Ibu Mertua Oh Ibu Mertua

Assalamualaikum wbt. Sebelum itu, tujuan aku bercerita disini bukan untuk membuka aib sesiapa pun. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dan meminta sedikit pandangan orang lain. Mungkin masalah aku tak sebesar orang lain tapi cukup buat aku terkilan dan keliru. Sungguh semasa aku sedang menaip ini tujuan aku hanya satu itu.

Nama aku Zara (bukan nama sebenar), berasal dari salah satu negeri di semenanjung. Aku berkahwin dgn suamiku sudah hampir masuk 2 tahun dan pada ketika itu aku berusia 25 tahun dan baru sahaja bekerja, kini aku berumur 27 dan suami tua setahun. Kami tinggal di KL dan belum dikurniakan cahaya mata. Apa yang ingin aku cerita ialah mengenai ibu mertuaku.

Sebelum berkahwin, aku pernah berapa kali ke rumah family bakal suami aku masa tu dan apa yang dapat aku nampak family dia memang dari yang baik2 dan sederhana. Ibu suami juga sgt baik kepadaku ketika itu. Tapi selepas saja kahwin, aku dapat lihat sisi yang bg aku kurang menyenangkan tentang ibu mertuaku.

Pada awal perkahwinan, kami suami isteri terpaksa tinggal hampir setahun di rumah mertuaku atas sebab apa, biar aku sendiri yang tahu. Mulanya aku okay saja kerana aku juga berkerja ketika itu jadi masa ku banyak di luar kecuali hujung minggu.

Ibu mertuaku sering kali masuk ke bilik kami tanpa mengetuk pintu, tiap kali subuh dia akan mengetuk pintu dengan kuat dan menyuruh kami bangun seperti anak kecil untuk solat subuh. Sedangkan masa tu aku sudah celik. Jika suami outstation, dia akan mengetuk dengan kuat tanpa suara dan terus masuk bilik dia.

Sedar aku hanya menumpang, jadi aku banyak menolong dirumah walaupun agak penat dengan urusan kerja tapi itu juga tanggungjawab ku sebagai anak. Aku juga tidak mahu dilihat goyang kaki saja. Ibu mertua ku agak alim orangnya, tapi apa yang aku lihat dia agak suka merendahkan orang lain tapi agak sensitif bila dia diperlakukan sama.

Pernah dia mengutuk fizikal abg aku sambil ketawa dan berkata “sorry ya mak cakap tapi muka abg kamu lain lah dari kamu mak ingat dia anak siapa hahaha” dan pernah juga dia mengutuk gelakkan ayahku kerana “bergigi palsu” tapi rupanya dia juga “bergigi palsu”. Itu pun sebab kantoi aku masuk bilik dia nak ambil barang.

Jujur aku agak terasa dan pelik dengan perlakuan dia terhadap. Dia juga memaksa aku untuk kelihatan dan berpelakuan sempurna di depan saudara belah suami. Dia juga banyak “control” cara aku pegang gelas, cara aku cuci pinggan, cara aku kemas rumah mcm2 lg. Dan paling pelik, pernah aku hanya berselipar nak keluar rumah sebab nak ke kedai terdekat dan dia suru aku menukar ke sepatu yang “elok sikit”.

Kemuncak aku agak kecewa dan marah bila sudah setahun berumahtangga, dia asyik memberi hint tentang hal anak. Aku cuba husnuzon kata dekat diri sendiri yang dia cuma “concern”.

Tapi satu malam ini, aku teka mungkin dia dah bosan tanya pasal anak dekat aku tapi no progress, sedang suami aku berbual dengan adik beradiknya tentang hal kerja dan suamiku ada ter “mention” nama kawan sekerja dia, Z (bukan nama sebenar), dan ibu mertuaku terus bertanya sama ada Z suda kahwin atau belum. Suamiku menjawab sudah. Dan mertuaku terus bertanya “dia dah ada anak ke?”……..

Masa tu aku dah rasa lain. Dia bukan kenal pun siapa Z. Kenapa ditanya soalan begitu depan aku? Sengaja nk aku terasa ke? Aku agak sedih marah kecewa. Ingin sahaja aku menjerit, mak orang beragama, takkan tak tahu rezeki anak tu urusan Allah??!!! Aku beristighfar. Malam tu aku menangis gila-gila tanpa pengetahuan suami. Aku pendam.

Setahun selepas itu, kami suami isteri pun berpindah keluar. Tidak la jauh dalam 15 minit drive dari rumah mertua. Jadi kami adalah membeli barang2 rumah yang tidak lengkap dirumah baru. Itupun kami berkongsi duit. Namun, setelah ibu mertuaku tahu yang barang rumah kami masih baru2 dan bagus, dia meminta suamiku untuk membeli barangan yang sama bukan satu tapi lebih. Jumlahnya saja cecah ribu ribu.

Suami tidak membantah dan aku tidak juga menegah kerana tahu itu tanggungjawab dia. Tapi yang aku tahu barangan rumah dia masih sgt elok. Berapa bulan selepas itu bila tahu kami ada lagi beli barangan tambahan, dia minta lg suamiku untuk membeli yang sama. Aku hanya diam.

Ayah mertuaku masih bekerja. Dan yang aku tahu ibu ayah mertuaku banyak duit simpanan ditambah lagi suami dan adik beradiknya memberi tiap bulan. Walaupun sedikit tapi atas kemampuan masing dan sgt2 cukup. Air elektrik pun bukan mereka yang bayar. Tapi ibu mertuaku agak boros membeli barang2 rumah atau “online shopping”. Sampaikan pernah berapa kali dia meminta suamiku untuk membayarkan bulanan keretanya.

Pernah juga dia merajuk sebab suami pergi “honeymoon” dengan aku dan berkali-kali bagi hint yang dia nak follow lain kali. Adik beradik suamiku jangan ckp la. Hanya batu api saja mentang2 kami belum ada anak jadi kami dikira “tak banyak tanggungjawab, banyak duit”. Sedangkan kami hanya makan gaji buta. Balik kampung aku pun sgt jarang walaupun hanya 3 jam lebih drive. Tapi aku cuba faham sebab jauh and tak ada masa. Lagipun ibu dia yang akan tentukan and bertanya itu ini.

Aku cuba husnuzon dan berbuat baik dengan ibu mertuaku. Tapi dari hari ke hari aku nampak yang dia semakin cuba untuk mencari salah aku. Aku juga tahu yang dia ada mengadu perangai aku dekat yang lain2. Perangai apa? Allahualam. Aku muhasabah diri and cuba cari salah aku dekat dia. Tapi aku rasa aku layan dia sama macam orang lain layan dia. Hormat dia.

Tapi aku hanya diam dan tidak memberitahu suami. Jujur aku bertahan selama ni untuk sabar adalah kerana suamiku. Aku agak hormat dia dan taknak dia bergaduh dengan mertuaku. Dan aku juga tidak mahu dia fikir yang aku tidak senang dengan ibu dia. Aku tgk adik/kakak/abg ipar aku punya suami/isteri agak tegas, patut ke aku tunjuk tegas aku juga?

Tolong bagi aku pendapat? Hmmm Doakan aku terus sabar dah berfikiran positif. Doakan juga aku dikurniakan zuriat yea…..

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *