Ibu Tahu Kamu Kuat Macam Ibu

2008 tahun yang sangat mengujikan. Bila mana seorang anak yang sangat manja dengan ibu dan ayahnya, tiba2 Allah ambil semula apa yang dipinjam. Ibu, syurga ku, menghadap Ilahi kerana penyakit kanser yang ditanggungi 5tahun lamanya. Aku lah anak yang menjadi saksi segala sakit perit, airmata, dan kepayahan seorang ibu dalam mengharungi detik2 kesakitan itu — hospital bagai rumah kedua, ambulans bagai kereta F1 kami. Ayah? Bagai ada tapi tiada. Seperti tidak redha, seperti patah sayapnya. Mungkin kosong dibenak ayah untuk menghadap insan yang disayanginya secara tiba2 tidak dapat melayan makan minumnya, pakainya, bagaikan dalam hidup ayah sudah hilang segala2nya, tiada lagi ketawa ibu, tiada lagi bebelan ibu — ibu seorang yang “happy go lucky” dan apa saja masalah ibu lah “solution”nya.

Keadaan 5 tahun itu seperti putaran 360 darjah, syukur aku tidak mengalami tekanan dengan perubahan itu. Kerana aku cuba jadi sang pengkuat ibu. Tiap kali aku duduk di sebelah katil ibu, bersama ibu yang sedang terlantar, tangannya dengan perlahan akan cuba menggenggam tanganku. Pernah, ibu ingatkan aku, “jaga ayah ya” dan seringkali juga “jangan pernah tinggalkan ayah walau apa pun jadi” dan untuk kali yang terakhir ucapannya, “ibu tahu kamu kuat, macam ibu…” — itulah kata2 permaisuri hatiku.

Detik yang berlaku itu pantas, ketika aku sedang belajar di kolej. Kesan pemergian ibu, result aku merundum pada sem itu. Aku tiada daya, lemah dikakiku. Ibu yang telah tiada, ayah yang seperti menghilang. Ketika itu juga, D menemaniku siang malam untuk cuba beri kekuatan, yang pasti tidak sama jika ada ibu. D yang setiap hari pasti ada walaupun dia sibuk dengan assignment, pasti tidak lupa untuk ingatkan aku untuk sabar, jangan lupa makan, hadiahkan alfatihah untuk ibu, jangan terlalu bersedih dan macam2 lagi kata semangat. D tidak putus asa untuk diri ku. Bulan berganti bulan, semester baru, aku kembali kuat. Terima kasih Allah dan terima kasih D. Kebaikan D dan “kasih sayang” dia buat kami makin sayang dan D berjanji akan melamarku untuk jadi permaisurinya seusai dia menghabiskan Master. “Tunggu saya tau…” itulah kata2 D. Kata2 yang selalu disebut2 dalam perbualan kami.

Tapi aku sangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya akan ada hujan di tengahari. Ketika beberapa bulan aku akan menghadapi “final exam, final sem, final year”, D hilang. Aku cuba hubungi dengan bermacam cara, call tidak dijawab, mesej tidak dibalas, kawannya jawab entah sahaja, di Facebook dan macam2 lagi. Aku beranggapan dia terlalu sibuk dan aku mengambil keputusan untuk menunggu kerana aku yakin dengan janjinya. Aku tau dia ada. Aku meneruskan kehidupanku seperti biasa, belajar seperti biasa, masih menghantar mesej kepada D seperti biasa. Setahun berlalu, aku masih menunggu D, habis sahaja konvo, aku dapat berita rupanya D sudah berkahwin dengan orang lain. Kawan-kawan ramai yang menyangka aku sudah tahu dan D mereka2 cerita bahawa aku yang curang dibelakangnya. Tiada angin, tiada ribut, aku yang menjadi mangsa. Kesetiaan aku diragut. Manusia boleh berubah begitu sahaja. Penantian aku selama setahun dengan “kehilangan D” seperti sia2. Entah kenapa aku begitu kuat, setitis airmata pun tiada. Mungkin kerana kata2 ini, “Ibu tahu kamu kuat…mcm ibu…”

Aku teruskan hidup, aku sambung belajar lagi, ijazah sarjana muda yang kedua, 3 tahun tempohnya. 3 tahun ini juga hidup ku dicorak2kan, diwarna2kan, walaupun hitam, pasti ada putihnya. Kawan2, ramai yang dah berkahwin, sudah punya anak, aku? Masih menunggu siapa Adam ku. Aku sibukkan diri dengan belajar, kerja part time, aktif dengan kelab dan sukan. Aku tidaklah terkejar2 untuk berkahwin, tidaklah terkinja2 untuk aku ada pengganti. Dan ibu masih dalam ingatanku, masih diingat2 pesanannya, dan masih dirindukan senyum dan ketawanya.

Ketika tahun terakhir, aku berkenalan dengan A, hubungan yang hanya sekadar kawan berlarutan selama 2 tahun. Aku tahu A cuba mencuri hatiku, mencambahkan benih2 cinta dan untuk tiap kalinya itu berlaku, aku cuba pelbagai cara untuk menafikan dan cuba untuk tidak memahami apa itu cinta. Entah kenapa pada hari itu, aku seperti tidak dapat melawan lagi rasa ini, kerana aku terjatuh cinta dengan kasih sayang ibu nya. Dengan kesungguhannya untuk tiap kali berjumpa, pasti ingin diketemukan aku dengan orang tua nya. Walaupun ketika itu hanya sebagai sahabat biasa. Aku jadi sayang dengan ibu dan kakaknya, layanan mereka yang baik, sudah lama aku rindukan kasih sayang seperti ini. Dan dengan izinNya juga, lama2 rasa cinta ini aku biarkan bertautan bukan sekadar untuk A tapi untuk ibunya juga. Aku juga ketika itu sangat teruja untuk ketemukan A dengan ayahku. Setiap 2 minggu kami akan berjumpa untuk berbincang “langkah” seterusnya. A tidak mahu bertunang tapi terus bernikah. A sukakan kesederhanaan tidak mahu majlis yang gilang gemilang, hanya sekadar mampu dan wajib sahaja. Keluarganya juga begitu dan ayahku bersetuju asalkan baik buatku. Ayah sayang pada A dan besyukur diketemukan dengan A sebagai pengerat lagi hubungan aku dengan ayah. Hari ke hari aku makin sayang dengan A. Dan…. Lagi sekali, pahit ku telan, terjadi lagi, aku sangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya akan ada hujan di tengahari.

Wahai A, cinta aku ini mahal. Semahal2 cinta ini, masih juga ada yang tidak menghargai. Yang dahulu susah untuk aku tangisi, tapi yang kali ini aku menangis semahunya seperti hilang ibu kali kedua. Ya, A telah mencalarkan semahu2nya cintaku yang mahal ini. Allah tunjukkan padaku siapa dia yang sebenar. Sekali lagi, istilah “hilang” wujud dalam kisah percintaanku. Ya, A hilang begitu sahaja. Tiada berita, tiada noktah. Tiada hala tuju, tiada sinar untuk aku mencari. Lama juga aku menunggu, rupa2nya dia “ramai” pengganti. Ramai juga yang sudah menjadi mangsa cintanya. Bertukar2 pasangan itu kebiasaan buat A. Hari ini keluar dengan perempuan ini, esok keluar dengan perempuan lain. Dan seterusnya begitulah kehidupan A. Aku pula rasa tiada keperluan untuk aku tahu dengan siapa dia bermesej, dengan siapa dia keluar selagi belum ada ikatan yang sah. Aku terlalu percaya pada A dengan kebaikannya, kesederhanaannya, didikan agamanya dan rupanya itu semua pura2. Aku tahu kisahnya dari “ex-ex” A yang sebelum aku. Memang sama caranya mengambil hati, tunjuk kesungguhan mahu berkahwin, tunjuk kesungguhan dalam agama, dan pelbagai lagi yang sama taktiknya. Aku tiada punca untuk bertanya pada ibunya, lama juga aku berdiam tapi aku kuatkan juga. Ibunya menangis dengan perbuatan si A sebab aku satu2nya “kawan perempuan” yang dibawa berjumpa keluarga. Bila ditanya, jawapan A pada ibunya yang kami ini baik2 sahaja. Ibu A sangat tidak menyangka dan meminta maaf padaku. Allah, siapalah aku untuk tidak memaafkan dan siapalah aku untuk diminta kemaafan seperti itu. Sekali lagi, aku rindu kan ibu. Baru sahaja berangan untuk memiliki seorang ibu.

Tak apalah, mungkin aku tiada harta tapi aku ada harga. Jika aku sayang, aku sayang semahunya. Aku ini mudah kerana aku tidak suka menyusahkan.

Baru2 ini A menghantar mesej kemaafan, katanya masih rindu, masih sayang dan menyesal teramatlah sangat kerana kini dia ditinggalkan. Karangan mesej yang sarat dengan kemaafan. Aku hiraukan. Aku anggap tidak kenal. Dan… sejujurnya aku sudah maafkan. Percayalah A, dihujung hidup nanti kau akan hidup sendirian jika kau terus mencari yang terlalu sempurna sehingga sebenarnya yang elok itulah yang kau tinggalkan.

Aku masih meneruskan hidup, tak perlu untuk aku meratap, kerana kata2 ini, “ibu tahu kamu kuat, macam ibu…”

– Anak ibu

– Merpati Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *