Ibu Paksa Anak Buat Pinjaman

Saya mulakan kisah ini dengan memperkenalkan diri sebagai “saudagar emas” di syarikat emas terkenal di Malaysia.

Saya bersama team telah membimbing lebih 1500 pelanggan yang menabung emas, dan kami temukan pelbagai kisah kewangan di sebalik setiap penyimpan emas.

Rata-rata, mereka yang menabung emas ialah mereka yang memiliki kesedaran untuk memperbaiki kewangan mereka.

Salah satu kisah menarik yang saya ingin kongsikan, ialah kisah seorang penjawat awam, saya namakan sebagai Ain (bukan nama sebenar), bertugas sebagai pegawai perubatan.

Beliau merupakan “ayam tambatan” keluarga kerana dalam ramai-ramai adik beradik, beliau lah satu-satunya yang paling berjaya dari sudut kewangan.

Sejak di kampus, keluarga sentias memuji dan menyanjung beliau, dan menyatakan kepada semua orang, kehidupan keluarga mereka akan berubah setelah Ain berkerja.

Waktu yang ditunggu telah tiba, sebaik sahaja Ain mulakan tugas sebagai housemen di hospital, Ain bersungguh-sungguh menunaikan harapan keluarga.

Rumah ibunya yang daif (ayahnya telah berpisah/meninggal dunia) dibaiki, ibunya yang berkerja sebagai jurupam di sebuah steyen minyak dibelikan sebuah motosikal baru, dan duit belanja adik-adik ke sekolah serta barang dapur ditanggung oleh Ain.

Pada mulanya, ia merupakan situasi ideal untuk semua orang. Namun, “kemewahan” baru yang dirasai menyebabkan si ibu mula berubah.

Ada sahaja idea untuk menghabiskan duit, kerana menurutnya, Ain bergaji besar. Dipaksanya Ain belikan sebuah kereta baru untuk adik lelakinya yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Walhal sebelum ni elok je naik motosikal. Si ibu sendiri juga mahukan sebuah kereta untuk diri sendiri. Sedangkan Ain sendiri cuma berkereta buruk, ulang alik ke hospital untuk berkerja dengan jadual kerja yang amat membebankan.

Akhirnya, untuk duit poket sendiri pun Ain terpaksa berhutang dengan kawan-kawan.

Tekanan yang berat di tempat kerja yang sudah cukup hebat, ditambah dengan tekanan kewangan akibat sikap boros ibu serta adiknya yang bersifat parasit menyebabkan Ain mengalami depression.

Tidaklah salah membantu keluarga, tetapi wang hasil usaha anak bukan hak ibu, bukan hak adik beradik. Amatlah zalim memeras hasil titik peluh orang hanya kerana mereka darah daging kita.

Satu lagi tekanan muncul, apabila teman lelaki yang diharapkan untuk menjadi suami hilang pekerjaan.

Lalu si lelaki juga menjadi beban kepada Ain apabila segala persiapan untuk perkahwinan disediakan oleh Ain dan instalment kenderaan teman lelaki pula ditanggung oleh Ain.

Sudah jatuh, ditimpa tangga, itu yang saya boleh gambarkan untuk keadaan Ain ini.

Setelah satu demi satu tekanan muncul, Ain mula pandai untuk menyatakan “TIDAK”. Maka, berlakulah pertengkaran besar antara Ain dengan Ibunya.

Ain dianggap anak derhaka kerana tidak mahu dengar cakap. Keluarga mula menyisihkan Ain tetapi Ain tetap membelikan keperluan keluarga, memastikan keperluan persekolahan adik-adik cukup.

Kisah ini berlaku lebih 5 tahun lalu. Saya rekomen kepada Ain untuk keep distance dari orang yang toxic, walaupun keluarga sendiri. Jangan tinggal serumah, pindah keluar.

Untuk urusan perkahwinan, menikahlah, tak perlu modal yang mahal pun. Kalau tak mampu buat majlis besar, selesaikan sahaja urusan walimah bagi menghalalkan hubungan.

Suami adalah penanggung nafkah selagi mampu, maka suami wajib berusaha mencari pendapatan tak kisah lah kecil sekalipun. Asalkan ada usaha, maka usahalah pada kadar yang termampu.

Ramai warga Indonesia, Bangladesh, Rohingya mencari rezeki halal di negara ini, walaupun tidak mewah, tetapi negeri ini penuh dengan peluang. Carilah sahaja di sekeliling kita.

Sesi one on one dengan pelanggan yang berminat menyimpan emas memberikan saya dan para dealer emas peluang mendengar pelbagai kisah di sebalik kehidupan pelanggan.

Mungkin nasihat kewangan yang diberikan dapat mempermudahkan kehidupan mereka, ia satu kepuasan yang luar biasa bagi kami.

Moga kisah ini boleh menjadi iktibar buat anak-anak yang mengalami kes pemerasan semacam ini.

Ada lagi kisah ayah paksa anak buat car loan untuk dirinya, dan untuk isteri kedua.

Ada pula bapa yang paksa anak buat pinjaman peribadi ratusan ribu untuk si ayah berbusiness, kemudian bila ayah melingkup, anak menanggung beban hutang yang berat.

InsyaAllah, saya kongsikan kisah-kisah ini di lain masa.

– Saudagar Emas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *