Ibu Toksik

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Terima kasih untuk admin yang memilih artikel ini untuk disiarkan. Saya tidak tahu untuk mula dimana cerita ini. Tetapi berdasarkan tajuk, mungkin pembaca boleh mengagak perjalanan cerita ini.

Di usia 26 tahun ini, di saat saya bakal menjadi ibu dalam tempoh masa 3 minggu lagi, insyaAllah, saya diuji lagi dengan ujian yang telah lama saya lalui, iaitu ibu saya yang toksik.

Saya lelah dengan artikel yang sering mengatakan syurga dibawah tapak kaki ibu, tidak akan miskin anak yang berbakti pada ibu bapa ataupun ceramah ustaz2 yang mengatakan hormatilah ibu bapa walaupun dia berlaku zalim ataupun anak tak boleh merajuk walaupun sekali dengan ibu.

Sejujurnya saya penat dengan semua ini dan kadang2 saya terfikir macam mana agaknya reaksi ustaz2 ataupun ustazah2 ini kalau diuji seperti saya. Mampukah mereka praktikkan apa yang mereka dakwahkan?

Tidak ada pun artikel yang menegur ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab sebetulnya pada anak, yang berlaku zalim pada anak ataupun yang tidak pernah meminta maaf pada anak di saat mereka salah.

Sesiapa yang pernah melalui apa yang saya lalui mungkin akan faham apa yang saya rasa ini. Kita sebagai anak, rasa serba salah, Saya kehilangan ayah pada usia 8 tahun. Bermula saat itulah saya diuji dengan ibu saya yang berubah, mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu.

Saya ditinggal dengan opah dan atuk di kampung. Ibu saya menetap di KL dan tidak sampai setahun dia dah memperkenalkan kami adik beradik dengan seorang lelaki yang dipanggil Uncle Mat.

To make it short, apa yang saya boleh ringkaskan, Uncle Mat ini seorang biawak hidup, tidak bertanggungjawab, makan duit anak yatim, Ibu saya menerima pampasan PERKESO setiap bulan di mana setiap kami 3 beradik mendapat RM300 seorang dan ibu rasanya dapat RM400. Mungkin jumlah semuanya RM1K lebih tapi saya tak pernah tahu jumlah keseluruhan yang ibu saya dapat.

Saya tak pernah merasa duit itu, semuanya habis dijoli dengan ayah tiri, Uncle Mat itu. Opah dengan Atok yang susah2 besarkan saya sampai darjah 6. Masuk sekolah menengah, saya menerima biasiswa penuh kerajaan, yuran semua bayar guna duit itu.

Malah setiap bulan saya balik rumah, saya akan bagi duit sikit dekat ibu saya dan adik tiri saya, dua orang. Bawa mereka makan luar, sebab kesian saya makan sedap2 di asrama, mereka macam tak cukup makan di rumah. Ketika ini, opah dan atok dah kembali ke Felda. Mereka tidak tinggal lagi dengan kami di Selangor.

Masuk alam universiti, alhamdulillah, saya dapat biasiswa JPA. Yuran, makan semuanya ditanggung penuh. Duit itu jugalah saya bagi sikit dekat ibu saya. Saya kerja part time untuk membantu ibu di kampung. Sampailah saya keluar negara, masih saya lakukan benda yang sama.

Saya buat semuanya dengan rasa kesian dan niat suci untuk membantu ibu. Setiap kali raya atau nak buka sekolah, saya dan akak akan berbincang macam mana nak cukupkan keperluan ibu dan adik2. Sampailah saya masuk ke alam pekerjaan.

Dan klimaksnya saya rasa sekarang ini, bila saya dah berkahwin, saya ikut suami ke kawasan pedalaman, saya jadi surirumah, bila saya tidak dapat lagi membantu ibu saya, saya nampak how bad and toxic my mother is.

Ibu saya sepanjang selepas arwah ayah saya meninggal, dia tidak pernah bekerja. Hanya mengharapkan duit PERKESO bulan2 itu dan mengharapkan pertolongan anak2. Tiada usaha langsung seperti ibu tunggal ataupun ibu2 yang lain yang sanggup lakukan pekerjaan apa sahaja untuk besarkan anak2.

Sekali lagi saya highlight TIADA USAHA LANGSUNG/ TIDAK BEKERJA LANGSUNG. Ibu saya sihat walafiat tanpa apa2 penyakit. Kadang2 saya terfikir, kalau ibu saya bekerja, campur duit PERKESO bulan2, campur duit saya dengan akak bagi, mungkin kami sekarang sudah senang, sudah boleh buat rumah. Tapi ibu saya tidak pernah terfikir semua itu.

Kakak saya pernah bangkitkan hal ini, kenapa ibu saya tak macam ibu lain yang sanggup bekerja apa sahaja untuk membesarkan anak, tapi ibu saya sentap, tarik muka. Sejak itu, tiada siapa yang berani bangkitkan isu itu lagi. Sekarang ini duit PERKESO itu hanya tinggal bahagian ibu sahaja sebab akak, saya dan adik lelaki dah tidak bersekolah lagi.

Nak cerita hal sentap ni, banyak kali juga saya sentap dengan ibu saya. Malahan seluruh ahli keluarga kami sentap dengan ibu kami. Banyak lagi cerita yang menbuatkan saya mengatakan ibu saya toksik. Tapi kalau pembaca nak kan cerita detail, nantilah saya sambung part 2. Panjang pulak rasanya saya bercerita.

Mungkin ramai lagi yang ada nasib seperti saya, bahkan lebih buruk lagi. Mungkin ramai yang boleh relate dengan cerita saya. Cuma saya harap, janganlah cepat sangat kita menasihati orang lain dengan nasihat,

“Macam mana buruk sekali pun, itu ibu kamu, atau itu ayah kamu”, because you are not in our shoes and you never know how struggle we are to accept our own mother or father yang bersikap macam ini but at the same time kami cuba nak menjadi anak yang soleh dan solehah mcm ustaz dan ustazah suruh tu.

Cubalah untuk memahami keadaan kami dulu dan support kami untuk bertindak mengikut apa yang terbaik dengan situasi kami but at the same time, terus menhormati dan berbakti kepada parents kami mengikut kadar kemampuan kami.Kadang2, saya terfikir, kalau diorang yang kena uji macam ini, masih boleh ke mereka praktikkan apa yang mereka nasihatkan or dakwahkan.

Sekian. Itu sahaja luahan saya. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

– Liza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *