Ibu Mertuaku Ni Mental Ke Normal?

Assalamualaikum semua. Minta maaf jika penulisan aku ini sedikit berteraburan dan sedikit panjang.

Penulisan aku ini telah aku dapat keizinkan dari suami aku. Mari aku kenalkan pengenalan suami aku dan family. Suami aku anak sulung daripada 5 adik beradik, usia perkahwinan kami hampir 7 tahun dan mempunyai 4 anak bersama.

Suami aku daripada pantai timur, Aku pula dari Selatan. Keluarga suami aku daripada keluarga ‘broken family’ Mertua aku sudah bercerai lama, ayah mertua aku sibuk dengan perempuan sana sini. Ibu mertua aku pula terus balik ke kampung halamannya dan menetap di sana.

Suami dan adik2 tidak berayah tidak beribu sedari kecil, dihantar ke kampung hidup membesar dengan tokma dan tokwan belah ayah hingga dewasa. Ibu mertua? Tidak ambil peduli dengan anak anak

Mereka berempat kecil2 lagi dihantar ke kg. Suami aku pernah meluah kalau kecil2 dulu bila dapat khabar ayah nak balik kampung happy sangat. Rasanya berbulan ditinggalkan kerana ayah berkerja dibandar.

Kadang kadang tokma dan tokwan bawa mereka adik beradik menjenguk ibu mertua di kampung. tapi ibu mertua suka kurung diri dan tak pedulikan anak anak. Dibibit bibirnya selalu sahaja dia menyumpah seranah bekas suaminya.

Kadang kadang diherdik nya mak nya dihadapan jika ditegur, selalu sahaja nenek dan ibu mertua bergaduh. Suami aku cakap kedatangan mereka pon ibu mertua ku tak peduli.

Masa tu dia normal, boleh makan sendiri, masih sihat cuma suka mengurungkan diri.

Ayah mertua pernah bercerita dengan suami aku semasa kecil ibunya tak nak jaga mereka adik beradik, pemalas dan sebagainya. Aku pon tak tau kesahihanya. Suami aku juga tak berapa ingat memori semasa kecilnya.

Suami kini telah berkerjaya. Tokma dan tokwan sudah lama meninggal. Hidup membesar sendiri, adik beradik pon bawa haluan masing2.

Jika nak berjumpa pon jika ada hal penting. Berkenalan dan Berkhawin dengan aku pon tanpa bantuan siapa2.

Aku berjumpa dengan ayah mertua pon pada majlis kawin aku sahaja. Kami dpt cahaya mata pertama, kedua dan seterusnya pon tak ada keluarga suami datang melawat. Kehidupan selepas kahwin juga banyak dihabiskan masa dengan keluarga belah aku sahaja.

Suami aku baru tau rasa kasih sayang berkeluarga dari mak dan adik beradik aku. Keluarga aku dan suami berbeza. Jika belah aku selalu buat makan makan atau perjumpaan keluarga.

Beraya bersama, makan besar bersama, menjenguk ahli keluarga terdekat jika terluang. Beza sangat2 keakraban keluarga aku dan suami.

Alhamdullilah suami aku juga org nya sangat baik dan bertanggunjwb. Selalu sahaja dia pesan bahwa dia tak nak keluarga kecil kami ni, anak2 kami rasa lalui seperti dia rasa zaman kecil dulu. terkontang kanting membesar tanpa pelukan ibu ayah.

Berbalik pada kisah ibu mertua aku. kini umurnya sudah masuk 50an. Yaa suami aku berdendam dengan ibu mertua aku. Dia sangat marah dengan ibu mertua kerana mengabaikan dan tak menjaganya dia dan adik2 nya semasa kecil.

Dulu Ibu mertua aku dijaga dengan sedaranya setelah kematian nenek, hidup sendiri tumpang ehsan jiran dan sedara bg makan.

Sejak beberapa tahun ni baru duduk dengan sedara kerana sedara menumpang duduk dengan ibu mertua aku. Dirinya juga telah uzur. Suka menyendiri, tidak berbual.

Orang kampung selalu tanya mana pergi anak2 nya. kenapa tak jaga? Kenapa tak jaga maknya.

Kini usia perkhawinan aku dah nak ke 7 tahun, baru laa suami aku terbuka hati nak menjaga ibunya setelah bertahun2 aku pujuk suami aku maafkan dan redha ibunya.

Hari pertama ibu mertua aku dirumah aku. aku dan suami baru nak kenal saling mengenali dengan ibu.

Ibu memang uzur walaupun baru 50an tapi dia seperti 80an, sakit orang tua dan berpampers. Kulit kedut seribu, rambut pendek yang mengerbang dan berkain batik baju t shirt pendek.

Dia tidak berbual dan memang tak ada suara dari pertama datang kerumahku. Aku dan suami kehairanan juga. Dia langsung tak berborak dengan kami.

Jika kami tanya. Dia hanya mengangguk dan menggeleng. Raut wajah nya agak menyeramkan juga. Sedikit garang. Tapi mertua ku sangat kurus.

Bila berjalan perlu dipimpin. Kadang perlu meniti dinding ke dinding untuk seimbangkan badan. Kadang dia juga akan ketawa tersengeh tiba2. Cucu cucunya juga tidak ingin menghampiri.

Aku siapkan dia satu bilik khas. Ada katil bujang untuk keselesaanya. Meja kecil untuk ku hidangkan air atau biskut biskut runcit. Disudut kirinya para2 baju dan aku hamparkan sejadah juga untuknya.

Menjaganya ibarat menjaga budak kecil. Aku tunjukkan segenap ruang rumah aku, keberadaan tandas, bilik air dan dapur. Mandi perlu disuruh jika tidak sampai berbocor lah pampers tu. Ibu mertua aku akan baring mengelamun memandang dinding dengan goyangkan kaki.

Aku pon tak tau apa dipikiranya. Fikiranya seakan kosong. Masa masa nya dihabiskan dibilik dengan berbaring tanpa berbuat apa2. Kelihatan dimulutnya juga terkumat kamit membaca.

Kadang aku dan suami panggil juga untuk menonton tv bersama tapi dia lebih selesa di bilik. Tidak mahu bercampur dengan kami. Disuruh solat tidak mahu sekali.

Perbezaan loghat aku dengan mertua juga berbeza jadi agak menyukarkan aku untuk berborak dengan dia.

Tapi ada satu perkara yang menghairankan kami suami isteri, yang aku perasan dia sangat2 kuat makan. Makan nya seperti perlu tenaga yang banyak. Dia juga suka minum air manis, makanan bersantan dan makanan yang sedap2.

Jika aku masak bukan kesukaan nya dia tidak akan berselera menjamahnya. Tapi tidak mengapa lah asalkan aku sudah masak.

Ada satu hari tu aku buat dua jenis sarapan nasi goreng dan juga lempeng. Pagi tu dia perlu ke klinik jadi sekitar 8 pagi dia telah aku hidangkan nasi goreng sepenuh2 pinggan, sangka aku biarlah bagi dia kenyang. Tengahari nanti lambat sikit aku masak.

Pukul 10 ibu dan suami telah selesai checkup klinik. Masuk rumah, sambil jalan setapak demi setapak dan berpaut di sofa hingga ke meja makan dan duduk.

Aku pikir dia berhenti berehat untuk menarik nafas, rupanya dia buka tudung saji dan ambil dua keping besar lempeng dan makan. Sambil minum air manis kopi disebelahnya.

Dia akan makan apa sahaja atas meja hingga kenyang dan habis tanpa peduli makanan tu juga dihidang untuk kami. Aku dan suami saling berpandangan kerana pagi tu kan kami makan bersama ibu mertua, sedangkan kami masih kenyang lagi.

Hari2 lain kami masih juga tak sangka dia akan kuat makan sebab kami masih dalam proses mengenali. Ada satu hari tu, kami tak sempat nak siapkan makan petang. Jadi kami buatkan siap2 satu jug penuh tinggi 1.5L air teh dan satu paket besar biskut petak kering baru dibuka.

Kami keluar tak lama ada urusan luar sebentar. Ibu mertua menganguk tanda faham bahawa jamah dulu biskut dan air yang disediakan atas meja. Balik nya kami lewat petang hari tu terkejut lagi sekali apabila biskut tu tinggal sekeping dan air teh sejug penuh yang baru dibancuh habis terus.

Keesokkan hari, seperti biasa. Dia perlu kami kerah ke bilik air mandi bersihkan diri. Buka tingkap bilik dan tukar cadar tilam kerana tertembus air kencing.

Selesai mandi dia akan menapak ke meja mkn menunggu hidangan sarapan. Bila kami suruh dia masak makanan sendiri dia akan tersengeh memandang, saja kami bergurau.

Pada suatu hari tu aku tidur lambat, sekitar jam 3 pagi belum dapat melelapkan mata. pintu bilik aku biarkan terkuap tidak bertutup rapat, senang aku mendengar jika anak2 ada menangis mlm dibilik sebelah.

Sedang aku leka menghadap telifon kelibat ibu mertua aku lalu di luar bilik aku menuju ke meja makan. Aku perhatikan gerak geri nya. memang sangat perlahan tidak berdaya.

Tapi disebabkan atas meja telah aku bersihkan rapi sebelum tidur tiada baki2 makanan. Kelihatan ibu mertua aku berpusing balik masuk ke kamar. Aku kebingungan dia telah makan malam tak kan lapar lagi? Pagi tu aku terus bagitau suami kelakuan ibu nya.

Kami agak terkejut sebenarnya sebab diperhatian kami. Dia adalah wanita yang sangat uzur tapi selera makannya mengalahkan kami. Aku dan suami bersependapat bawa ke pusat perubatan islam, hari pertama hingga hari ketiga berubat dan mandi air limau.

Tukang perubatan beritahu kami yang ibu mertua ada saka hantu raya dan kena sihir. Walla hualam. Setelah dirawat, tukang perubatan tu ada pesan kepada kami betulkan balik cara makannya.

Hidang makan secukupnya dan kuantiti yang bersederhana untuk sekali makan. Kini dalam proses kami betulkan balik cara makanya.

Kadang2 aku sibuk dengan anak2 dan berkerja. Aku tak sempat nak asingkan lauk. Jadi semua telah aku siapkan atas meja. Ibu mertua aku ni waktu makan mesti tepat waktunya.

Kadang kami tidak makan bersama, kadang terlewat makan kerana masing2 sibuk jadi aku dahulukan makanya. Yang aku perhatikan bila waktu makan ibu mertua aku tak perlu disuruh. Dia akan terus ke meja makan. Ambil nasi sepenuh pinggan dengan selera.

Jika aku terlupa asingkan lauk untuk dia. Dia akan habiskan semua atas meja dan tinggal baki sikit je kadang tak cukup lauk itu nak sampai malam kerana dia telah ratah sendiri, jenis aku memang dah siap2 kira berapa ketul sorang makan.

Benda ni kadang buat aku dan suami jadi geram. Bukan kami merungut menjaganya. Banyak kali kami pesan makan kuantiti yang perlu sahaja, dia mengganguk paham tapi makan juga tanpa dia ingat kami.

Mungkin juga dia dah terbiasa kehidupan dia sebelum ni hidup dengan kotor, makan tak basuh tangan, berak tak flush tinggal taik seketul kat tandas. Kadang2 juga taik dia bersepah atas lantai tandas dibiarkan begitu sahaja..

Habit dia kalau mandi lama sangat kadang2 sampai setengah jam mandi. Terpaksa laa kami pekik dari luar jangan mandi lama sangat.

Dia juga suka sepahkan bilik, baju2 kotor yang dah dipakai dah terkena kencing dibiar letak dilantai begitu sahaja. Dia akan baring lepas makan dan tidur. Kadang mulut nya terkumat kamit. Kadang memandang pandangan kosong diluar tingkap.

Pernah beberapa kali cadar dia terkena kencing, aku belum sempat kutip untuk dibasuh, dia cuma lipat dua tutup kain kencing dan letak hujung kaki. Aku masuk bilik semerbak bau hancing.

Sudah acapkali ku pesan baju kotor dan alas tidur terkena kencing letak di bakul mesin basuh jika aku tidak sempat bersihkan.

Aku kadang juga sedikit kehairanan, bila waktu makan atau makan apa sahaja yang sedap mesti berselera. Kadang kami bawak ibu makan diluar. Usai makan dan balik rumah, dia sempat juga capai makanan ringan anak aku dan meratahya di bilik hingga habis.

Marah sungguh anak aku bila tahu jajannya habis nenek nya makan.

Aku juga ada siapkan makanan ringgan di biliknya tapi selalu sahaja habis terus.

Dulu masa mula2 kedatangan kerumah aku, aku ada hidang biskut atau kekacang di biliknya untuk dia makan jika kebosanan. Tak sampai beberapa jam aku topap makanan ringannya dibilik, habis diratah nya semua hingga habis. aku termenung.

Sekarang aku perlu juga sekat dan letak sikit2 biskut atau makanan ringan di bekas makananan dalam biliknya jika tidak dia akan makan habis semuanya. Sering kali aku dan suami pesan jika makan beringat bukan dihabiskan terus. Dia mengganguk faham.

Kadang aku juga keliru mertua aku ni mental ke atau normal. Ada satu masa kadang dia kelihatan sihat, paham arahan dan tunjuk ajar kami. Tapi kadang2 dia juga perlu diberi perhatian lebih dan berulang2 perlu kami cakap. Acap kali dia ketawa sendiri didapur ketika makan.

Beberapa hari yang lepas aku telah persiapkn makan tengahari di dapur kerana ada urusan luar. Anak2 dan suami semua keluar bersama aku.

Kami pulang malam agak lewat sekitar 11 lebih sampai rumah. Sesampai aku di rumah, dapur bersepah dengan kulit dan kuning telur di table top. Atas meja tumpah segala kuah dan air manis tidak dibersihkan.

Suami aku segera ke bilik ibu mertua aku, mengucap panjang kami. Dengan letih tidak hilang lagi bilik pula bersepah.

Habis dimakan 6 bungkus kecil snek anak aku. Plastik snek anak aku juga dibiar berterabur atas lantai, kulit buah epal berterabur tidak dibuang, jug air manis didapur juga dibawa masuk ke bilik, pampers dilantai, baju kotor dibawah katil. Aku suruh suami ku banyak2 bersabar.

Banyak lagi aku nak cerita tapi cukuplah setakat ini sahaja. Jika ada yang minta part 2 nanti aku sambung lagi kisah mertua aku selama di jagaan kami.. Doakan kami sabar sabar sabar dalam menjaganya hingga akhir hayat dan sedaya kami. Doakan yang terbaik ya.

Aku betul2 bangga dengan suami aku, walaupun dia dengan ibunya tak ada rasa kasih sayang ibu anak. Tapi dia sabar sangat layan ibunya. Aku cuma membantu yang perlu sahaja.

– Kembang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *