Ibu Tunggal

Assalamualaikum semua. Nama saya Akime berusia penghujung 30an. Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak.

Saya nak ceritakan kisah saya, serta meminta pendapat anda semua. Janganlah kecam saya ya.

Saya ada berkenalan dengan seorang pemuda yang muda dari saya. Perbezaan usia kami dalam 7 tahun, bujang dan ada kerja tetap. Begitu juga saya.

Saya perkenalkan pemuda tu sebagai S. Sepanjang perkenalan kami saya sangat sayangkan S,walaupun S acuh tak acuh terhadap saya.

S tak pandai amik hati saya bila bergaduh, saya terpaksa pujuk diri sendiri. Saya sentiasa mengalah bila kami bergaduh. Dan bila bergaduh, dia akan senyap begitu. Walaupun punca dari dia. Nanti seminggu S akan cari saya tanpa bersalah.

Kami berkawan hampir dua tahun lebih. S tidak pernah mengajak hubungan ke serius. Bila saya tanyakan dia status hubungan, dia akan jawap bagi dia waktu.

Kekangan wang jadi masalah utama kerana dia masih menanggung keluarganya di kampung.

Saya tak salahkan dia kerana membantu kewangan keluarga tapi sampaikan abang dan adik lelaki kahwin dia yang beria keluar duit.

Saya pernah suarakan kenapa abang dan adik lelaki nak kahwin,awak lak yang perlu keluarkan duit?

Saya dapat rasakan sebenarnya itu alasan dia bagi mengelak saya tanyakan pasal kahwin antara kami.

Dan S jarang balik ke kampung disebabkan kerja di KL. Kampung S di Sabah. Bila S balik ke kampung dia akan cuti lama.

Yelah mesti rindukan keluarga, perlu habiskan masa untuk keluarga. Tapi bila di kampung, dia siap bagitau maaflah kalau tak layan call atau ws nanti. Sebab sibuk bersama keluarga dan dia siap blok saya lagi.

Serius hati perempuan mana tak terluka di perlakukan begitu. Saya tahu S perlakukan saya dengan tidak adil. Saya ikhlas sayangkan dia.

Saya tahu S tak pasti lagi untuk lanjutkan hubungan lebih serius terhadap saya. Bila saya minta bawak haluan sendiri, dia tidak setuju.

Lelaki kalau tidak pasti akan sesuatu hubungan, tolonglah jangan bagi harapan pada perempuan.

Perempuan ni kalau dah sayang memang mengharap untuk dihalalkan. Saya tak minta apa pun dari dia. Cuma masa dan perhatian serta untuk halalkan saya.

Mungkin disebabkan status saya sebagai ibu tunggal dia berat untuk meneruskan hubungan lebih lanjut.

Pada lelaki lain, kami sebagai ibu tunggal sama jer perasaan seperti perempuan lain. Janganlah aniaya atau ambil kesempatan pada kami yang bergelar ibu tunggal. Hati dan perasaan jangan dibuat main.

Anda semua doakan saya ya, semoga saya kuat untuk lupakan S.

– Akime (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sis, ku tak baca habis. Nyampah baca.
    Kenapa laa sis kemaruk nak stay dlm relay toksik camni. 2 tahun yg sia-sia sis. Cari orang lain je.
    Takkan lah sis lurus bendul sangat, tak nampak apa disebaliknya. Logik ke, dia balik kampung tak layan call/wasap sis.
    Kecuali dia layan awek/tunang/bini dia. Sis, guna pengalaman hidup sis utk menilai dan buat keputusan.

    Gud luck

  2. Betul tu. Sis pasti lebih matang dan berpengalaman. Sis harus alert dgn redflag yg muncul. Jgn kemaruk sgt bercinta dn nk remaried. Lelaki tu sebenarnya tidak tetap pendirian baik sis lupakan dn move on. In Shaa Allah ada jodoh yg lebih baik.

  3. Tindakkan dia banyak Red flag sis. Sis dah terlanjur sayang akan dia. Jadi cadangan saya, sis solat istikharah, minta Allah lorongkan jalan buat sis. Andai dia memang jodoh sis, mohon Allah gerakkan hatinya agar segera halalkan hubgn sis dgnnya. Tapi jika sebaliknya, mohon Allah jauhkan hati sis dari dia. Mohonlah kepada Pemegang hati/jiwa setiap manusia ini, dengan ikhlas. Pasti sis akan dpt jwpan & tak akan kecewa. Yang penting sis yakin pada Allah.

  4. HI sis, pda pndpat sye…sis abaikan je la org cmtu…klo diesmpai nk blokc sis mse die di kg…
    mksudnya die ade orglain di sana… pcyalah… xkan ada org smpai nk block kite…smata blik kg..melainkan die takot terkantoi… hehehehhe… jgn buta kerana cinta…
    lihat dgn akal… smoga sis bhgia di masa akan dtg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *