Ibu Mertua Tak Reda Pada Anaknya

Salam semua,

Apa hukum seorang ibu mertua dengan jelas berkata dia tak redha anak lelaki nya bantu isteri buat kerja rumah, bantu jaga anak, bantu kemas rumah?

Sedangkan isteri bekerja sama-sama bantu anaknya mencari rezeki.

Ibu mertua kata dia haramkan apa menantu buat pada anaknya kerana buat anaknya macam hamba. Kononnya menantu menghambakan anaknya.

Sedangkan suami atau anaknya itu memang seorang suami juga anak yang baik, jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik.

Angkat bag luggage pon mertua marah jika anaknya yang buat? Allahukabar..

Kadang2 tak terfikir apa yang mertua inginkan sebenarnya. Tak boleh ke rasa bahagia tengok anak menantu bahagia?

Dalam fikiran mertua, menantu kene buat segalanya.

Tetapi saya hairan, sebelum berkahwin memang anak bujang yang kemas rumahnya tetapi bila berkahwin dia mengharapkan menantu kene buat segalanya..

Seorang ibu mertua yang sering mencari salah menantu mencari keburukan menantu, bercerita hal menantu pada anaknya yang lain, pada jiran, pada sedara mara.

Adakah itu sikap yang baik bagi seorang ibu mertua?

Kenapa hanya menantu sahaja yang perlu mengambil hati perlu menjaga hati mertua. Sedangkan mertua sering melukakan hati menantu mengeluarkan kata2 sindiran yang kasar.

Bukan ke nak bina hubungan yang baik perlu usaha dari kedua dua pihak. Baik menantu begitu juga ibu mertua..

Bila ada benda yang tak senang dimata ibu mertua, terus berkata pada anak. Tolong didik isteri tolong didik isteri.. Anak2 nya yang lain sempurna sangat ke sampai asyik salah kan anak orang lain?

Pernah ke sekali mertua ucapkan terima kasih pada menantu, jaga makan pakai anaknya dengan baik, sayangkan dan cintakan anaknya dengan setulus hati, mengandung dan melahirkan cucu2nya,

Didik cucu2 nya dengan baik. Tak boleh ke sedikit pon sebagai seorang mertua berlapang dada dengan setiap kelebihan dan kekurangan menantu.

Anggap menantu seperti anak. Sayangkan menantu seperti anak sendiri..

Adakah kerana mertua punya masalah hati juga cemburu. Tak boleh nampak menantu lebih.. Sedangkan menantu cuba menjadi menantu yang baik..

Kalau tak sayangkan menantu tak pedulikan perasaan menantu, tolonglah fikirkan perasaan anak kandung sendiri.

Anak lelaki sehabis baik cuba menjadi anak yang soleh anak yang baik kenapa mertua tak dapat nak memahami?

Kenapa bangkitkan issue2 yang saya rasakan sangat tak wajar. Isu remeh temeh. Sampai sanggup tak redha akan anak..

Akibatnya hubungan semakin renggang jauh..

Hanya mampu berdoa moga Allah tunjukkan jalan buat kami berdua suami isteri..

Saya mohon pandangan semua.

Terima kasih..

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *