Ibu Sering Berdoa Buruk Untuk Anaknya

Assalamualaikum, saya nak luahkan sesuatu yang telah lama terpendam, iaitu tentang ibu kandungku sendiri.

Sedikit aku ceritakan tentang kisah silam, ibu melahirkan aku dalam keadaan yang amat sukar. Ibu dan ayah bercerai kerana ayah sering membantai ibu dengan teruk.

Aku anak ke-5 dari 6 orang adik beradik. Ibu membesarkan aku dengan penuh kepayahan, terpaksa merantau jauh demi memberikan yang terbaik untuk anak2.

Aku pula membesar tanpa didikan yang sempurna selayaknya seorang anak. Namun aku sentiasa memahami kesukaran yang ibu tanggung.

Aku cuba untuk mengukuhkan jati diriku sendiri, untuk tidak menjadikan broken home & broken family sebagai alasan untuk aku terjerumus ke lembah negatif. Aku belajar rajin2 dan aku sentiasa membanggakan ibuku.

Namun, ketika ibuku marah, seringkali dia melukai hatiku dengan kata2 yang amat dahsyat. Dia gelar aku bodoh, babi, sial, pelacur, dan macam2 lagi.

Walaupun begitu aku tetap berjaya mendidik diri sendiri untuk tidak sesekali mencarut dengan perkataan sebegitu.

Tapi terkadang aku tewas dengan amarah, aku juga seorang anak yang ada perasaan. Berpunca dari sikap ibuku sendiri, membuatkan aku sering melawan kata-katanya.

Namun tidak sesekali aku menggunakan perkataan kesat seperti yang seringkali keluar dari mulut ibu.

Waktu aku masih bujang, dia pernah mendoakan aku agar diceraikan talak 3. Masih segar dalam ingatan aku, 3 kali dia pernah sebut doa itu. Macam2 lagi yang aku malas nak ceritakan.

Hari ini, macam biasa ada hal remeh temeh berlaku yang membuatkan dia emosi hingga menggelarkan aku tiada otak. Aku kalah melawan amarah, betul memang aku melawan untuk menjelaskan hal remeh temeh tersebut.

Terus dia kata “patutnya aku doakan kau lahir bisu biar tak reti melawan” sambungnya lagi “nasib baik anak kau ni lahir tak bisu” terus dia mendoakan lagi “aku doakan nanti kau lahirkan anak bisu”

Ya Allah, sumpah kali ini aku kalah. Aku tak mampu nak pandang wajahnya lagi bila mana dia sanggup mendokan aku agar melahirkan anak bisu.

Besar sangat ke salah aku sampai tergamak dia sebagai seorang ibu mengeluarkan kata-kata itu?

Benar dia melahirkan aku, benar dia membesarkan aku dengan penuh susah payah, benar aku sebagai anak ada melakukan hal2 remeh temeh,

Tapi adakah itu lesen besar untuk dia mendoakan hal2 buruk terhadap aku?

Seumur aku hidup walau tanpa didikan yang sempurna, rasanya tak pernah lagi aku memalukan ibuku, bahkan aku membanggakan dia di sekolahku.

Apa dosaku sebagai anak ini memang layak untuk didoakan sebegitu rupa oleh ibuku sendiri??

Tujuan aku meluahkan ini semoga kalian bisa memberi sedikit komen dan nasihat apa yang harus aku lakukan.

Kalini aku betul2 terluka bila dia doakan agar aku lahirkan anak bisu. Adakah selepas ini aku akan menjadi anak derhaka kerana bertengkar dengan ibuku sendiri…

– Sesuci (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *