Ibu PJJ

Lama sudah berhasrat untuk menulis Di IIUM Confessions, namun kekangan masa menyebabkan ia asyik tertangguh. Aku dalam kapal terbang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Namaku Lina, berumur awal 30an mempunyai 2 orang anak yang sangat comel, bijak dan sangat tertib. Aku seorang pegawai kerajaan yang di mana kerja aku menuntut aku untuk sentiasa bergerak, suamiku guru, baik dan tidak banyak songeh.

Hubungan kami, so far so good. Jarak hubungan kami? 1200km melintasi darat, 1 Jam 30 minit menaiki kapal terbang.

Anak aku dijaga oleh suami dan ibu bapaku, memandangkan mereka tinggal bersama.Ayahku sudah pencen, jadi dia bertegas untuk menjaga anakku.Aku tinggal sendiri.Sedih bukan, sudah berkeluarga masih sendiri.

Bila menjadi ibu PJJ, masa aku bersama anak sangat sedikit. Aku akan balik, sebulan dua kali. Aku perasan, anak aku tidak rapat denganku seperti mana mereka rapat dengan atok, nenek dan ayah mereka..

Anak aku pernah menangis apabila ditinggalkan bersendirian dengan aku. Dia pernah menolak makanan yang disuapkan olehku. Mengelak untuk tidur bersamaku. Perasaan aku ketika itu? Manusia yang paling gagal dalam dunia.. Seorang ibu, di mana dia ditolak oleh anaknya sendiri.

Hingga kini anakku masih belum mampu menuturkan kata Ibu, sedangkn ayah, atok, nenek, sudah menjadi kicauannya. Sadis bukan.

Aku cuba untuk memohon perpindahan, tapi gagal, gagal dan gagal lagi. Pernah aku meminta untuk menjaga anak aku, namun dibantah keras oleh suami aku dan ibu bapa aku, dengan alasan aku sentiasa travelling dan tidak percaya dengan pengasuh luar.

Sentiasa aku meluahkan kerisauan aku kepada suami dan ibuku. Namun ibuku berkata, “jangan risau, kau ibu yang baik cuma masa tidak menyebelahimu, namun percayalah anak anakmu tahu kau sayangkan mereka lebih dari nyawamu sendiri, mereka akan mengerti suatu hari nanti”.

Pernah juga aku meyuarakan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga namun keluarga aku membantah keras. Ibu aku menasihati agar  sabar dan berdoa. Dia yakin aku akan dapat berpindah pada masa yang terdekat.

Dalam sujudku aku berdoa agar anak anakku akan sentiasa ingat dan sayang  padaku. Alhamdulilah doa itu beransur ansur menjadi kenyataan.

Anakku kini sentiasa mahu bersama ku. Setiap pelukan anakku di pintu ketibaan kapal terbang menjadi lebih erat dan mereka sudah mengerti bahawa aku ini ibu PJJ mereka.

Terima kasih…

– Kak Lina Pom Pom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit