Ibu oh Ibu

Assalamualaikum

Aku sara (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi kisah tentang aku dan ibu. Aku tak ada memori dengan ibu sampai aku umur 12 tahun. Memori yang tinggal hanya 2 peristiwa… satu , aku dimarah ibu dan aku malu tak terhingga depan kawan2 (jiran2) aku.. dan yg kedua, aku pernah cuba larikan diri daripada rumah tapi masa tu aku bingung, aku duduk depan rumah dengan plastik berisi pakaian.

Ayah aku meninggal masa aku umur 12 tahun. Ok here was where all stories began. Ibu aku jenis perfectionist. Semua benda ada tertibnya dan tersusun. Aku cuba beratus , mungkin beribu kali untuk ikut semua arahannya tapi aku failed puaskan hati dia. Bila ibu aku marah, dia jarang pukul aku…tapi dia mentally tortured aku. Dia pernah cakap b***, b****, anak derhaka , takde satu langsung kebaikan diri aku untuk disebut. Setiap kali dia marah dia akan banding2kan aku dgn adik beradik yg lain. Aku lama2 mula melawan sbb aku rasa tak adil ibu aku cakap aku mcm tu, kadang2 benda aku tak buat dia cakap aku buat.

Abang, adik2 lelaki aku kalau tak tahan, diorang boleh start enjin motor tak pun panggil kawan2 datang ambil kat rumah…lepak keluar rumah malam2 baru balik. Aku? Aku perempuan aku tak boleh keluar rumah… itu lah yg aku hadap hari2 dgn ibu. Masa ni aku bertanya banyak kali dalam diri aku, kenapa aku hidup? Kenapa aku dilahirkan?

Ibu aku selalu cakap benda buruk tentang nenek aku dan makcik aku. Dan ada seorang pakcik yg dia tak suka.. dia akan cakap benda buruk. Masa tu aku tertanya…aku faham la kalau ibu aku tak suka nenek sebab nenek sakit dan ada history bad treat mak aku. Tapi yg pakcik dan makcik tu, apa salah diorang?

Masa aku 14 tahun aku rasa nak bunuh diri sangat2… tapi ingatkan ustazah bagitau orang bunuh diri masuk neraka, aku stop. dalam kepala aku sentiasa ada planning macam2 nak buat, aku tak kisah jadi pelacur asal aku tak duduk dalam rumah. Aku cuba melarikan diri dari rumah buat kali kedua tapi masa ni masih ada suara halus halang aku…jangan buat dosa besar. Aku bingung dan menyorok depan rumah. Bila mak aku sedar aku hilang dia carik aku dan aku kesiankan dia…sebab dia sorang2 nak urus aku dan adik beradik.jadi aku munculkan diri .

Ibu aku selalu merungut abang kakak aku selalu minta duit dgn dia. Masa ni aku tanam azam , aku akan dapatkan biasiswa supaya aku tak menyusahkan ibu aku. Aku akan belajar sungguh2. Umur aku 18,aku dapat biasiswa. Aku happy dapat keluar rumah. 6 tahun pengajian aku rasa happy sebab tak perlu hadap ibu aku. Betapa bahagia hidup 6 tahun ni. Selama tu jugak aku kirim duit kat ibu aku sampai dia cukup untuk pergi haji. Ibu aku selalu cakap dia taktau nak pergi dengan siapa sbb takde mahram . Aku juga simpan duit utk penuhkan impian ibu aku.

Tamat pengajian..ibu aku pesan berkali2 minta aku cari kerja dekat dgn rumah. Aku dapat , tempat keje 5 minit drpd rumah. Dapat je gaji first…aku happy sangat..masa tu dlm kereta belum sempat sampai rumah aku bagitau ibu aku dapat gaji. Entah macam mana aku rasa nak try bagitau ibu aku, nak bagi dia 2 ratus je. Ibu aku terus berubah muka . Dia mula ungkit yg dia hantar aku hari2 pegi keje, duit minyak dah berapa . Dia mula banding2 dgn abang kakak aku. Masa ni aku sedih sangat…aku bgtau ibu, aku memang niat nak bg dia semua duit gaji aku, aku keje utk ibu, aku tak perlu duit gaji pun…aku bagi semua duit gaji kat tangan ibu. Tiba2 ibu marah, ibu kata aku b****. Ibu campak duit gaji tu….kat muka aku. Masa ni aku dah nangis kaw2. Ibu ingat aku tipu ke. Aku cakap kat ibu…aku bagi duit tu elok2 kenapa ibu campak duit tu kat muka aku. Sampai balik ibu marah aku.

Tak lama aku keje aku beli kereta sendiri. Aku taknak menyusah ibu hantar aku. Lepas kejadian ibu campak duit gaji aku, aku nekad bagi ibu 2 ratus je bulan2. Tapi aku selalu beli barang rumah, aku hadiahkan ibu cincin emas, kain baju mahal2. Aku dgn ibu macam magnet. Sama kutub agaknya..tak boleh bertembung. Sampai aku kahwin dan beranak aku tak berjaya dan failed puaskan hati ibu. Aku rasa akulah manusia paling tak berguna. Jiwa aku mati. Bunuh aku, hidup balik, bunuh aku , hidup balik…beratus kali pun takpa. Aku dah takde rasa. Pernah rasa tak macam bumi ni kecik je dan tersekat kau nak langkah? Rasa rahmat Allah tak wujud?

Ingat kisah ibu nak pergi haji. Aku kumpul duit dan cukup utk teman ibu. Tapi ibu tiba2 bagitau taknak pegi dgn aku. Macam2 alasan. Aku cuba accept alasan ibu . Antara katanya simpan duit tu utk kahwin dan pegi dgn suami aku nanti. Jadi ibu pegi haji dgn abang. Kalau nak bawak aku pun apa salah…aku dh cukup duit. Tapi sumpah ibu taknak. Sedih hati…tapi happy jugak dpt tengok ibu pegi haji. Lepas aku kahwin, aku dgn suami nak pegi umrah. Sebelum tu ada kes ibu tak puas hati sebab aku tak dapat cuti untuk kenduri abang aku. Ye la aku nak spend cuti tu utk pegi umrah. Masa tu arab saudi ketatkan visa…so ramaila yg tak dapat visa. Termasuk aku. Aku dan suami terkilan , persiapan semua dh buat. Travel agency pun janji nak pulangkan duit. Kami masing2 sedapkan hati sendiri…takpe.. takde rezeki, ada la hikmahnya tu. Bila kawan2 dan orang2 terdekat tanya…diorang turut sedih . Tapi tau tak apa respon ibu? Dia cakap haaa..tau tak kenapa tak dapat pergi? Faham2 sendiri la, muhasabah diri tu. Siap gelak puas hati. Masa tu aku terkesima. Kenapa sampai tahap tu ibu bercakap? Ibu tau ke aku muhasabah ke tidak..ibu orang pertama gelak dan sindir, dan satu2nya yg mcm tu.

Bila ibu marah, dan aku menjawab, ibu selalu cakap. Aku yg mengandung, aku tau perangai sorang2. Aku tak boleh hadam kata2 ibu. Benar ibu mengandung…tapi ibu bukan tuhan, ibu tak tau apa ada dlm hati anak2. Apa yg ibu nampak dan tau tak semesti betul. Ibu nak anak yg diam menurut apa ibu kata …tapi ibu tak sedar yg diam tu tak semesti menurut. Takpe yg penting diam macam tunggul. Tapi aku tak dilahir utk diam… jiwa hati naluri aku bukan begitu. Aku diam pada yg benar dan aku betulkan apa yg salah. Anak tak boleh cakap apa2…ibu yg paling betul. Tau tak?

At age of 30 baru aku boleh faham kenapa ibu tak suka makcik dan nenek. Sebab arwah ayah selalu lebihkan mereka. Dan kenapa tak suka aku tak kira apa aku buat. Sebab birthday aku sama dgn makcik. Hahaha. Kelakarkan? Tak kelakar langsung. Pasal pakcik tu aku tak tau…tp smpai sekarang pakcik takkan muncul diri di mana ada ibu kat situ.

Ibu jugak selalu burukkan abang ipar dan menangkan kakak. Kakak aku dah sepuluh tahun kawin asyik bergaduh dgn abang ipar. Masa awal2 kahwin, aku azam taknak jadi mcm kakak. Ibu cuba jugak buruk2 kan suami… aku lawan balik sampai aku bergaduh dgn ibu. Aku kenal suami aku luar dan dalam . Aku bahagia dgn suami, dia satu2nya makhluk paling baik aku pernah jumpa. Tak pernah mengata dan burukkan sesiapa. Dia tau konflik aku dan ibu tapi dia tak pernah cakap apa2. Nak cuba hasut ke nak cuba nasihat ke. Dia terima aku seadanya. Dia tak pernah paksa aku buat sesuatu . Tak pernah paksa aku terima pendapat dia. Tak pernah komen apa2 aku buat. Tak pernah sakitkan hati, cakap sindir2, tinggikan suara. Aku hormat dia. So bila ibu nak mengata dia , wajib aku pertahankan suami.

Aku pernah tak kerja selama 3 tahun, suami aku continue bagi duit bulan2 kat ibu siap up lagi seratus.. suami tak pernah lebihkan ibu sendiri. Bagi dia ibu aku sama dgn ibu dia. Tapi ibu aku tak rasa macam tu….disebabkan suami aku tak pandai cakap ambil hati ibu aku. Dia nak menantu yg perfectionist. Tapi sayang..menantu yg ada ni pun dia buruk2 kan.

Jangan nasihat aku syurga di bawah kaki ibu..aku kena taat bla3. Kerana pemahaman ni hidup aku menderita. Nak kata aku anak derhaka…boleh . Aku terima. Aku rasa makbul apa yg ibu aku sebut. Aku tak rasa bersalah dgn ibu aku. Sebab rasa bersalah dah menghantui hidup aku berpuluh tahun. Nak kata esok2 anak2 aku jd derhaka mcm aku… terpulang, yg penting aku treat anak2 aku sebagai anugerah bukan bala. Apa Allah nk uji, aku terima. Aku pernah jadi ibu. Pernah rasa sakit bersalin normal. Walau tak sebanyak ibu, tapi aku juga seorang ibu. Aku terima semua baik buruk perangai anak2 aku. Aku tak pernah rasa sempurna sbg ibu walau dah dijanji syurga melahirkan. Aku masih pendosa. Jangan nasihat aku minta maaf dgn ibu. Aku dah minta maaf dgn ibu, menangis sampai lebam mata tp ibu pandang aku sebelah mata. Aku kan ahli neraka.

Takde apa dah aku nak hidup.. Syurga aku pada suami dan anak2. Dgn mereka aku rasa aku berjaya jd manusia. Dgn ibu dan keluarga aku, aku manusia paling fail dan tak layak utk hidup.

Nak kata dan kecam aku…silakan.hati aku dah mati.

Kenapa aku kongsi? Bukan minta simpati…cuma nak bagi pelajaran pd orang yg ada fikiran. Dan meluahkan nasib aku sbg anak ibu. Ada orang kata untung la ada ibu. Bagi aku , aku tak pinta dilahirkan ke dunia.

– Sara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit