Terfikir nak tulis ni lepas baca kisah ‘Ibu Tunggul Atau Ibu Tunggal’. https://iiumc.com/ibu-tunggul-ibu-tunggal/
Kisah bagaimana suaminya tak kerja tetapi asyik bermain game dan melucah dengan banyak perempuan.
Untuk kisah saya, ex suka melucah dan hisap dadah. Bukan nak cerita benda buruk, jijik dan tak ada pengajaran cuma rasa nak kongsi kisah silam ni, mungkin ada yang suka nak tahu cerita orang.
Sebenarnya saya suka sangat tengok watak lelaki atau suami yang baik, romantis, rajin dan berkemampuan. Seperti yang banyak ada dalam perkongsian konten, lelaki yang baik itu ada.
Bila nak cerita ni, saya terbayang pula anak lelaki yang baru bersunat ni… Semoga dia jadi anak soleh.
Saya dah sempurnakan aqiqah dua kambing menggunakan aplikasi digital tempahan di Mekah serta dah bawanya bersunat di klinik. Alhamdulillah rasa syukur boleh buat sendiri tanpa suami.
Biasa ayah yang bawa anak bersunat kan, ni ibu… Sekarang ni mudah nak tahu teknik apa yang sesuai tengok perkongsian di media sosial. Saya pilih sunat cara clamp berbanding lazer.
Pengalaman ibu dan anak yang sangat istimewa walaupun ada juga cemasnya… Saya tengok sepenuhnya Dr. buat dan merawat dia waktu pantang, tak perlu guna kain pelikat ikat atas pun.
Maaf sebenarnya nak cerita kisah suami taraguna tu… Harap tidaklah menurun ke anak perangai buruk tu. Nak cerita ke tak ni…
Beginilah, selepas kami kahwin dia rupanya tak ada kerja, saya keluar kerja dia di rumah, katanya nak buat kerja online. Rupanya banyak online movie tak senonoh dan melanggan benda lucah.
Saya pernah tengok phone dia dan nyahaktif banyak ikon bangsat tu. Tengok pula galeri ada banyak video xxx saya padam. Tak lama saya cek lagi banyak video lain yang dia simpan. Gila sekejap.
Dadah pula, saya jumpa bekas hisap syabu dalam begnya, dengan pek kecil kristel dadah tu… Dia selamba je kata kawan punya. Saya buang.
Tak lama saya cek, lagi banyak barang haram tu dalam beg sandang dia. Haram jadah. Saya mesej abang ipar beritahu hal ni… Nak tahu apa dia balas.
” Semoga yang baik baik untuk dia, dia anak yang baik, ini ujian dia… Sabar ye, doakan dia berubah. Ada yang boleh berhenti ambil benda tu.”
Huhu… Begitulah. Isteri ni lebih kenal suami tu berbanding keluarganya. Segala ceruk tubuh boleh cek. Mengadu pula pada adik ipar.. jawabnya “Aib suami jangan diceritakan pada orang.. ada orang suaminya lagi teruk.”
Lupa nak cerita… Rumah dan kereta serta segala keperluan termasuk nak ajak pergi ke mana-mana duit saya…
Entahlah kenapa saya simpan dia ni, sebab nak ada status berkahwin ke, bila dah ada anak saya pulangkan dia pada keluarga nya yang sangat sayang dia.
Antara yang paling teruk berlaku dia pernah buat rumah kami sarang maksiat ajak orang buat xxx dan hisap dadah. Waktu saya balik kampung berpantang.
Agaknya kena sabar lagi ke, rasa nak laporkan pada polis tapi malas nak dibicarakan hal ni. Cuma laporkan ke pejabat agama untuk permohonan cerai.
Maka, jadilah saya ibu tunggal ibu tinggal. Entahlah kalau ada orang lain yang nak dia tu, sebab dia kacak dan sado.
– Cendawan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apeke bodoh la stay.. sumpah bodoh.. dh la drug addict.. xleh brain doh aku.. wei cousin aku sampai ke tua anak beranak pinak x stop pun.. klu dia nak stop blh je, tp x.. so have fun lah waiting sis.. klu hidup happy ngn anak, hidup je dgn anak tu..
Kena baca sampai habis bro
Sebelum nak bodohkan orang, baca sampai habis dan fahamkan kak hahaha adeii keyboard warrior ni