Ibu Pandanglah Kakak

Assalamualaikum. Aku kakak, sudah berkeluarga. Alhamdulillah dikurniakan suami dan anak-anak yang baik. Tuhan itu baik, cuma mungkin aku yang kurang bersyukur.

Aku dahagakan kasih dari ibu ku sendiri, dari mula aku kenal emosi sampai sekarang ketika aku sendiri menjadi seorang ibu. Masih sama, aku harap ibu pandang aku, sayang aku.

Ibu aku bukanlah jahat, malah cukup sempurna kasih sayang buat adik2 ku kecuali aku.

Apa yang pernah aku ingat, aku dapat result spm yang cemerlang dan aku dapat offer sambung study kat uni, aku senaraikan beberapa barang keperluan asas yang aku perlukan, tapi ibu membebel kata membazir.

Muka ibu masam waktu temankan aku beli barang keperluanku. Segala urusan dokumen aku selesaikan sendiri. Sedangkan, waktu adik2 ku yang sambung pelajaran, ibu bekalkan semuanya, uruskan semuanya.

Waktu ibu positif covid, aku yang uruskan makan minum ibu walaupun aku tengah sarat mengandung.

Setiap pagi, tengahari dan malam aku hantarkan makanan ke rumah ibu waktu ibu kuarantin, tapi apa2 hal yang aku nak bagitau ibu, aku cuma whatsapp aku tak buat video call.

Sebab masa tu aku sedih, ibu degil tak nak kuarantin dekat pusat kuarantin, sedangkan aku takut apa2 jadi dekat ibu, aku pulak berisiko tinggi. Tapi ibu mengadu kat nenek aku takde call dia langsung. Salah lagi ke aku?

Masa birthday ibu pulak, sebelum ni aku memang kumpul duit awal2, aku belikan hadiah yang mahal buat ibu.

Tapi, ada tahun lepas kewangan aku kurang stabil, aku belikan hadiah biasa, riak ibu tak gembira, ibu request aku belikan barang lain. Aku angguk sahaja. Demi ibu

Setiap kali ibu adakan kenduri, aku orang pertama yang ibu cari minta belikan barang2, tolong ibu kemas rumah, tolong masak.

Aku penat, tapi aku diam dan aku buat, tapi ibu tak pernah ucap terima kasih. Tak pernah pandang aku, berbeza bila dengan adik2ku.

Bila adik2 aku tinggikan suara dengan ibu, ibu cuma senyum, ibu kata mereka bergurau. Tapi dengan aku, belum pun aku tinggikan suara, hanya riak muka yang berubah , ibu sudah terasa hati.

Maaf andai aku tak pandai bercerita, masih banyak kejadian yang buat aku jauh hati, tapi fikiran aku berkecamuk, aku menulis confession ni pun pukul 2 pagi.

Aku ke yang terlalu sensitif? Atau ibu memang tak pernah pandang dan hargai aku? Andai ibuku adalah ladang pahala buatku, bantu aku redha Ya Allah.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *