Ibu aku Jepun ayah aku Malaysia. Bersatu dan dapatlah aku. Anak tunggal keluarga. Kau tahu tak dulu kalau jiran ke kawan tahu yang mak aku orang jepun reaksi diorang apa? Video porno dan ike-ike kimochi.
Aku ingat lagi tingkatan 4 bila cikgu aku tanya ” mak awak orang jepun ke? ” Aku jawab iya. Habis satu kelas kimochi ike ike tu semua. Itu belum termasuk cikgu yang selamba buat lawak cakap ” jepun, jerit kuat tu” sampai sekarang aku masih dendam dengan cikgu tu. Sebabkan dia buat lawak macamtu. Makin menjadi-jadi perangai orang.
Jiran dengan komuniti pun sama. Ibu aku ni rajin join aktiviti dekat taman perumahan ni. Banyak cadangan dia kasi rata-ratanya cadangan norma dia dari Jepun. Tapi ada pakcik pakcik gatal yang saja buat lawak lucah. Makcik makcik dekat situ pun sama. Kerja mengumpat. Pernah aku baran , makcik ni mengumpat kata mak aku goda jantan keparat dekat sini. Aku dekat sebelah dia je kot. Aku lempar dia dengan tepung yang buat acara sukaneka.
Lepas beberapa bulan tu kita orang pindah. Kali ni kawasan yang rata-rata lebih educated jadi hal macam ni aku tak alami langsung. Jiran baik , masyarakat baik dan komuniti semua baik. Rasa aman dan tenang. Ibu aku selalu cakap biar kan je. Tapi aku anak lelaki mana boleh biar kalau ibu kau kena perli dan kena buat lawak lucah macamtu. Aku pun sepanjang hidup memang akan elak langsung lawak lucah ni.
Tu zaman aku sekolah, bila sambung belajar ni. Ada ibu orang jepun ini pula bagi diorang “cool” . Baik tulisan dan bahasa Jepun. Dua-dua aku boleh di katakan mahir sebab memang dari kecik ibu aku ajar. Sekarang pun ada juga anime atau drama yang aku translatekan dari jepun ke inggeris atau Melayu.
Jadi masuk alam dewasa. Hal jepun ini bagi ramai orang ni unique dan cool gitu. Terus terang muka aku tak macam orang jepun langsung. Memang ikut muka ayah aku. Jadi aku lebih selesa dengan masyarakat sekarang. Walaupun ada juga segelintir yang tak habis-habis dengan lawak kimochi dan ike-ike.
Kami keluarga jarang balik kampung ibu aku sebenarnya. Selain faktor kerja dan lain-lain. Yang faktor utama nenek aku ( mak ibu aku ) sampai sekarang masih tak setuju perkahwinan ayah dan ibu aku. Rasanya dalam 3 kali aku pergi Jepun. Sedara dekat sana ada yang okay ada juga tak okay. Lebih kurang je macam masyarakat Melayu sebenarnya. Hal mengumpat sana pun ada.
Tapi yang paling hebat mestilah ibu aku. Tabah, hebat penyabar dan lain-lain. Hujung tahun ni aku akan berhijrah ke Jepun untuk sementara. Harapnya, jumpa juga lah jodoh dari orang ( Manalah tahu) . Tapi harapnya masyarakat malaysia tak kira muda tua. Sudah sudah lah buat lawak lucah ni. Mereka ingat kelakar?
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit