Ibu Si Tanggang

Ibu Si Tanggang

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi share confession aku ni. Aku nak cerita pasal nenek saudara aku. Sebelum aku mulakan aku nak semua kenal dulu watak2 yg aku nak ceritakan ni.

Nenek saudara – Nek long
Arwah suami nenek saudara – Tok Long Ijai
Anak sulung nek long – Long Aki
Anak kedua nek long – Uncle Miji
Adik nek long – Toksu Siah
Arwah suami toksu siah – Wan Said

Aku ni tak la pandai sangat nak bercerita. Tapi aku cuba. Apa yg aku cerita ni banyak aku dapat dari Toksu Siah. Sbb dia tinggal sekampung dengan nek long, semua benda dia tau. Nek long ni kira pangkat kakak kepada nenek aku. Tp, nenek aku dah lama meninggal, bila balik kampung kami cuma menumpang kasih nenek dari nek long dan Toksu Siah. Nek long bukanlah anak sulung. Dia dapat gelaran Long sebab dia sentiasa nak jadi ketua dalam apa2. Sejak dari kecil lagi. Kalau tak silap aku Nek Long ni yg ketiga kot. Sbb atas Nek Long ada Long Datoh dengan Ngah Yong. Nek Long dan Toksu Siah masing2 mempunyai 2 orang anak. Bezanya cuma anak Toksu Siah perempuan dan anak Nek Long lelaki. Masing2 jugak dah kehilangan suami dan masing2 tinggal seorang diri di rumah masing2. Walaupun begitu, terdapat beribu2 perbezaan Nek Long dan Toksu Siah.

Nek Long ni sangat2 kedekut. Kedekut tahap apa pun aku tak tahu nak cakap. Masa zaman muda2 Nek Long banyak tanah dan mmg banyak duit (dari mana dia kumpul aku kurang pasti) bayangkan gelang yg besar dan berat tu ada dalam berpuluh pasang Nek Long ada. Duit cash RM100 yg dah bau anai2 tu ada Rm15k. Duit dia dalam Tabung Haji boleh pergi balik Haji 7x. Dalam bank pun ada lagi simpanan dia dalam RM30k. Kenapa aku cakap Nek Long kedekut? Dari kami anak cucu cicit ni kecil, Nek Long tak pernah bagi duit raya. Rumah Nek Long pulak tunggu masa je nak roboh. Itu pun dia tetap tak mahu guna duit dia untuk baiki rumah. Kalau berat badan ternaik 1kg pun aku rasa rumah tu dah boleh roboh. Rumah Nek Long ni rumah kampung lama. Tangga, beranda, ruang tamu, bilik 1, dapur bertingkat dan beranda dapur. Perabot dalam rumah Nek Long, kusyen rotan zaman dulu2 tu. Masih kukuh sbb tak pernah siapa2 pun duduk. Kabinet bekas rak rokok (dulu Long Aki kerja kedai rokok), peti ais yg baru Nek Long beli dari Toksu Siah kira2 2 tahun lepas (tapi dah habis gas), radio zaman Jepun dan mesin jahit. Bilik Nek Long yang satu2nya tu tak pernah siapa2 masuk dan dia takkan pernah izinkan. Sentiasa berkunci. Tapi, masa zaman budak2 dulu, zaman rumah Nek Long masih kukuh, aku dgn cucu2 Nek Long selalu mengintai bilik tu. Nampak je kat dia lintang pukang kami lari. Dari cerita arwah nenek. Segala barang kemas dia semua dalam bilik tu.

Aku kesian sangat dengan Nek Long ni. Ibu cerita Nek Long taknak baiki rumah dia sebab dia mengharap duit anak2 dia. Rumah Toksu Siah 100% anak2 dia yg bayar duit baiki. Anak Nek Long bukanlah muda lagi. Masing2 sudah ada cucu. Tapi entah kenapa tiada rasa tanggungjawab terhadap ibu sendiri. Nek Long ni tak pernah ada telefon seumur hidup dia. Bukannya tak mampu. Tapi, seorang ibu mengharap anak2 yang menguruskan untuknya. Berbeza dgn Toksu Siah. Siap pakai handphone dah sekarang. Tapi reti call dan jawab call je. Anak Nek Long bukanlah tidak berjaya. Long Aki pernah memiliki restoran. Restoran yg agak terkenal di kawasan tersebut suatu masa dahulu. Uncle Miji pulak Polis. Tapi sekarang dah pencen la.

Nek Long ni mulut boleh tahan laser jugak. Anak menantu semua tak suka. Bukan Long Aki dan Uncle Miji tak pernah bawak dia datang rumah mereka. Tapi, belum 24 jam pun sudah tak mampu bertahan dgn sikap dia. (Sumber dari isteri Uncle Miji) Nek Long ni pilih kasih sikit, sbb aku ckp mcm tu dia tak suka wife Long Aki sbb wife Long Aki tak cantik. Tapi, dgn wife Uncle Miji, wife Uncle Miji pulak tak suka dia. Bila datang je rumah, dia akan complaint dari A sampai Z. Segala masakan wife Uncle Miji bukan selera dia. Tapi, sanggup taknak masak sendiri sebab bersangka buruk kalau2 Aunty Na tu marah dia masak. Allahu. Aunty Na ni bagi aku sebaik2 manusia. Dia mengadu dengan ibu pun sbb dah tak tahan sangat dgn Nek Long asyik cari salah dia. Sampai dia cakap kat Aunty Na yg Uncle Miji tu anak dia. Dia takkan balik sbb rumah tu rumah Uncle Miji. Kalau tak suka dia Aunty Na yg keluar. Nek Long pernah suruh Uncle Miji ceraikan Aunty Na. Yg ni Uncle Miji sendiri cerita. Berbeza pulak kalau Nek Long pergi rumah Long Aki. Dia jeling je wife Long Aki. Memberontak. Ambil itu, ambil ini. Sampai stress wife Long Aki. Baru ni yg aku tahu, wife Long Aki ni dah tak peduli bila Nek Long datang rumah. Kalau sebelum ni dia sediakan segalanya untuk Nek Long, tapi sekarang Nek Long cakap nak nampak muka dia pun susah. Duduk dalam bilik je. Ibu nasihatkan Aunty Na untuk pujuk Uncle Miji dan Long Aki sediakan duit utk baiki rumah Nek long. Jadi tak perlu lagi Nek Long datang rumah diorang bila dia dah selesa.

12 tahun lepas Long Aki pernah terlibat dgn meminjam dari ‘along’.Anak2 Long Aki baru nak masuk sekolah. Baru nak masuk universiti. Mungkin kerana belanja yg mahal dan restoran sudah tidak begitu laris yg menyebabkan Long Aki membuat keputusan begitu. Sebelum aku terlupa, anak Long Aki 4 orang dan keempat-empatnya lelaki. Long Aki sangat2 susah masa tu. Dia minta bantuan Nek Long, langsung tak hiraukan. Merayu2 Long Aki. Sikit pun Nek Long tak peduli. Masa tu lah Long Aki minta bantuan ibu. Sbb ibu mmg sepupu paling rapat dgn Long Aki. Ibu tolong Long Aki. Dia janji akan bayar. 12 tahun berlalu, sekupang pun dia tak bayar. Ibu cakap ibu bukan lupa. Tp ibu kesian dgn hidup keluarga dia. Belum terurus asyik berpindah randah. Mungkin padah berhutang dgn ‘along’.

Uncle Miji dah tak balik kampung. Dah 2 tahun Uncle Miji tak balik kampung. Toksu Siah yg jadi mangsa untuk Nek Long hubungi Uncle Miji. Nek Long datang jalan kaki ke rumah Toksu Siah. Jauh jugak. Dalam 1km. Bayangkan org tua. Guna kayu sebagai tongkat. Bawak beg. Jalan atas jalan pasir. Semata2 nak suruh Toksu Siah call Uncle Miji. Tapi langsung tak berjawab. Tidurlah Nek Long 2, 3 malam dirumah Toksu Siah. Lepas je Nek Long balik Uncle Miji call semula Toksu Siah. Dia cakap bukan dia taknak balik. Tapi dia takut. Sebab dia ada jumpa orang, orang tu cakap Nek Long membela. Dia nak turunkan saka dia kat Uncle Miji. Org tu tak bg Uncle Miji balik sbb takut Uncle Miji terima. Toksu Siah cuma mengiakan segala cerita Uncle Miji. Uncle Miji cakap dia benci Nek Long. Sbb Nek Long tak pernah baik dengan Tok Long Ijai. Dari dia kecik dia tahan dengan Nek Long. Tok Long Ijai tu walaupun suami, tapi tak pernah Nek Long hormat. Minta duit dari Tok Long Ijai. Tok Long Ijai nak beli motor pun tak bagi. Kesana sini hantar Uncle Miji cuma naik basikal tua. Sebab tu Uncle Miji benci Nek Long. Toksu Siah memang pendengar setia.

Mmg Toksu Siah tahu perangai Nek Long sangat kedekut. Masa arwah Wan Said ada pun Nek Long menggunakan Wan Said. Wan Said mmg sayangkan Long Aki dan Uncle Miji sbb Wan Said takda anak lelaki. Makin lama Wan Said dipergunakan. Hinggakan barang2 dapur Nek Long pun Wan Said yg belanja. Masa Wan Said ada, Nek Long takut datang rumah Toksu Siah mungkin kerana rasa bersalah terhadap Wan Said. Sampaikan Toksu Siah cerita yg dia pernah bg duit kat Wan Said ckp Nek Long bayar duit zaman dulu2. Barulah Wan Said boleh terima bila Nek Long datang rumah. Rindu pulak aku rasa dgn arwah Wan Said. Wan Said mmg atuk yg sgt penyayang. Walaupun aku dan sepupuku hanyalah cucu saudara. Tp bila balik kampung musim raya bermacam jenis bunga api dan mercun Wan Said belikan.

Penipuan Long Aki dan Uncle Miji terbongkar. Allahu. Buruk mana pun Nek Long dia tetap ibu. Long Aki bukak akaun bank 2 nama dgn Nek Long. Sebelum kes Uncle Miji tak mahu balik kampung tu, Nek Long kerap jugak pergi rumah Uncle Miji. Nek Long cerita kat ibu satu hari tu beg dia mcm kena geledah. Nek Long cari kad bank dia tak jumpa (no pin kad tu Uncle Miji tahu). Nek Long tanya Uncle Miji, dia jawab tak tahu. Satu hari Uncle Miji bawak Nek Long naik kereta pergi ke mana tah. Dia bukak la sunshade. Tiba2 ada satu kad bank jatuh. Mengamuk Nek Long. Uncle Miji terus serah kad tu pada Nek Long. Ingatkan cerita tu habis kat situ la.

Satu hari Nek Long minta tolong makngah aku cek baki akaun dia. Nak cek brim kot kalau tak silap aku. Nek Long suruh minta nombor pin pada Uncle Miji. Bila makngah tanya, Uncle Miji tak bagitahu. Sampai la Uncle Miji sanggup balik kampung jumpa makngah. Uncle Miji buat pengakuan kad yg ada pada Nek Long tu dah ditukar. Dia pinjam duit Nek Long. 20k dlm acc tu betul2 tinggal duit brim je. Yg Uncle Miji sanggup balik tu sbb nak bagi duit brim tu la suruh makngah bagi Nek Long. Makngah terpaksa terus terang dengan Nek Long. Terdiam Nek Long.

Tapi Nek Long ni akal panjang jugak. Dia ajak Long Aki keluarkan semua duit dia dalam tabung haji sbb ada link dgn acc yg Uncle Miji ambil dan buka akaun bank lain. Long Aki ni konon2 baik la masa tu. Aku tak ingat bank apa. Tapi Long Aki bukak acc dua nama dan dua2 pemilik ada kad. Dlm 10k kot kalau tak silap aku duit tu. Ditakdirkan hasil pujukan Toksu Siah, Nek Long setuju nak baiki rumah dengan wang sendiri. Nek Long minta Long Aki keluarkan duit dalam akaun yg disimpan bersama tu. Malangnya, Long Aki bagi bermacam alasan bila Nek Long minta dia balik hantar duit.

Anak makngah, Kak Ton dah mula kesiankan Nek Long. Ye, kisah Nek Long dan anak2 dia hampir seluruh ahli keluarga tahu. Tapi, anak dan cucunya sikit pun tiada rasa malu. Kak Ton tawarkan diri ajak Nek Long buat lain kad bank yg Uncle Miji ambil. Tapi diluar pengetahuan anak2 Nek Long. Update je buku betul2 takda duit dalam tu. Tinggal berapa belas je. Kakak kaunter tu ckp tak boleh nak buat lain sbb Nek Long tak tahu masuk pin. Jadi, Kak Ton suruh pegawai tu cancel je kad lama. Sekurang2nya brim Nek Long dia dah tak ambil. Walaupun nilai brim tu sikit. Tapi, bagi org macam Nek Long nilai tu terlalu besar. Tak tahu lah mcm mana nt bila Uncle Miji nak guna kad tu dah tak boleh. Pergi la pulak bank yg lagi satu sbb Nek Long nak keluarkan duit utk baiki rumah. Time ni la Kak Ton ckp meleleh air mata dia. Pegawai tu ckp tinggal berapa ringgit je. Dua2 anak Nek Long mmg tak guna. Harap je lelaki. Dah ada cucu, anak, bini. Dah tua. Tapi, hanya Allah yg tahu. Pegawai tu ckp duit tu dikeluarkan sedikit2. Rm100, rm50 n yg last rm30. Nek Long tanya pada Long Aki. Dia ckp dia kena saman. Kalau tak bayar masuk penjara. Tapi, kalau ikut transaksi, bukanlah Long Aki keluarkan sekaligus. Penipu!

Long Aki dan Uncle Miji masing2 berjanji nak start bayar dari Disember 2016. Tapi, hingga hari ini sekupang pun Nek Long belum terima. Nek Long pergi rumah Long Aki. Minta teksi bawak. Toksu Siah teman. Sampai rumah pintu tak dibuka. Nek Long tahu Long Aki simpan kunci pagar di mana. Bila sampai depan pintu, barulah pintu dibuka. Janji dan bahasa org berhutang kat mana pun sama je. Nanti bayar. Nanti bayar. Nanti bayar. Nek Long tak dipelawa bermalam pun. Oleh sbb makngah tahu perkara ni. Makngah bg la Nek Long menumpang rumah arwah mertua makngah. Itu pun sempat Nek Long ni mengata makngah tak hormat tetamu sbb tak datang melawat dia dgn Toksu Siah. Padahal Toksu Siah dah bgtau yg makngah kena jaga anak dia yang baru lepas operation kat hospital. Aduhhh la Nek Long. Aku harap kalau anak Long Aki n Uncle Miji baca, tolonglah ingatkan ayah korang. Ingat Long Aki, anak Long Aki semua lelaki. Jangan nanti menyesal anak lelaki layan Long Aki dan isteri mcm ni. Ingat Uncle Miji, Nek Long mmg sangat sayangkan Uncle Miji. Tunggu Uncle Miji balik raya, masakkan ayam masak merah, nasi impit. Last2 jadi rezeki ayam. Basi mcm tu je. Dan aku harap korang doakan mulut Nek Long dijaga rapi supaya disayangi anak, menantu, cucu dan cicit.

– Cucu saudara Nek Long

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap