Ibu “Surrogate”

Sebelum ni aku terjumpa dan terbaca pasal surrogate mother ni. Tapi aku tak ada lah berapa tahu sangat pasal benda ni. Tapi baru-baru ni umi aku kasi tahu yang aku lahir gunakan cara ni. Lepas aku dapat tahu pasal benda ni baru lah aku gelojoh cuba cari tahu. Surrogate mother ni ialah ibu yang membantu pasangan untuk mengandungkan anak pasangan yang tak mampu melahirkan anak. itu untuk fahaman aku sahaja, kalau nak lebih clear korang boleh cuba cari sendiri.

Umo aku sebenarnya ada masalah dengan internal dia, boleh mengandung tapi risiko tinggi waktu bersalin. Jadi diorang cancel, awalnya nak ambik anak angkat tapi tak jadi. Dan akhirnya diorang guna cara ini. Proses ni banyak makan cost sebenarnya tapi Umi aku memang tak kasi tahu berapa, tapi bila kaji lebih kurang 50Ribu us dollar juga minimum.

Umi aku tak cerita proses dia macam mana. Tapi dia terangkan dekat aku yang diorang ambik masa setahun nak decide dan nak cari “ibu” untuk aku. Umi dengan ayah aku waktu tu dekat Kazakhstan berkerja dekat sana. Jadi diorang selesaikan hal tu dekat sana, nenek aku atuk aku semua tak tahu langsung pasal benda ni. Ayah aku cuma cakap Umi aku mengandung. Diorang buat benda ni secara diam sebab kalau nenek aku ke atuk atau saudara mara yang lain tahu memang diorang halang.

Tapi benda ni diorang decide berdua. Aku tanya Umi, kenapa sekarang Umi baru kasi tahu aku. Rupanya selama ni ayah aku halang. Ayah aku tak kasi aku tahu benda ni. Jadi diorang berdua berdiam. Yang tahu cuma umi,ayah dan ibu surrogate aku. Tapi lepas ayah aku meninggal awal tahun 2018, umi aku cakap dia rasa satu beban yang amat kuat. Jadi lepas bertahun-tahun tahan akhirnya dia pun ceritakan. Awal-awal umi tenang je cerita tapi makin lama tu makin kuat menangis.

Umi aku ceritakan yang Ibu surrogate aku ni, dia nurse. Waktu dalam proses buat surat dan interview cari “ibu” untuk aku. Ibu surrogate aku ni yang datang dan volunteer. Tapi dia bagi syarat, lepas bersalin dia nak jaga aku selama 3 tahun baru dia boleh serahkan dekat Umi dan Ayah aku. Mula-mula memang reject sebab syarat tu agak mengarut. Jadi diorang skip, dan cari calon lain. Banyak list dia sebenarnya tapi bila cari punya cari. Doctor punya cadangan yang nurse tadi. Dia ada knowledge dan rekod kesihatan dia memang elok sangat. Jadi diorang ni bincang akhirnya setuju, part ni umi aku tak explain. Dia cuma cakap “2 minggu bincang baru setuju” lagipun umi aku cakap dia punya contract kerja dekat Kazakhstan tu ada lagi 5 tahun. Dan ada lagi satu benda penting yang membuatkan umi dan ayah aku setuju. Tapi umi aku diamkan je.

Surat menyurat ni memang banyak, macam-macam proses ada. Lepas bersalin, 3 tahun tu aku membesar dengan ibu surrogate aku. Oh btw, nama aku ni pun gabungan dari pilihan umi aku dan ibu surrogate aku. Lepas 3 tahun dan tamat contract kerja akhirnya ayah umi aku balik Malaysia. Aku balik Malaysia waktu dah umur 4 tahun, baru jumpa saudara mara atuk nenek dan lain-lain. Lepas dah sebulan ni, konflik muncul umi aku cakap yang ibu surrogate aku ni email dia. Dia cakap rindu aku. Tapi umi cakap ayah aku suruh ignore je.

Tapi di sebabkan umi aku ni tak sampai hati dia pun balas email ceritakan hal aku. Benda ni ayah aku tak tahu. Umi aku cakap kalau ayah aku tahu memang dia akan marah. Jadi setiap minggu tu berbalas email lah mereka berdua ni. Sampai lah umur aku 8 tahun. Ibu surrogate aku ni cakap nak datang Malaysia nak tengok aku. Umi aku ni terkejut dan terus stop cakap yang Ayah aku tak benarkan. Tapi umi aku ni dia benarkan, dia pun cerita dekat Ayah aku. Ayah aku marah tapi lepas umi pujuk dia pun okay.

Jadi ibu surrogate aku pun datang. Yang aku ingat waktu tu umi aku esok ada orang nak jumpa. Jadi balik sekolah petang tu aku balik tengok ada umi dengan orang yang aku tak kenal datang peluk nangis-nangis. Punyalah terkejut, sampai aku menangis sekali haha. Aku pun rasa pelik, rasa macam sebab lama tak jumpa. Tapi aku waktu tu tak tahu.

Jadi lepastu setiap tahun, ibu surrogate aku ni. Atau nama dia Vera datang Malaysia. Aku pun suka, vera ni friendly dan lawa dia punya rupa ni tipikal wanita Russia lagipun setiap kali dia datang sini macam-macam benda dia bawa dan bercerita. Ada sekali vera dengan umi aku datang sekolah ambik report card. Rasa bangga betul show off orang Kazakhstan dekat sekolah kahkah. Tapi selama tu umi aku cuma cakap yang Vera ni kawan baik dia masa dekat Kazakhstan. Jadi aku pun iyakan je lah dan tak cuba cari tahu lagi.

Ayah aku ni sebenarnya tak berapa suka Vera, aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku tak endah pun. Vera ni datang dari jauh, kos ticket flight lagi dengan stay dekat Hotel lagi. Banyak kot, lagipun dia stay tak lama. Paling 2 minggu. Biasa dalam seminggu je dah balik. Aku convo tahun lepas pun Vera datang walaupun setakat 3 hari. Tapi bila aku cakap sorry dia cuma cakap, “its fine you’re my son too” lepas beberapa bulan vera cakap ayat tu aku pun tahu yang aku ni anak dia, haha.

Terus terang bila umi aku ceritakan benda ni, aku mula-mula aku confuse tapi lepastu aku happy tapi confuse balik. Lepas dah sehari dua, aku pun video call dengan Vera tanya dia, vera ni dia memang sampai sekarang tak kahwin dan memang tak ada family sebab membesar dari rumah anak yatim. Jadi Vera pun explain cerita dari bahagian dia, awal-awal tu dia cuma nak pengalaman ada keluarga dan ada anak-anak. Dia siap kasi tahu aku yang dia ni tak suka budak budak. Dia cakap budak-budak ni annoying. Tapi bila dah mengandung dan bersalin serta tengok aku membesar ni. Dia jadi suka budak, dia suka kalau budak datang dekat dia. Sebelum ni dia akan rasa macam sakit hati kalau ada budak datang dekat.

Jadi lepas hampir 3 jam video Vera ibu aku ni pun ajak aku datang Kazakhstan dia cakap ada benda nak tunjuk. Hujung februari ni baru aku ke sana. Terus terang cakap aku Happy sebenarnya walaupun dalam hati agak konfius lagi. Tapi benda yang aku sedih sebenarnya aku tak tahu cerita dari bahagian Arwah Ayah aku. Umi aku pun dia cakap nak explain dekat nenek dan atuk aku. Aku harap diorang okay dan boleh terima. Aku cuma harap keluarga dekat luar sana kalau boleh ceritakan benda ni dekat anak-anak. Aku ni sebab agak rapat dengan ibu surrogate aku jadi aku boleh terima.

– Damir

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *