Ibu Surrogate II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ibu-surrogate/).

Assalamualaikum semua, ramai yang tertanya agama aku. Aku beragama Islam. Sebenarnya lepas tahu cerita sebenar dari umi, aku memang terkejut. Pertama sekali benda ni memang haram. Aku memang tanya dengan umi, umi dengan ayah tahu tak benda tu haram dalam ugama islam. Umi aku jawab tahu, dia juga terangkan selama setahun tu dia pergi jumpa beberapa doktor untuk tanya risiko umi aku kalau mengandung dan ada penyelesaian dia tak.

Bila tanya, doktor jawab risiko dia tinggi sangat. Diorang pun ada jumpa beberapa pakar hukum hakam islam. Dan umi dan ayah aku tahu yang haram, dan kalau dari segi islam pun ada banyak konflik. Kalau ikutkan pun aku ni di kategori ” illegitimate child ” jadi diorang awalnya memang dah tolak untuk guna surrogacy ni. Jadi lepas setahun lebih, lepas berbincang diorang setuju untuk cuba cara ni. Waktu ni aku sebenarnya rasa macam marah, nyaris terlepas cakap “kenapa tak guna cara lain?” Tapi bila fikir balik, kalau tak guna cara ni. Aku pun takkan lahir kat dunia ni.

Jadi dekat situ aku sebenarnya rasa agak konfius, umi aku sendiri mengaku ni silap dia. Waktu tu muda dan terlalu naif. Aku pun tengok umi menangis dan sambil mengigil nak bercakap takkan lah nak marah. Cuma sampai sekarang ni banyak sangat tanda tanya. Tapi sayang, yang cuma boleh jawab soalan tu arwah ayah aku. Arwah ayah dia buat banyak persiapan dari segi surat menyurat dan proses. Ayah aku juga waktu balik dari Malaysia tu baru dia sedar kesilapan besar dia. Secara kasar memang orang nampak oh aku ni anak ayah dan umi. Tapi bila ikut hukum hakam islam benda ni haram dan ada konflik dia.

Jadi ayah aku selesaikan benda ni sendiri, yang ni umi aku tak cerita details sebab dia tak berapa tahu. Cuma ayah cakap biar dia selesaikan. Tapi bila aku tengok surat yang banyak tu jadi aku tahu ayah aku memang tahu dia buat kesalahan paling besar. Benda ni dah terjadi, takkan aku salahkan ayah dengan umi diorang jaga aku. Selama berpuluh tahun simpan rahasia penat sebenarnya. Takkan nak salahkan Vera? Kalau tak ada Vera aku pun tak ada dekat sini. Vera ni bukan setakat ibu surrogate aku, dia ibu susuan aku juga. Jadi aku kalau boleh taknak salahkan siapa-siapa. Nak taknak benda ni dah terjadi, sekarang ni pun aku agak konfius sebab itu aku tulis dekat ruangan confession ni.

Macam aku tulis dekat confession yang pertama, umi aku dah ceritakan, vera ibu surrogate aku pun dah ceritakan. Tapi yang sayangnya aku tak tahu cerita dari Ayah aku. Kiranya, banyak rahasia yang aku tak tahu. Vera pun dia ada lagi beberapa rahasia, tapi dia cakap buat masa sekarang dia belum sedia nak bagi tahu aku. Jadi nak taknak aku terpaksa lah tunggu dan terima benda ni. Kalau tak berlakunya konflik macam ni. Aku pun tak lahir. Jadi aku harap lepas ni boleh dapat tahu lagi mendalam hal aku ni. Mula-mula aku ingat benda ni setakat ayah dengan umi aku nak dapat anak. Tapi vera cakap ada lebih lagi. Bila aku tanya umi dia diam je.

Aku pun dalam masa terdekat ni akan jumpa orang yang lagi pakar dalam hal ni, aku nak tahu situasi aku yang sebenar dalam sisi hukum hakam islam dan nak tahu lebih lanjut tentang vera. Iyalah vera ni ibu susuan aku tapi yang macam mana? Dari cerita umi vera ni memang dari aku lahir dan 2 tahun jadi ibu susuan aku. Dan aku pula dalam sisi agama macam mana? Aku konfius benda ni. Kalau baca dalam internet macam-macam rujukkan ada. Tapi kalau boleh aku nak dengar secara lisan dan benda ni macam mana dalam Malaysia. Harapnya aku dapat terima lah jawapan tersebut kelak. Doakan lah.

– Damir

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *