Ibu Mertua Queen Control

Situasi saya, mungkin sedikit berbeza dari ibu bapa tiri yang lain. Saya ibu tiri kepada 2 orang anak, saya kahwin pada awalnya tinggal dengan mertua.

Ceritanya begini, selepas kahwin saya tingga bersama ibu bapa mertua. Saya dan suami memang dah sepakat tidak akan duduk lama di rumah mertua. Jadi, saya pun terima kata sepakat untuk tinggak sekejap di rumah mertua.

Keluarga mertua adalah dari golongan agamawan. Penampilan mereka akan nampak “baik” teramat sangat.

Pada awalnya, anak-anak tiri memang baik dengan saya sehinggalah kami suami isteri ada sedikit salah faham dengan mertua.

Pada waktu dan ketika itu, saya akan jadi bahan kebencian anak-anak. Akibat dari kata-kata mertua “tak jaga anak”, “tak sayang anak tiri”.

Sebenarnya, saya juga merasa tertekan tinggal di dalam rumah tersebut bersama ipar duai yang lain yang juga turut tinggal bersama. Kerana sering dibanding-bandingkan.

Dan mereka selalu bermuka-muka. Siap ada group whatsapp hanya mereka sahaja. Rasa terasing, rasa dipinggirkan.

Apa yang saya buat, nampak buruk dimata mertua. Itu salah ini salah. Disuruh urus anak macam itu, macam ini. Terlalu banyak arahan diterima. Layan suami macam itu ini.

Kadang-kadang terima mesej yang sangat meruntun jiwa. Kadang-kadamg ibu mertua hantar mesej kepada suamiku untuk menyuruh saya buat itu dan ini. Membuatkan saya rasa tidak selesa dengan situasi tersebut.

Saya sedar diri, saya hanya memegang status ibu tiri. Baru pikul tanggungajawab sebagai ibu, memang banyak perlu belajar. Ambil masa.

Jadi, saya merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan rumahtanngga. Seolah-olah kahwin tiada rasa untuk lakukan tanggungjawab dengan ikhlas akibat selalu disuruh-suruh (dibuat macam kita orang gaji).

Saya suka lakukan tanggungjawab dengan cara saya. Tapi disini, saya tak rasa saya jadi diri sendiri. Seolah saya dipergunakan.

Suami pula menyuruhku ikut sahaja apa yang disuruh ibunya. Sehinggalah saya rasa suami tidak mainkan peranan sebagai pemimpin keluarga. Saya juga merasakan saya lakukan tanggungjawab hanya sebab terpaksa dan disuruh.

Saya bertekad untuk keluar dari rumah tersebut, untuk ambil masa menyendiri. Sudah cukup penat, tidah dihargai segala pengorbanan dilakukan. Saya ambil keputusan untuk tinggal sendiri bersama suami dan anak-anak.

Tapi, keputusan saya dan suami dianggap saya melawan ibu mertua. Dan penyebab kepada suami derhaka pada ibunya. Serba salah jadinya.

Anak-anak tiriku tidak diberi keizinan tinggal bersama kami. Jadi ibu mertuaku “control” anak-anak tiri. Dari situ anak-anak tiri membenciku. Pada hakikatnya,saya dan suami hempas pulas fikir untuk ambil anak-anak tinggal dengan kami.

Anak-anak tiriku diajar untuk terus membenciku. Padahal saya sedikit pun tidak pernah membezakan anak kandung dan anak tiri. Semuanya sayang sama rata. Ibu mertuaku tidak merestui kami tinggal di luar dari rumahnya.

Yang diinginkan  kami kembali semula tinggal di rumah mertua beramai-ramai bersama ipar duai. Saya sudah tiada hati untuk tinggal di sana atau pergi kesana kerana sudah macam-macam buruk sangka mereka terhadap saya.

Sudah cukuplah, maruahku pernah dipijak-pijak. Hanya kerana tak ikut arahan tinggal sekali dianggap derhaka.

Saya hanya inginkan tinggal seperti keluarga yang lain dirumah yang disediakan suami walaupun sewa, bersama anak-anak.

Hidup sederhana tetapi harmoni bersama keluarga kecil lebih baik, dari duduk ramai-ramai yang nampaknya buruk kita sahaja. Yang ipar duai menjadi batu api. Seksa hidup begitu. Saya sayang anak-anak tiri saya, itupun jika mereka faham.

Semoga mereka dah besar, mereka akan mengerti keputusan kami keluar dari rumah mertua dan ingin anak-anak tinggal bersama dan akibat perbuatan nenek mereka buat ugutan tinggal dengan ibu tiri kena buat macam-macam ibarat kena dera.

Walhal duduk dirumah nenek, anak-anak dibuat seperti orang gaji, jaga anak-anak buah adik-adik ipar, jaga nenek, jaga adik, buat itu ini. Kesian mereka.

Runtun hati dan jiwa keluarga mertua membenci ibu kandung dan ibu tirinya juga. Mereka tidak senang melihat kami berbaik, walhal hubungan ibu kandung dan ibu tiri ini baik untuk anak-anak juga. Sentiasa memikirkan masa depan mereka.

Sedihnya rasa anak tiri benci kita, apatah lagi seorang ibu kandung, diajar benci juga oleh keluarga mertuaku.

Cerita saya ini sebagai luahan hati sebagai ibubapa tiri bukan sahaja dibenci anak-anak tiri malah juga keluarga mertua.Semoga kita menjadi ibu bapa sentiasa besar hati memaafkan  kekhilafan anak yang tidak mengerti apa-apa.

Moga nanti kita menjadi ibu bapa mertua yang mengerti anak-anak sudah ada tanggungjawab sendiri. Lepaskanlah, biarkan lah anak-anakmu bina kehidupan baru bukan dibawah pimpinanmu lagi mertuaku.

Sekian.

– Jiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *