Ibu Oh Ibu

Hari ni kemuncak kesedihan aku setelah sekian lama aku pujuk diri. Aku pjj dengan suami aku.

Aku duduk dengan ibu abah dan anak aku seorang. Kira kalau aku pergi office anak aku ibu yang jaga.

Aku pernah cari pengasuh sebab yela ibu aku pun dah tua dia selalu cakap dia tak larat.

Bila aku bagitahu aku dah jumpa pengasuh dia kata, “anak kau ni punya lasak mana ada orang nak jaga, kena dera je nanti” padahal anak aku tak la hyper pun, dia cuma baby umur setahun baru nak kenal dunia, baru dapat jalan.

Ibu aku asyik ulang je ayat tu kalau aku cakap pasal pengasuh. Okay la jadi kira dia nak jaga la kan.

Tapi bila aku balik kerja dia mesti cakap hari ni ibu tak sempat masak anak kau nangis je, hari ni tak sempat itu tak sempat ini.

Aku tak kisah pun pasal makanan ke cuma aku faham mesej dia adalah anak aku punya pasal habis dia tak boleh buat apa apa.

Ibu aku juga selalu cakap susu badan aku sikit susu sikit sampai anak aku tak kenyang bila aku kat office. Dia selalu paksa aku beli susu tepung tak pun fresh milk.

Walaupun aku dah pesan berkali kali susu tu cukup sebab budak dah pandai makan mana ada banyak minum susu. Tapi tak, taknak listen.

Aku ingat lagi susu frozen aku sekotak besar aku simpan untuk masuk office lepas pantang, habis dalam 2 bulan. Anak aku belum 7 bulan lagi susu tu habis weh.

Aku kat office kais pagi makan pagi pam susu. Bila balik rumah je dia ulang la ayat anak aku tak cukup susu, susu aku cair susu aku sikit.

Tapi sebenarnya ibu aku yang banyak membazir susu! Aku kerja masih ada hybrid arrangement, kira masuk office 3 hari selebihnya kerja di rumah.

Di rumah memang aku eksklusif bagi direct susu badan sebab aku tak nak pam. Tapi pagi pagi ibu aku dah keluarkan susu frozen nak bagi dekat anak aku.

Banyak pulak tu penuh 1 botol. Aku selalu pesan bagi sikit je 3 oz pun okey dah, tapi dia biasalah “anak kau tak kenyang”.

Over the time aku perasan bila aku basuh botol mesti ada lebih, bukan sikit banyak ye sampai 3 oz tak pun 2 oz. Aku pam kat office tu pun terkulat kulat rupanya banyak bazir.

Hari ni kemuncak kesedihan aku sebab aku basuh botol tadi ada baki 3oz anak aku tak habis minum, dia dah kenyang makan nasi. Baru la semuanya make sense, susu sekotak besar aku simpan tu rupanya banyak buang dari minum.

Kelakar, aku rasa dia sebagai ibu patut jadi kawan, tapi apa ibu aku cakap sentiasa buat aku rasa macam lawan. Bila aku cakap susu cukup susu cukup, dia akan cakap dia tahu la dia yang jaga anak aku time aku pergi office.

Jadi adakah ye memang kuat susu sebab tak bagi makan nasi? Atau banyak buang dari minum?

Anak aku dah setahun enam bulan dah. Ibu aku masih berdebat benda sama, “susu kering susu sikit tak kenyang beli susu tepung”.

Alih alih memang susu aku makin sikit sebab aku tension, duduk rumah dengan ibu ayah memang stress berbanding rumah sendiri. Aku pernah banyak kali cakap aku nak resign, nak duduk dengan suami aku.

Ibu aku orang nombor satu yang larang. “Nanti kau dah takde duit kau tahu la rasa nak meminta dekat laki, ibu tahu la perasaan takde duit” kelakar, nak resign tak bagi nak hantar pengasuh tak bagi tapi aku kat rumah ni memang kena control je dengan dia.

Aku cuma nak luahkan sebab hal family ni tak ada siapa aku boleh cerita, nak cerita dengan adik beradik memang ibu aku tahu la ending dia.

Cerita dengan suami, dia memang faham je situasi aku dia selalu suruh aku sabar je jangan melawan cakap ibu.

Nak ikut duduk dengan suami, aku memang dah sedia ada komitmen sebelum kahwin jadi nak resign berat hati sedikit.

Lagi pula suami aku posting berpindah pindah, berhenti kerja pun jika tiada destinasi tetap bukan la jalan terbaik.

Sekarang aku banyak berdiam tapi ibu aku sentiasa cari jalan nak bercakap, nak tegur aku bab bab tak perlu. Kalau anak aku terjatuh dalam jagaan aku huih korang kena tengok muka ibu aku, macam aku buat jenayah berat.

Dia marah betul ibarat aku tak reti jaga anak, dan kemudian akan marah aku suruh jaga la tengok la sakit kepala budak la. Bila terjatuh dalam jagaan dia aku tak pernah pun bising.

Sebab aku faham orang nak terlepas pandang sesaat dua pun cukup. Ha mula la explain macamana jatuh end up back up diri anak aku jugak yang salah.

Tapi aku selalu senyap kalau dia dah explain macam macam sebab aku rasa tak perlu explain, aku bukan suka cari kesalahan orang, bila aku senyap tu la ego dia tercabar.

Dia rasa aku salahkan dia dalam senyap, macam aku tak percaya kata kata dia.

Mula la tak bercakap seharian. Kalau aku kerja di rumah, ibu memang takkan tengok dah anak aku, aku yang mandikan bagi makan, merengek nak suruh dokong ke nak menyusu ke memang aku yang buat.

Ibu aku akan masak lauk then rehat je tengok handphone. Aku okey je aku faham sebab yela anak aku, aku la kena jaga.

Tapi part tak best bila A-Z aku settlekan anak, kerja aku end up selalu tak siap. Kalau aku nak masuk office seminggu karang marah pulak, ibu aku mesti pertikaikan kenapa pulak kena masuk office lima hari, mula la mengata bos aku la apa la.

Padahal aku yang tak boleh fokus kalau kat rumah. Kadang aku kat rumah tengah buat kerja tu la ajak gosip kadang ajak buat kuih.

Kadang suruh aku tipu bos bagi alasan nak kerja kat rumah.

Kalau ada yang tanya kenapa tak menyewa luar, aku ada abah yang baik, protective terhadap anak perempuannya,

Menyewa di luar bukan la cadangan baik sebab dia akan pertikaikan kenapa aku tak nak duduk dengan dia which is sangat tidak bagus untuk kekalkan hubungan kekeluargaan.

Dan sekarang aku rasa jalan terbaik adalah resign jela kerja ni, aku happy semua orang happy. Resign tak semestinya the end of everything, kita sentiasa boleh cari jalan keluar.

Aku fikir ibu ayah boleh jadi tempat aku bergantung harap tapi ternyata tidak.

Mohon doa kalian semoga aku dipermurahkan rezeki dan diberikan kekuatan hati, mental dan fizikal.

– Bantal peluk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Tolong jangan resign… nanti lagi sakit kepala dengar cakap2 ibu pasal duit tak cukup nak beli susu anak! Tolong hantar anak ke taska bila umur 2 tahun – katalah anak tu perlu belajar bersosial dengan rakan sebaya, doktor KKIA yang suruh untuk elakkan slow development – goreng je apa2 alasan yg agak munasabah.. jadi hantar anak ke taska (sila buat due diligence ya) bolehlah bekerja dgn tenang -tapi percaya, balik rumah mesti mak tu ada komplen lagi hari2! Hehehe

  2. Hantar anak kat taska je mcm komen kat atas ni…. pekak kan telinga…doakan byk2….kalau dah berumah tangga ni, better duk asing drpd duk sekali ngan orang tua.. goreng la apa2 alasan.. cakap suami nk menyewa sebab dah berkeluarga, barang banyak sangat..cakap la brg2 keja dr office ni byk xtahu nk letak mn.. kalau suami cakap mcm tu, isteri x boleh lawan..rumahtangga puan perlukan privacy.. berpakatlah ngan suami… Jangan resign keje tu.. abah tu memang baik, tp tu mak mendownkan kita. Keluar lah puan dr situ

  3. duk rumah sendiri, baru reti belajar berdikari. tapi tiap hujung mggu balikla tgk mak ayah dekat rumah. jgn resign, kalau resign lagi ko sakit telinga kena bebel kalau masih duduk serumah. at least bila kerja, ko pon ada me time buat kerja dekat opis tak yah nk dgr mak ko gossip or buat kuih. anak antar pengasuh, kena berkawan, dh kalau duk dgn atok nenek kang besar kepala plak duk manja2. toxic ni tak elok utk tumbesaran anak2. bg jeala alasan, nnt mak ada masa nk mengaji, blh pergi masjid dgn abah. keluar dari rumah, ko dh bersuami, abah protective pon, still ko dah bersuami. duk dgn suami, sbb tempat isteri disamping suami.

  4. Hantar anak ke taskaa pleasee bagi lar ape2 alasan pun janji hantar ke taska, and plus jangan berhenti kerja

  5. Sis u pergilah stay dgn husband. Anak sama2, janga sama2. Tak perlu dh libatkan parents dlm urusan family u. Jaga anak sendiri. Susah pun kotang. Senang pun korang. Cari jelah kerja lain nanti, doa & tawakal pada Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *