Ibu Tiri Jahat II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ibu-tiri-jahat/).

Maybe saya stop abruptly untuk post pertama. Dah lewat dan lauk berbuka tak prepare lagi hehe.

Sini saya minta kepada pembaca semua mohon jangan mengata suami saya dan bekas isterinya.

Ada yang tanya kenapa mak mereka tak pelihara sendiri anak-anak dia. Dia ada masalah dengan suaminya waktu itu.

Bukan sengaja tak nak pelihara, tapi terpaksa.

Bila selesai masalah, dia ada juga berkira nak ambil pelihara semula tapi memandangkan kalau mama diorang yang jaga, sekolah dan tempat tuisyen semua kena tukar. Dahla waktu tu anak bergilir nak exam besar.

Maknya pun baik2 je, macam kita semua jugak. Sama juga macam suami saya, takde pun perangai yang pelik-pelik nih.

Cuma silap mereka, mereka rasa bersalah pada anak2 sebab mereka bercerai. Manjakan anak-anak untuk tutup rasa bersalah mereka. Dan anak-anak ni apa lagi, guna sepenuhnya kesempatan yang ada.

Bila terasa hati dengan teguran papa, call mama diorang ambil. Bila terasa hati dengan teguran mama diorang, call papa ambil.

Tak pernah kena marah sebab papa rasa bersalah diorang pernah tak dapat kasih sayang mama diorang selama bertahun-tahun.

Mama diorang pun sama, rasa bersalah tak jaga anak sehingga anak meninggi suara pun, masih menangkan anak.

Itulah silap mereka, dan itulah yang mencorakkan kedua2 anak tiri saya.

Dan saya rasa juga, anak tiri saya ni ada rasa iri hati pada saya. Umur kami tak jauh berbeza, 10 tahun sahaja.

Kalau dulu masa bawa diorang pergi Sunway Lagoon, orang kata kami ni kawan-kawan. Jalan dengan suami orang kata ayah dengan anak hehe. Maybe tulah antara sebab bila saya tegur apa2 diorang buat tak tau.

Dan disini saya minta pembaca janganlah doakan saya tinggalkan suami saya. Kenapa saya rela bertahun jaga anak2 dia walaupun perangai tak senonoh mana?

Suami saya sangat baik, sangat sayangkan saya. Balik outstation sentiasa ada benda favourite saya di poket.

Biarpun kami dah hampir 20 tahun kahwin, tapi rasa cinta dan dihargai tu masih menebal. Bukan birthday pun sentiasa ada surprise.

Dia kata kegagalan perkahwinan kali pertama buat dia serik. Cuma tulah, ada jugak clueless orang lelaki tu dekat dia.

Cuma masalah pasal anak-anak dia ni saja dia gagal nak handle.

Saya cerita kisah ni sebagai pedoman sahaja. Kita sebagai ibu tiri, sepatutnya anak tiri kena ikut cakap kita. Dengan syarat apa yang kita buat tu betul.

Kita pun sebagai ibu tiri, bukan 100% kita saja betul, ada kalanya kita pun boleh tunduk minta maaf dekat anak. Benda free, tak rugi.

Paling penting juga, bila berlaku perkara negatif dalam rumah, kita ibubapa kena buang perkara negatif tu. Jangan tunggu sebab bimbang meresap dalam jiwa anak-anak yang lain.

Sebagai contoh juga kepada anak-anak kita, jangan biar diri dibuli. Situlah peranan kita sebagai ibu untuk protect anak kita.

Saya dan dua anak tiri saya tu sampai sekarang masih tidak bertegur.

Ada juga kadang2 terserempak bila saya balik kerja dan mereka hantar Aboi balik, tapi diorang pun tak turun jumpa saya dan saya sendiri pun malas nak communicate dah.

Sampai bila? Entahlah. Saya dah memaafkan mereka pun. Cuma untuk menerima semula tu hati agak perit.

Sweet memories banyak. Bra pertama mereka pun saya yang belikan. Pad pun saya yang ajar camne nak pakai, camne nak cuci. Bohonglah kalau tak sedih bila teringat.

Saya cuma mampu berdoa agar mereka dua ni berubah. Pasal Aboi, memang saya anggap macam anak sendiri. Dan saya rasa dia pun lebih anggap saya sebagai mak dia daripada mak kandung dia. Perasan kan, hehe.

Dia anak yang baik, tak pernah meninggi suara. Kalau suruh buat apa2 cepat saja tolong. Sejuk hati betul.

Saya dengan suami sekarang pun ok, cuma ada juga masa hubungan kami tegang sebab dia bengang saya taknak terima anak dia dah. Cuma sekarang nampak macam dia pun pasrah dah hehe.

Untuk Puan Zzz dan semua ibu tiri “jahat” dekat luar sana, puan kena tough dengan keputusan sendiri.

Kalau salah, tetap salah takkan jadi betul. Kalau bukan untuk kita pun, untuk anak2 kita supaya mereka membesar dalam persekitaran positif.

Tapi tulah, semua orang keadaan tak sama. Saya bekerja, ada duit sendiri. Ada pula full support dari family. Sebab tu saya berani bagi kata dua. Keadaan orang lain tak sama kan.

Apa pun kita doa yang terbaik untuk semua, semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan beri ketenangan jiwa.

– Ibu Tiri Jahat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *