tua jadi tak larat untuk buat kerja mencuci, jaga kebersihan itu semua. Tua itu memang takdir tapi kebersihan itu pilihan.

Tapi aku lihat ibu mertuaku masih sihat berjalan, melancong sana sini sampai oversea. Tak larat apanya? Duduk rumah seorang je.

Takkan setiap kali nak tunggu aku balik kampung pergi bersihkan semuanya? Macam kalau tiada siapa yang bersihkan selama-lamanya macam itu sahajalah. Sebab anak-anak yang lain, ntah jenis macam ibu mertuaku juga, tak jaga kebersihan.

Selama 8 tahun berkahwin dengan suamiku, selama itulah aku mengalami situasi ini. Benda yang kotor itu tak pernah diganti dan dicuci. Masih lapik meja yang sama. Alas kaki yang sama.

Dan aku menjadi sangat stress dan mula menjadi lebih teruk bila aku mengandungkan anak ketiga. Aku mengalami mood swing dimana aku akan jadi stress sangat-sangat bila kotor.

Sebelum ini aku boleh bersabar bila tiap kali balik kampung hadap semua kekotoran itu. Tapi sekarang aku dah tak boleh sabar lagi.

Aku mula brainwash anak aku. Padahal aku tak nak libatkan mereka dalam hal ni.

Nasib baik anak sulung aku umur 7 tahun baik nak tolong aku bersihkan kampung. Mungkin sebab selalu tengok aku moody sebab memikirkan hal ini. Tambah suamiku mengajak balik kampung bulan depan. OH NO!

Jadi aku harap ada readers yang boleh bantu aku macam mana nak ‘tarik rambut dalam tepung, tepung tak beselerak, rambut tak putus’ menangani sikap ibu mertuaku. Supaya ibu mertuaku tak terasa dan aku pun tak stress lagi. Selesaikan dengan cara baik.

– Aleena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *