Assalamualaikum. intro ringkas, aku berumur 38tahun, (ya, aku kawen lambat) seorang ibu kepada sepasang cahayamata, abang dan adik. abang umurnya 5 tahun, adik(perempuan) umurnya 3 tahun. aku menulis diruangan ini untuk meluahkan dan meminta pandangan dari pembaca sekelian dengan perasaan ‘ibu’ aku ni. tak sanggup aku bertanya pada ayah anak-anak aku sendiri, atau nenek kepada anak-anak aku tentang perkara ini. nanti sedih pulak mereka bila fikir aku tak sayang anak-anak sendiri. No! No! aku sayang sangat anak-anak aku. aku sayang dua-dua, cuma tak tahu kenapa aku rasa kurang sayangkan abang berbanding adik. apa salah abang?
abang, aku lahirkan sebagai anak pertamaku. pengalaman pertama melahirkan, jadi banyak benda aku tak tahu, dan aku rasa agak terbeban dan beremosi waktu awal-awal berpantang dan menguruskan anak walaupun dengan bantuan mak dan suami aku.. padahal waktu mengandung, aku sangat teruja menantikan kelahiran abang. lepas saja abang lahir, aku tak rasa seronok pun tengok bayi yang aku lahirkan dah berada di sisi aku. kenapa aku tak rasa gembira seperti yang aku selalu bayangkan?? pertama kali abang menyusu badan, aku rasa tersentak. “eh, kenapa ada budak lelaki yg berani menyentuh dan menyusu breast aku ni??” ada sedikit perasaan awkward dan geli. padahal orang cakap, menyusu badan adalah moment terindah ibu dengan anak. kenapa aku tak rasa macam tu? jahatnya perasaan ‘ibu’ yang aku ada waktu tu. maafkan ibu, abang.. huhu. eh, jangan marah dulu, perasaan ‘jahat’ tu habis masa awal-awal pengalaman menyusu tu jelah. aku full breastfeeding abang sampai 6 bulan tau, dan teruskan menyusu badan sampai abang umur setahun setengah.
lepas sehari berada berada di wad bersalin, aku dibenarkan pulang. ada sikit perasaan teruja bawak pulang baby, tapi at the same time ada rasa macam sugul semacam. tak lama tu tiba-tiba rasa sayu, menangis sebab rasa bersalah dengan suami, terasa abaikan suami sebab baby perlukan perhatian 24jam dari aku. padahal suami aku ok je, xde merungut apa pun. ini agaknya orang cakap emosi orang lepas bersalin yg agak celaru. huhu
masa aku melahirkan abang, adalah waktu aku mula nk membina karier aku. jadi waktu tu kami suami isteri menumpang hidup di rumah mertua aku demi kebajikan abang, walaupun kami mampu untuk membina hidup sendiri sebenarnya. kami tinggal bersama mertua (sekarang dah tinggal rumah sendiri) sementara menunggu abang besar sikit dan kerjaya aku dan suami lebih stabil. abang adalah cucu sulung dalam keluarga suami aku. sangat disayangi oleh opah, atok dan makcik pakcik nya. jadi disebabkan kerja aku yang sibuk dan tak pernah habis, abang banyak dijaga oleh keluarga kami sendiri selain aku sendiri, ibunya. jadi abang selalunya lebih memilih orang lain utk tidurkan dia berbanding ibu, selalunya dengan opahlah. maafkan ibu, abang.. ibu terpaksa kerja demi keluarga kita, dan normal sesuatu kerjaya yg bermula dari bawah sebegitu rupa, perlukan banyak pengorbanan dari semua. jangan orang lain pertikai kenapa ibu tak letak jawatan, dan jadi surirumah untuk jaga abang di waktu genting ekonomi sekarang. sampai umur abang dalam 2 tahun, atok nenek, makcik pakcik masih memanjakan abang, cium-cium pipi abang. tapi ibu tak terasa pun nak cium dan gomol pipi gebu abang. ibu buat jugak, tp macam dibuat-buat.. kenapa?? abang kan anak ibu..
abang umur dalam 2 tahun, dapat adik baru, perempuan. yang peliknya, aku rasa enjoy menikmati setiap saat mengandung dan proses bersalin yang kali ni. tak sama langsung macam yang sebelum ni. mungkin sebab dah berpengalaman sebelum ni, jadi banyak membantu aku dalam proses mengandung, kelahiran, dan berpantang yang kali kedua ini. rasa sayang sangat pada adik. adik sampai umur 3 tahun sekarang pun, ibu masih lagi suka gomol dan cium adik. kenapa dulu dengan abang ibu tak boleh? kenapa perasaan ibu lain bila dengan abang?? lebih kepada dibuat-buat supaya abang tak terasa ibu sayangkan adik lebih dari abang.
ibu sayang dua-dua anak ibu. tapi kenapa ibu merasakan ibu lebih sayang pada adik. kenapa macam tu ya?? ibu sentiasa cuba untuk tidak pilih kasih, tunjuk sayang yang sama rata, kalau marah dua-dua kena marah, tak nak lebihkan siapa-siapa. aku teringat kata-kata cikgu aku masa sekolah rendah dulu, “ibubapa ni memang akan ada anak yang dia paling sayang dalam kalangan anak-anaknya, tapi ibu bapa kena pandai supaya tidak pilih kasih”. ibu tak nak macam tu, ibu nak sayang anak-anak ibu sama rata. sekarang abang kecil lagi, mungkin belum faham. tapi ibu risau satu hari nanti sayang ibu yang tak sama rata tu terserlah dari perlakuan ibu, dan abang akan terasa ibu pilih kasih. tidak, ibu sayang dua-dua anak ibu..
adakah betul ibubapa akan ada anak yg disayang lebih berbanding anak-anaknya yg lain?? normal ke apa yang aku rasa ni?? sebab aku rasa betapa jahatnya aku sebagai ibu.. aku tahu, luahan ni mungkin akan menerima kecaman dan kutukan padu dari ramai orang. tapi aku perlukan pandangan, cadangan atau apa-apalah yang blh aku usahakan supaya sayang aku sebagai ibu adalah sama rata, tidak pilih kasih dengan anak-anak. terima kasih.
– ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit